Qana’ah ubat dalam berharta

“Abang, jiran sebelah kita sudah tukar kereta baharu. Besar bang, cantik pula tu.” Seorang isteri membisikkan sesuatu kepada suaminya kala mereka berdua-duaan di bilik sebelum tidur. Si suami yang sedang asyik membaca mengangkat muka dengan wajah berisi ‘pertanyaan’. Dahinya berkerut. “Kereta kita itu kan bang, dah tak selesalah bang. Bila balik kampung, mesti lenguh kaki,

Memberilah sebanyak-banyaknya

Dalam dunia ini, ada dua jenis manusia sahaja. Pertama, mereka yang memberi dan kedua, mereka yang menerima. Dalam menentukan kedudukan antara keduanya, Islam meletakkan orang yang memberi adalah mulia, berbanding orang yang menerima. Sebuah nukilan daripada Rasulullah SAW yang sangat ringkas menyatakan: “Tangan yang di atas adalah lebih mulia daripada tangan yang di bawah,” (Hadis

Wajah kemiskinan di kanvas Islam

Islam sama sekali tidak mahu umatnya memandang hina kepada kemiskinan. Sebaliknya, orang-orang fakir dan miskin hendaklah disantuni dengan baik. Mereka adalah orang yang dijamin memasuki syurga milik Allah SWT, jauh lebih awal selama 500 tahun (masa dunia) berbanding orang-orang kaya (sebagaimana yang diterangkan oleh hadis Anas bin Malik r.a). Maka, si miskin di sisi Islam

Kad Kredit Konvensional itu haram

Persoalan halal dan haram dalam urusan harta dan jual-beli nampaknya sudah tidak begitu dihiraukan mutakhir ini. Saya akui, akhir zaman ini memang susah mengelakkan hal-hal yang bersangkutan dengan perkara haram. Apatah lagi jika ia melibatkan jual-beli termasuklah dalam urusan atau pembiayaan bank. Sama ada pembiayaan (pinjaman) peribadi, hartanah, kereta mahu pun kad kredit. Teringat pengalaman

Kebajikan harta: utamakan yang terdekat

Berkongsi harta dalam Islam ada caranya dan Islam telah mendidik kita dalam hal ini. Dalam menyantuni mereka yang memerlukan, pada dasarnya perlu mengikut urutan atau keutamaan. Siapakah yang harus didahulukan dan siapa yang dikemudiankan. Ia demi mengelakkan kebajikan yang dibuat tidak mendatangkan pahala; sebaliknya mengundang sia-sia bahkan dosa. Ia juga dapat mengelakkan sindrom ‘kera di

Uniknya ‘Harta Sepencarian’

Ketika mengikuti kursus pengajian syariah, Universiti Malaya suatu ketika dahulu, saya difahamkan tentang suatu subjek iaitu kaedah-kaedah fikah atau dalam bahasa Arab-nya dikenali sebagai qawaid al-fiqhiyah. Secara umumnya, ia adalah tatacara atau kaedah yang menjadi asas bagi pengembangan fikah Islam. Misalnya, bagaimana membentuk sesuatu hukum di sisi syariat yang sebelumnya tiada, namun perlu ada berdasarkan

‘Memberi’, itulah falsafah harta dalam Islam

Ketika kita diulit kesenangan, jangan lupa bahawa ramai orang digayuti keperitan. Hidup sememangnya begitu, ada orang senang dan ada orang susah. Ada orang tidak pernah pun rasa senang seumur hidup dan ada pula orang yang tidak pernah pun rasa susah walaupun sekali dalam hidupnya. Namun, susah-senang adalah rencah kehidupan dan atas premis inilah, kita wajar

Mengenal NAFSU…dalam bab kaya

Allah SWT tak pernah menghalang kita mencari harta. Carilah sebanyak-banyaknya. Sebab itulah, ada di kalangan nabi dan rasul yang kaya-raya. Nabi Sulaiman, Nabi Daud dan Nabi Yusuf a.s misalnya, adalah di kalangan nabi yang kaya…ada seorang lagi, iaitu Nabi Ayub a.s. Tetapi, ada juga nabi dan rasul yang miskin dan susah, Nabi Ayub a.s juga

Kenapa Tuhan jadikan aku miskin?

  ‘Kenapa Tuhan jadikan aku miskin?’ Kala saya menjamu mata di Toko Buku Gramedia yang gedang amat saiznya di Plaza Indonesia Kota Jakarta, saya terjumpa sebuah buku berjudul: ‘Tuhan…kenapa Engkau jadikan aku miskin?’ Begitulah kira-kira tajuknya. Saya jadi tertarik lalu memasukkannya ke dalam bakul belian. Namun, saya masih belum berkesempatan menekuninya hingga kini. Saya baharu