90 HADIS ZAKAT BUKHARI SAHIH MUSLIM (Baru!)

1 Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0749.
Dari Anas r.a., katanya Abu Sakar, memerintahkannya pergi ke Bahrain (untuk mengumpulkan zakat).Beliau menulis surat untuk menyusul keberangkatan nya itu, sebagai berikut: “Bismillahirrahmanirrahim. Inilah perintah zakat yang diwajibkan Rasulullah kepada seluruh umat Islam sesuai dengan apa yang diperintahkan Allah kepada Rasul-Nya itu. kerana itu, siapa saja di antara kaum Muslimin yang diminta zakatnya sesuai dengan ketentuannya, hendaklah diberikannya, dan siapa yang diminta lebih dari mestinya, janganlah diberikannya. Dari lima sampai dua puluh empat ekor unta, zakatnya seekor Syaatun (biri-biri) untuk setiap lima unta. Dua puluh lima sampai dengan tiga puluh lima ekor, zakatnya seekor Bintu Makhadh. Dari tiga puluh enam sampai dengan empat puluh lima ekor unta, zakatnya seekor Bintu Labun. Dan empat puluh enam sampai dengan enam puluh ekor unta, zakatnya seekor Hiqqah Tharuqatul Jamal. Dan enam puluh satu sampai dengan tujuh puluh lima ekor unta, zakatnya seekor Jaz’ah. Dari tujuh puluh enam sampai sembilan puluh ekor, zakatnya dua ekor Bintu Labun. Dan sembilan puluh satu sampai dengan seratus dua puluh ekor, zakatnyadua ekor hiqqah tharuqatul jamal. Dan seratus dua puluh sampai seterusnya, tiap-tiap empat puluh ekor, zakatnya seekor Bintu Labun. Dan tiap-tiap lima puluh ekor, zakatnya seekor Hiqqah. Siapa yang mempunyai empat ekor unta, ia tidak wajib zakat kecuali kalau ia suka mengelurkannya. Tetapi apabila ia mempunyai lima ekor, ia wajib zakat seekor biri-biri. Zakat ghanam (kambing/biri-biri) ialah ghanam yang lepas. Mulai dari empat puluh sampai dengan seratus dua puluh ekor, zakatnya seekor Syaatun. Dari seratus dua puluh sampai dengan dua ratus, dua ekor Syaatun. Dari dua ratus sampai dengan tiga ratus, zakatnya tiga ekor Syaatun. Dari tiga ratus sampai seterusnya, tiap-tiap seratus, zakatnya seekor Syaatun. Dan siapa yang mempunyai ghanam kurang dari empat puluh ekor, biarpun hanya kurang seekor, tidak wajib zakat baginya, kecuali kalau ia suka membayarnya. Zakat perak, ialah seperempat puluh dari nilai harga perak itu. Tetapi kalau harganya cuma seratus sembilan puluh, tidak wajib zakatnya, kecuali kalau yang punya ingin mengeluarkannya.

2 Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0748.
Dari Anas r.a., katanya Ahu Sakar menulis surat kepadanya perihal sedekah wajib (zakat) yang diperintahkan Allah kepada Rasul-Nya saw.: “Siapa yang wajib zakat seekor Jazah, sedangkan dia tidak mempunyainya tetapi hanya Hiqqah, Hiqqah itu boleh diterima daripadanya ditambah dengan dua ekor biri-biri jika itu mudah baginya, atau boleh juga ditambah dengan dua puluh dirham. Siapa yang wajib zakat seekor Hiqqah, yang ada padanya hanya Jazah, Jazah itu boleh diterima daripadanya, tetapi harus dikembalikan kepadanya oleh si penerima dua puluh dirham atau dua ekor biri-biri. Dan siapa yang wajib zakat seekor Hiqqah, tetapi yang ada padanya hanya Bintu Labun, bintu labun itu dapat diterima daripadanya tetapi harus ditambahnya dengan dua ekor biri-biri atau dua puluh dirham.” Siapa yang wajib zakat bintu Labun, tetapi ia hanya mempunyai hiqqah, hiqqah itu boleh diterima daripadanya dan si penerima harus mengembalikan dua puluh dirham atau dua ekor biri-biri. Siapa yang wajib zakat bintu labun, yang ada hanya bintu makhadh, bintu makhadh itu boleh diterima daripadanya tetapi harus ditambahnya dengan dua puluh dirham atau dua ekor biri-biri.

3 Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1800.
Dari Abu Humaid As Sa’idi r.a.,katanya: “Rasulullah saw. mengangkat seorang lelaki bernama Lutbiyah, dari Asd, suatu daerah di Yaman – kata ‘Amru dan Ibnu Abi ‘Umar – ditugaskan beliau mengumpulkan zakat. Ketika datang menyetorkan zakat yang dipungutnya, dia berkata kepada Rasulullah saw., “Ini zakat yang ku pungut ku simpankan kepada Anda, dan ini hadiah (pemberian) orang kepada ku.” Kata Abu Humaid, “Sesudah itu Rasulullah saw. berpidato di mimbar. Mula-mula beliau memuji dan menyanjung Allah Ta’ala, kemudian beliau bersabda, “Ada seorang petugas yang ku tugaskan memungut zakat, dia berkata, “Ini zakat yang ku pungut ku simpankan kepada Anda, dan ini pemberian orang kepada ku.” Mengapa dia tidak duduk saja di rumah ibubapanya menunggu orang mengantarkan hadiah kepadanya? Demi Allah yang jiwaku berada dalam kuasa-Nya, tidak seorang jua pun di antara kalian yang menggelapkan zakat yang ditugaskan kepadanya memungutnya, melainkan pada hari kiamat kelak dia akan memikul unta yang digelapkannya itu melenguh-lenguh di tengkuknya, atau sapi yang menguak-nguak, atau kambing yang mengembek-ngembek.” Kemudian beliau mengangkat kedua tangannya tinggi-tinggi, sehingga kelihatan oleh kami putih kedua ketiaknya. Kemudian beliau berkata, “Wahai, Allah! Telah ku sampaikan!” Beliau mengatakannya dua kali.

4 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1006.
Dari Ibnu Sa’idi Al Maliki r.a., katanya: “Umar bin Khaththab pernah menugaskan ku sebagai ‘amil zakat. Setelah tugas itu selesai ku laksanakan dan hasil zakat yang ku kumpulkan telah ku serahkan kepadanya, maka ‘Umar menyuruh ku mengambil bahagian ‘amil untuk ku. Lalu jawab ku, “Aku bekerja kerana Allah, kerana itu upah ku pun ku serahkan kepada Allah.” Kata ‘Umar, “Ambillah apa yang diberikan kepada mu itu. Sesungguhnya aku pernah pula bertugas pada masa Rasulullah saw. sebagai ‘amil zakat. Lalu aku diberi oleh beliau bahagian ‘amil zakat. Aku menolak pemberian itu seraya berujar seperti kamu itu pula. Maka bersabda Rasulullah saw., “Apabila kamu diberi orang suatu pemberian (zakat, sedekah, wakaf, infak dan sebagainya) tanpa kamu minta, makanlah dan atau sedekahkan.”

5 Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0744.
Dari Anas r.a., katanya: “Abu Bakar menulis surat kepada ku menerangkan perintah Allah kepada RasulNya saw. berhubung dengan seorang wajib zakat yang harus membayar satu ekor Bintu Makhadh (unta betina untuk satu tahun), sedangkan dia tidak mempunyai bintu makhadh, hanya Bintu Labun (unta betina umur dua tahun), maka itu boleh diterima sebagai zakatnya, tetapi si penerimazakat harus mengembalikan 20 dirham, atau dua ekor domba; dan jika si pembayar zakat tidak mempunyai bintu makhadh, tetapi mempunyai bintu labun (jantan), itu dapat diterima sebagai zakat tanpa suatu apa-apa.”

6 Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0784.
Dari Nafi’, dari Ibnu Umar r.a., katanya: “Rasulullah saw. mewajibkan zakat fitrah (atau beliau mengatakan: zakat ramadhan) kepada laki-laki dan perempuan merdeka dan hamba sahaya, segantang kurma atau segantang gandum. Kemudian orang banyak menyamakan segantang gandum itu dengan setengah gantang bur (gandum yang baik). Ibnu Umar pernah memberikan kurma untuk membayarzakat fitrahnya. Pada suatu ketika orang-orang Madinah sulit untuk memperoleh kurma, lantas dibayarnya dengan gandum. Ibnu Umar membayar zakat fitrah untuk anak-anak dan orang dewasa. Sehingga jika ada, anak-anak saya pun dibayarkannya. Biasanya Ibnu Umar membayarkannya langsung kepada orang yang berhak menerimanya. Dan biasanya pula, orang banyak membayarkannya satu atau dua hari sebelum Aidilfitri.”

7 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0929.
Dari Abu Sa’id Al Khudri r.a., katanya Nabi saw. bersabda: “Tidak wajib zakat biji-bijian dan kurma yang tidak cukup lima wasq; dan tidak wajib pula zakat ternak yang kurang dari lima ekor; dan tidak wajib pula zakat perak yang kurang dari lima uqiah.”

8 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0934.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah saw. menugaskan ‘Umar mengumpulkan zakat. Lalu ada yang melaporkan bahawa Ibnu Jamil, Khalid bin Walid dan ‘Abbas pakcik Rasulullah saw. sendiri, enggan membayar zakat. Maka bersabda Rasulullah saw., “Ibnu Jamil enggan, kerana dahulu dia orang miskin, kemudian dia diberi Allah kekayaan. Dan tuduhan terhadap Khalid tidak beralasan. Kerana dia telah menyediakan kekayaannya untuk perbekalan dan perlengkapan perang fi sabilillah. Adapun Abbas, zakatnya adalah tanggunganku; demikianlah selanjutnya. Bukankah engkau tahu, hai ‘Umar, bahawa pakcik itu adalah belahan bapa kandung sendiri?”

9 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0942.
Dari Jarir bin ‘Abdullah r.a., katanya: “Beberapa orang Arab dusun datang mengadu kepada Rasulullah saw., kata mereka: Beberapa petugas zakat mendatangi kami, lalu mereka bertindak aniaya kepada kami.” Jawab Rasulullah saw., “Layanilah para petugas zakat itu dengan baik!” Kata Jarir, “Semenjak itu aku tidak pernah lagi mendengar para petugas zakat pulang, melainkan dengan rasa puas dan senang.”

10 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0940.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : “Siapa yang mempunyai emas perak, tetapi dia tidak membayar zakatnya, maka hari kiamat kelak dibuatkan untuknya seterika api yang dinyalakan dalam neraka jahanam, lalu diseterikakan ke perut dan punggungnya. Setiap seterika itu dingin, dipanaskan kembali lalu di seterikakan pula kepadanya. Begitulah berulang-ulang setiap hari selama lima puluh tahun, sampai perkaranya diputuskan. Setelah itu barulah dia melihat jalannya keluar, adakalanya ke syurga dan adakalanya ke neraka.” Lalu beliau ditanya orang, “Ya, Rasulullah! Unta bagaimana?” “Tidak ada kecualinya pemilik unta yang tidak membayar zakat untanya,” jawab Rasulullah saw. “Termasuk juga di dalamnya kewajiban memerahnya ketika dia dibawa ke tempat minum. Maka pada hari kiamat kelak, orang itu ditelentangkan di tempat yang rata supaya diinjak-injak oleh unta-unta yang paling besar dan gemuk-gemuk, sampai anak-anaknya yang paling kecil sekalipun. Semuanya menginjak-injak dengan kukunya serta menggigit dengan giginya yang tajam. Setiap yang pertama lalu, datang pula yang lain menginjak-injaknya. Demikianlah hal itu berlangsung setiap kali, sehingga perkaranya selesai diadili. Satu hari di sana sama dengan lima puluh ribu tahun di dunia. Setelah itu barulah dia dapat melihat jalannya keluar, mungkin ke syurga dan mungkin pula ke neraka. Lalu beliau ditanya orang pula, “Ya, Rasulullah! Kalau lembu dan kambing bagaimana?” Jawab beliau, “Ya, tidak ketinggalan pula pemilik lembu dan kambing yang tidak membayarzakatnya. Nescaya pada hari kiamat kelak, dia akan ditelentangkan di suatu tempat yang rata, supaya diinjak-injak oleh sapi dan kambing itu dengan kukunya yang tajam dan ditanduk dengan tanduknya. Ternak itu semuanya tidak ada yang bertanduk rebah ke belakang atau patah, bahkan tidak ada yang tidak bertanduk. Bila yang pertama telah lewat, lalu diikuti pula oleh yang kedua dan seterusnya, sehingga perkaranya selesai diputuskan. Satu hari di sana sama dengan lima puluh ribu tahun di dunia. Setelah itu barulah dia dapat melihat jalannya keluar, apakah dia ke syurga ataukah ke neraka. Maka ditanyakan orang pula kepada beliau, “Kalau kuda bagaimana, ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah saw., “Kuda itu ada tiga macam : (1) Kuda sebagai barang mewah, atau yang mendatangkan dosa. Iaitu apabila orang memeliharanya kerana riak, untuk kemegahan dan kebanggaan serta untuk memusuhi umat Islam. Maka kuda bagi orang itu menjadi sumber dosa. (2) Kuda sebagai keperluan. Iaitu kuda yang dipelihara untuk agama Allah. Kemudian pemiliknya tidak lupa akan hak Allah dalam mempergunakannya sebagai angkutan dan kenderaan. Maka kuda bagi orang itu adalah pakaian atau keperluan. (3) Kuda sebagai sumber pahala. Yaitu kuda yang dipelihara untuk membela agama Allah, dan untuk membela kepentingan umat Islam di kebun-kebun atau di ladang-ladang mereka. Maka apa-apa yang dimakan kuda itu di dalam kebun tersebut, dituliskan bagi pemilik kebun, kebajikan sebanyak apa yang dimakan kuda itu, dan bagi pemilik kuda dituliskan pula kebajikan sebanyak tahi dan kencing kuda itu. Bila tali kuda putus (lepas), kemudian kuda itu lari jauh, maka dituliskan untuk pemiliknya kebajikan sebanyak jejak dan tahi kuda itu. Setiap kuda itu melalui sebuah sungai, lalu dia minum tanpa sengaja atau diberi minum oleh pemiliknya, maka Allah menuliskan kebajikan bagi pemiliknya sebanyak air yang diminum kudanya itu. Lalu ditanyakan orang pula, “Bagaimana kalau himar (keldai), ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah saW., “Allah tiada menurunkan wahyu apa-apa kepada ku mengenai himar, selain ayat yang pendek tetapi mencakup, iaitu: “Barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (pahala)nya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat balasannya pula:” (Zalzalah 7 – 8).

11 Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1954.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Setelah Rasulullah saw. wafat dan Abu Bakar diangkat menjadi Khalifah sepeninggal beliau dan beberapa orang yang murtad dari bangsa Arab telah murtad, Umar mengatakan kepada Abu Bakar: “Mengapa engkau perangi orang-orang itu, pada hal Rasulullah saw. telah bersabda: “Aku diperintahkan memerangi manusia sampai mengucapkan “Tidak ada Tuhan selain Allah”. Kalau mereka telah mengucapkan “Tidak ada Tuhan selain Allah” nescaya harta dan jiwanya terjamin, kecuali menurut hak (keadilan), sedang perhitungannya dipulangkan kepada Allah.” Abu Bakar menjawab: “Demi Allah! Sesungguhnya akan saya perangi siapa yang memperbezakan antara solat dan zakat, kerana zakat itu adalah kewajiban yang berkenaan dengan harta. Demi Allah! Kalau mereka tidak mahu membayar zakat yang pernah dahulu mereka berikan kepada Rasulullah saw. nescaya mereka akan saya perangi kerana itu.” Kata Umar: “Demi Allah! Saya telah nampak bahawa Allah telah membukakan hati Abu Bakar untuk berperang, lalu saya mengetahui bahawa itulah yang benar.”

12 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0930.
Dari Jabir bin ‘Abdullah r.a., dari Rasulullah saw., sabdanya: “Tidak wajib zakat perak yang kurang dari lima uqiah, zakat unta yang kurang dari lima ekor, zakat kurma yang kurang dari lima wasq.”

13 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0938.
Dari Abu Sa’id Al Khudri r.a., katanya: “Pada masa Rasulullah saw. masih hidup, kami membayar zakat fitrah untuk setiap orang, baik anak kecil maupun dewasa, merdeka maupun budak, iaitu satu gantang makanan berupa keju, atau gandum, atau kurma, atau anggur kering. Pada masa pemerintahan Mu’awiyah bin Abu Sufyan, dia berpidato di hadapan jemaah haji atau ‘umrah, katanya antara lain: “Dua mud gandum negeri Syam sama dengan segantang kurma.” Kerana pidatonya itu maka orang banyak membayar zakat fitrahnya seperti itu. Kata Abu Sa’id, “Tetapi aku tetap saja membayar seperti apa yang telah ku lakukan sejak zaman Nabi sampai akhir hayatku.”

14 Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0360.
Dari Hiththan bin Abdullah Al Raqayi La., katanya: “Pada suatu ketika, aku solat bersama Abu Musa Al Asy’ari. Ketika solat telah sampai kepada duduk (tasyahhud), seorang lelaki yang ikut berjemaah membaca ‘Uqirratish solatu bil birri waz zakati’ (Solat digabung dengan amal-amal baik dan dengan zakat).” Setelah selesai solat, Abu Musa menghadap ke belakang lalu bertanya, “Siapakah yang membaca kata-kata itu tadi?” Jemaah diam saja. Abu Musa bertanya kembali, “Siapakah di antara kamu yang membaca kata-kata itu tadi?” Jemaah diam juga. Lalu Abu Musa berkata. “Engkau barangkali, ya Hiththan?” Jawab ku, “Tidak! Aku tidak membacanya. Aku takut kalau anda memarahi ku kerananya.” Lalu seorang lelaki anggota jemaah berkata, “Akulah yang membacanya. Maksud ku hanya untuk kebaikan semata-mata.” Kata Abu Musa, “Apakah kamu belum tahu bacaan-bacaan yang harus dibaca dalam solat?” Sesungguhnya Rasulullah saw. telah berkhuthbah di hadapan kami, di mana beliau menjelaskan kepada kami perihal agama kita, dan mengajarkan kepada kami tentang cara kita solat. Beliau bersabda, “Apabila kamu solat (berjemaah), buatlah shaf (barisan). Kemudian pilihlah salah seorang di antara kamu menjadi imam. Apabila imam itu takbir, maka takbir pulalah kamu semua. Dan apabila imam itu membaca ‘ghairil maghdhubi ‘alaihim waladh dhallin’, maka bacalah bersama-sama ‘Amin’.” Dengan begitu kamu akan dikasihi Allah. Apabila imam itu takbir dan rukuk, maka hendaklah kamu takbir dan rukuk pula, dan seharusnya lah imam itu ruku dan mengangkat kepala lebih dahulu dari kamu. Begitulah sabda Rasulullah saw. Kemudian, apabila imam membaca ‘Sami’allahu liman hamidah’, maka bacalah ‘Allahumma rabbana lakal hamdu’. Pasti Allah mendengar pujianmu itu. Begitulah Allah telah berfirman melalui lidah NabiNya. Apabila imam itu takbir dan sujud, maka takbir dan sujud pulalah kamu. Sesungguhnya imam itu harus sujud dan mengangkat kepala sebelum kamu. Demikianlah Rasulullah saw. bersabda begini dan begitu. Dan ketika duduk (tasyahhud), hendaklah dibaca: “Attahiyyatuth thayyibatush shalawatu lillah. Assalamu alaika ayyuhannabiyyu wa rahmatullahi wa barakatuhu. Assalamu ‘alaina wa ‘ala ‘ibadillahish shalihin. Asyhadu alla ilaaha illallah. Wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluhu. (Segala kehormatan, kebaikan dan doa, hanya tertuju kepada Allah semata-mata. Keselamatan bagi mu wahai Nabi, beserta rahmat dan berkat dari Allah. Keselamatan atas kami dan atas para hamba yang soleh. Aku mengaku tidak ada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad itu hamba dan Rasul Allah.'”

15 Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0781.
Dari Ibnu Umar r.a., katanya: “Rasulullah saw. mewajibkan zakat fitrah segantang kurma atau segantang gandum atas kaum muslimin, hamba sahaya atau orang yang merdeka, laki-laki atau perempuan, kecil atau besar. Dan beliau memerintahkan supaya zakat fitrah itu dibayarkan sebelum orang pergi solat Aidil fitri.”

16 Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0719.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: “Pada hari kiamat, unta akan datang kepada pemiliknya dalam keadaan yang sebagus-bagusnya. Apabila dia tidak membayar zakatnya, akan dipijak-pijaknya orang itu dengan kuku kakinya. Begitu pula kambing yang tidak dibayarkan zakatnya, kambing itu akan datang kepada pemiliknya lalu memijak dan menanduk orang itu dengan tanduknya.” Beliau bersabda menambahkan, “Diantara haknya ialah memerah susunya didekat air.” Sabda beliau saw., “Aku tidak ingin, hari kiamat nanti seseorang memikul kambing yang sedang meraung. Katanya: Hai, Muhammad! Tolonglah aku!” Jawab ku, “Aku tidak kuasa sedikit jua pun menolongmu. Bukankah dulu telah ku sampaikan?” Dan aku tidak ingin, seseorang kamu nanti datang kepada ku memikul unta meraung-raung, lantas berkata meminta tolong kepada ku. Jawab ku, “Aku tidak kuasa sedikit jua pun menolongmu. Bukankah dulu telah ku sampaikan?”

17 Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0766.
Dari Abdullah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: “Tanam-tanaman yang diairi dengan air hujan, atau dengan mata air, atau tanam-tanaman yang tumbuh di rawa-rawa, zakatnya sepersepuluh, dan yang diam dengan tenaga angkutan, zakatnya seperdua puluh.”

18 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0966.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : “Tidak akan terjadi kiamat, sebelum harta kekayaan telah bertumpuk-tumpuk dan melimpah ruah; sehingga seorang lelaki pergi ke mana-mana sambil membawa-bawa hartanya untuk dizakatkannya, tetapi dia tidak mendapatkan seorang jua pun yang bersedia menerima zakatnya itu; dan sehingga tanah Arab menjadi subur makmur kembali dengan padang-padang rumput dan sungai-sungai.”

19 Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0745.
Dari Anas r.a., katanya: “Abu Bakar menulis surat kepadanya menjelaskan apa yang diperintahkan Rasulullah saw.(perihal zakat). Katanya, “Janganlah mengumpulkan yang bercerai dan jangan menceraikan yang berkumpul kerana takut membayar zakat.”

20 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0931.
Dari Jabir bin ‘Abdullah r.a., katanya dia mendengar Nabi saw. bersabda: “Tanaman yang mendapat air sungai dan tadah hujan, zakatnya sepersepuluh. Dan tanaman yang mendapat air dengan jalan usaha, seperti dengan kincir air dan sebagainya, zakatnya seperduapuluh.”

21 Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1122.
Dari Abu Hurairah r.a., “Rasulullah saw. menugaskan daku untuk menjaga Zakat Ramadhan (Zakat Fitrah). Kemudian datang seseorang kepada ku, maka diambilnya segenggam makanan, dan orang itu dapat ku tangkap. Lalu aku berkata kepadanya, “Nanti ku adukan engkau kepada Rasulullah saw.” Katanya, “Saya perlu, kerana saya mempunyai keluarga dan keperluan yang amat sangat.” Kata Abu Hurairah, “Kerana itu, saya biarkan saja orang itu.” Esok pagi Nabi saw. bersabda, “Hal, Abu Hurairah! Apakah yang diperbuat tawanan mu malam tadi?” Jawab ku, “Ya, Rasulullah! Ia mengatakan sangat perlu, kerana mempunyai keluarga. Maka saya merasa kasihan, lalu saya biarkan saja dia.” Sabda Nabi, “Sebenarnya dia dusta kepada mu dan ia akan kembali.” Saya yakin bahawa ia akan kembali kerana pemberitahuan Rasulullah saw. itu. Lalu saya intip dia. Memang benar, orang itu datang lagi lalu diambilnya segenggam makanan, dan terus saya tangkap. Kataku, “Nanti ku adukan engkau kepada Rasulullah saw.” Katanya, “Biarkanlah saya, kerana saya sangat perlu dan mempunyai keluarga. Sesudah ini tidak akan saya ulangi lagi.” Saya pun merasa kasihan, lalu saya biarkan dia. Pagi-pagi Rasulullah saw. bersabda pada ku, “Hai, Abu Hurairah! Apakah yang diperbuat tawanan mu malam tadi?” Jawab ku, “Ya, Rasulullah! Ia mengatakan sangat perlu dan berkeluarga. Aku merasa kasihan kepadanya, lalu ku biarkan saja dia.” Sabda beliau, “Sebenarnya ia dusta kepada mu, dan ia bakal kembali.” Saya intip dia untuk ketiga kalinya. Memang benar, ia pun datang lalu diambilnya segenggam makanan, lantas saya tangkap, seraya berkata. “Engkau mesti saya adukan kepada Rasulullah saw. Inilah yang ketiga kalinya engkau mengatakan tidak akan kembali, tetapi nyatanya engkau kembali juga.” Katanya, “Lepaskanlah aku, nanti ku ajarkan kepada mu kalimah-kalimah yang diberi manfaat oleh Allah kepada mu, apabila engkau membaca kalimah itu.” Kataku, “Apakah kalimah itu?” Jawabnya, “Apabila engkau hendak tidur, bacalah ayat Kursi: Allaahu laa ilaaha illa huwal hayyul qayyum, (Al Baqarah, 2 : 255) hingga sampai akhir ayat. Maka engkau sentiasa dalam pemeliharaan Allah, sedangkan syaitan tidak akan berkati mu sampai pagi.” Setelah itu saya biarkan dia. Pagi Rasulullah saw. bersabda kepada ku, “Apa yang diperbuat tawanan mu tadi?” Kataku, “Ya, Rasulullah! Dia ajarkan kepada ku beberapa kalimah katanya diberi manfaat oleh Allah apabila seseorang membacanya. Kerana itu ku biarkan dia.” Sabda beliau, “Apakah kalimah itu?” , Jawab ku, “Ia mengatakan kepada ku, apabila engkau hendak tidur, bacalah ayat kursi dari awal sampai akhir. Yakni. Allaahu laa ilaaha illa huwal hayyul qayyum.(hingga akhirnya). Katanya kepada ku: Engkau akan sentiasa, dalam pemeliharaan Allah, dan syaitan tidak akan mendekati mu sampai pagi.” Dan biasanya para sahabat itu sangat, mengingini kebaikan. Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya ia telah benar kepada mu. Padahal ia sangat pendusta. Tahukah engkau, dengan siapa engkau bercakap-cakap selama tiga malam itu, wahai Abu Hurairah?” Jawab Abu Hurairah, “Tidak!” Sabda beliau. “Itulah syaitan!”

22 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0933.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: “Tidak wajib menzakatkan hamba sahaya melainkan zakat fitrahnya.”

23 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1028.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Pada suatu waktu, ketika Hasan bin Ali masih kecil, dia pernah mengambil kurma dari tumpukan kurma sedekah (zakat), lalu diletakkannya ke mulutnya. Maka bersabda Rasulullah saw., “Jijik, jijik, buang! Tidak tahukah kamu, bahawa kita (keluarga Muhammad) tidak boleh memakan sedekah (zakat”?”).

24 Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0757.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah saw. memerintahkan kepada orang banyak supaya bersedekah. Lantas dikatakan orang kepada beliau, Ibnu Jamil, Khalid bin Walid dan Abbas Ibnu Abdul Mutthalib tidak mahu bersedekah.” Sabda Nabi saw., “Apakah yang menghalangi Ibnu Jamil untuk mengeluarkan zakat, padahal ia dahulu seorang miskin dan sekarang sudah dikayakan oleh Allah dan Rasul-Nya. Adapun Khalid, sesungguhnya kamu menganiayanya, kerana dia sedang mengumpulkan baju besi dan segala alat perlengkapan perang yang disediakannya untuk Sabilillah. Dan Abbas bin Abdul Muthalib, walaupun dia pakcik Rasulullah saw., namun zakat itu wajib baginya dan dia harus membayar dua kali lipat.”

25 Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0779.
Dari Abu Hamid As Saidi r.a., katanya: “Rasulullah saw. pernah mempekerjakan seorang laki-laki dari Bani Asad untuk memungut zakat dari Bani Sulaim yang bernama Ibnul Lutbiyyah. Ketika ia kembali (dan zakat sudah terkumpul), Rasulullah saw. memeriksa dan menghitungnya.”

26 Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0018.
Dari Abu Hurairah r.a., kata. nya: “Setelah Rasulullah saw. wafat, dan Abu Bakar r.a. telah diangkat jadi Khalifah (pengganti), sebahagian bangsa Arab kafir kembali (murtad). ‘Umar bin Khaththab r.a. berkata kepada Abu Bakar r.a., “Kenapa Anda hendak perangi orang-orang itu, padahal Rasulullah saw. telah bersabda: Aku diperintahkan memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan “La ilaha illallah “. Kerana itu, siapa yang telah mengucapkan “La ilaha illallah” harus dilindungi harta dan jiwanya, kecuali apabila dia melanggar hukum; dan perhitungannya terserah pada Allah.” Jawab Abu Bakar r.a., “Demi Allah! Akan ku perangi orang-orang yang membeza-bezakan perintah solat dan zakat. Sesungguhnya zakat itu adalah kewajiban mengenai harta. “Demi Allah! Sekalipun mereka hanya enggan memberikan tali unta yang pernah mereka berikan kepada Rasulullah saw., akan ku perangi juga mereka.” Jawab ‘Umar r.a., “Demi Allah! Kini barulah aku tahu, sesungguhnya Allah ‘Azza wa lalla memberi petunjuk kepada Abu Bakar untuk berperang. Dan sekarang aku yakin, dialah yang benar.”

27 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1038.
Dari Jarir bin Abdullah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: “Apabila ‘amil zakat mendatangi mu untuk mengumpulkan zakat daripada mu, maka hendaklah dia pulang kembali dengan rasa puas terhadap mu.”

28 Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0044.
Dari Jarir r.a., katanya: “Aku berjanji setia kepada Rasulullah saw. akan menegakkan solat, membayar zakat dan memberi nasihat bagi setiap orang muslim.”

29 Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0044.
Abu Jamrah bercerita, “Aku duduk bersama Ibnu Abbas di atas divannya, lalu dia berkata kepada ku: Tinggallah di rumahku, nanti ku beri kamu sebahagian harta ku.” Maka aku tinggal di rumahnya (lebih kurang telah) dua bulan lamanya. Kemudian dia berkata kepada ku, Sabda Nabi, “Selamat datang Para Utusan.” Diucapkan beliau tanpa penghinaan dan penyesalan. Jawab mereka, “Ya, Rasulullah! Kami tidak dapat datang menemui Anda kecuali di bulan Haram ini; kerana antara negeri kami dan negeri Anda, ada kampung Mudhar yang masih kafir. Oleh kerana itu, berilah kami pengajaran yang jelas dan tegas, supaya kami sampaikan kepada orang-orang kampung kami, agar kami semuanya masuk syurga.” Kemudian mereka menanyakan kepada Nabi tentang minum-minuman. Maka Nabi menyuruh mereka melaksanakan empat perkara dan melarang empat perkara pula. Nabi menyuruh mereka supaya iman kepada Allah satu-satu-Nya. Sabda Nabi, “Tahukah Anda sekalian, apa ertinya iman kepada Allah satu-satunya?” Jawab mereka, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.” Sabda Nabi, “Mengakui tidak ada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu Rasul Allah.” Kemudian Nabi menyuruh mereka menegakkan solat, membayar zakat, puasa bulan Ramadhan, dan memberikan seperlima harta rampasan perang (kepada Baitul Maal). Nabi melarang mereka melakukan empat perkara, yaitu: 1. hantam, 2. dubba, 3. naqir, dan 4. muzaffat – atau barangkali muqayyar (ganti naqir). Selanjutnya Nabi bersabda, “Ingatlah semuanya itu dan sampaikan kepada orang kampung Anda.”

30 Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2211.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: “Tahukah kamu apa erti muftis ?” Jawab para sahabat. “Muflis menurut kami ialah orang yang tidak punya wang dan tidak punya harta.” Sabda Rasulullah saw., “Muflis dari umat ku akan datang kelak di hari kiamat membawa solat, puasa dan zakat; dan membawa dosa kerana dia pernah memaki orang, pernah menuduh-nuduh orang, pernah memakan harta orang, pernah membunuh orang, dan pernah memukul orang, maka diberikan pahala kebaikannya kepada orang-orang yang dizaliminya. Jika pahala kebaikannya habis sebelum terbayar lunas kepada orang-orang yang dizaliminya, maka diambil dosa-dosa mereka yang dizaliminya lalu ditimpakan kepadanya, kemudian dia di lemparkan ke neraka.”

31 Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0767.
Dari Abu Said AI Khudri r.a., dari Nabi saw., sabdanya: “Tidak ada zakat bagi (tanam-tanaman) yang kurang dari lima wasq, bagi unta yang kurang dari lima ekor dan bagi mata wang (perak) di bawah lima uqiah.”

32 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0939.
Dari Ibnu ‘Umar r.a., katanya: “Rasulullah saw. memerintahkan supaya membayar zakat fitrah sebelum orang ramai pergi solat ‘Id.”

33 Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1689.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah saw. sabdanya: “Haiwan, sumur dan tempat penggalian logam yang melukai atau membunuh, tidak ada ganti rugi kerananya. Dan barang galian, zakatnyaseperlima.”

34 Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0042.
Dikhabarkan oleh Abu Hurairah r.a., katanya pada suatu hari Nabi saw. duduk bersama-sama jemaah, tiba-tiba datang kepadanya seorang laki-laki bertanya. “Apakah ertinya iman?” Jawab Rasulullah, “Iman ialah percaya kepada Allah, kepada Malaikat-Nya, kepada Rasul-Nya, dan kepada berbangkit (sesudah mati).” Tanya orang itu pula, “Apakah ertinya Islam?” Jawab Nabi, “Islam iaitu menyembah Allah dan tidak mempersekutukanNya, menegakkan solat, membayar zakat, dan puasa Ramadhan.” Dia bertanya lagi, “Apakah ertinya ihsan?” Jawab Nabi, “Ihsan ialah menyembah Allah seolah-olah engkau melihat Dia. Biarpun engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat engkau.” Tanya orang itu pula, “Bilakah hari kiamat?” Jawab Nabi, “Orang ditanya (Nabi) tidak lebih tahu dari orang yang menanya. Tetapi akan ku terangkan tanda-tandanya: (1) apabila budak perempuan melahirkan majikannya dan (2) apabila gembala unta telah bermegah-megah dalam gedung yang indah mewah. Dan kiamat itu salah satu dari lima rahsia yang hanya Allah mengetahuinya.” Kemudian Nabi membaca ayat:Innallaaha ‘indahu ‘ilmus sa’ah, wa yunazzi lulghaitsa wa ya’lamu maa, fil arhaam, wa maa tadri nafsum ma dza taksibu ghadaa wa maa tadri nafsum biayyi ardhin tamutu innallaaha ‘aliimun khabir.” (“Hanya Allah yang mengetahui hari kiamat dan turunnya hujan, dan yang mengetahui bayi apa yang di dalam rahim ibu; (Allah juga mengetahui) apa yang tidak diketahui orang, kerja apa yang akan dilakukannya besok; (Allah juga mengetahui) apa yang tidak diketahui orang, di bumi mana dia akan meninggal. Sesungguhnya Allah Maha Tahu lagi Maha Pintar.” – S. Luqman, 31:34 Setelah itu orang tersebut pergi. Maka sabda Nabi, “Panggillah dia kembali!” Tetapi mereka tidak nampak orang itu lagi. Nabi bersabda, “Itulah Jibril, dia mengajarkan agama kepada umat manusia.”

35 Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1745.
Dari Ibnu ‘Abbas r.a., katanya Abu Sufyan mengisahkan kepadanya dari mulut Abu Sufyan sendiri cerita berikut: “Pada masa berlangsungnya perjanjian damai antaraku dengan Rasulullah saw., aku pergi berniaga ke Syam. Ketika aku sedang berada di sana, disampaikan orang sepucuk surat dari Rasulullah saw. kepada Kaisar Heraelius, Penguasa Agung Rumawi. Yang membawa surat itu ialah Dihyah Al Kalbi kepada pembesar Bushra, kemudian pembesar Bushra ini menyampaikannya kepada Heraelius. Tanya Heraelius, “Adakah di sini, orang-orang dari bangsa lelaki yang mendakwakan dirinya menjadi Nabi itu?” Jawab mereka, “Ada!” Lalu aku dipanggil mereka menghadap Heraelius bersama beberapa orang Quraisy kawan-kawanku. Kami masuk dan duduk di hadapan baginda. Tanya Heraelius, “Siapakah di antara kalian yang dekat pertalian darahnya dengan orang yang mendakwakan dirinya menjadi Nabi itu?” Jawab ku, “Aku!” Mereka menyuruh ku duduk ke depan, sedang kawan-kawanku duduk di belakangku. Sesudah itu dipanggilnya penterjemah sambil berkata, “Katakan kepada mereka, bahawa aku menanyakan kepada mereka perihal lelaki yang mendakwakan dirinya sebagai Nabi. Jika dia berdusta, katakan dia dusta.” Kata Abu Sufyan, “Demi Allah! Kalaulah aku tidak takut akan dicap pendusta, sungguh telah ku dustai dia.” Kemudian Heraelius berkata kepada penterjemah, “Tanyakan kepadanya, bagaimana kebangsaan orang itu di kalanganmu?” Jawab ku, “Dia seorang bangsawan di kalangan kami.” Tanya, “Apakah dia turunan raja?” Jawab ku: “Tidak!” Tanya, “Pernahkah kalian mengatakannya pembohong sebelum ia mengaku jadi Nabi?” Jawab ku, “Tidak! ” Tanya, “Siapakah yang jadi pengikutnya, orang-orang besar atau rakyat kecil?” Jawab ku, “Hanya rakyat kecil.” Tanya, “Apakah pengikutnya selalu bertambah atau berkurang?” Jawab, “Mereka selalu bertambah.” Tanya, “Adakah di antara pengikutnya itu yang murtad kerana benci kepada agama yang dikembangkannya itu?” Jawab, “Tidak!” Tanya, “Pernahkah kamu berperang dengannya?” Jawab, “Ya, pernah!” Tanya, “Bagaimana jalannya peperanganmu dengannya?” Jawab, “Peperangan kami berjalan silih berganti antara menang dan kalah. Kadang-kadang kami yang menang, dia kalah; kadang-kadang kami yang kalah, dia menang.” Tanya, “Pernahkah dia mungkir janji?” Jawab, “Tidak! Bahkan kami sedang dalam masa perjanjian damai, iaitu tidak akan serang menyerang dengannya. Aku tidak tahu apa yang akan dibuatnya terhadap perjanjian itu.” Kata Abu Sufyan selanjutnya, “Demi Allah, tidak ada kalimat lain yang dapat ku ucapkan selain daripada itu.” Tanya, “Apakah ada orang lain sebelum dia, yang mengaku menjadi Nabi seperti dia pula?” Jawab, “Tidak!” Kemudian dia berkata kepada penterjemahnya, “Katakan kepadanya, ku tanyakan kepada mu tentang bangsanya (status sosialnya), maka engkau katakan dia bangsawan. Memang demikianlah halnya semua Rasul-rasul; mereka dibangkitkan dari kalangan bangsawan kaumnya.” Ku tanyakan pula kepada mu, ” Apakah dia turunan raja?” Jawabmu, “Tidak!” Kataku, “Kalau adalah bapa atau datuknya yang menjadi raja, tentu kerana dia ingin mengembalikan kekuasaan nenek moyangnya.” Ku tanyakan pula tentang pengikutnya, apakah terdiri dari rakyat kecil atau dari orang-orang besar? Kamu jawab, hanya terdiri dari rakyat kecil. Memang merekalah pengikut para rasul. Ku tanyakan pula, pernahkah kamu menuduhnya sebagai pembohong sebelumnya?” Jawabmu, “Tidak!” Aku tahu, dia tidak akan pernah berdusta terhadap manusia, apalagi berdusta terhadap Allah. Saya tanyakan kepada mu, “Adakah pengikutnya yang murtad, kerana setelah dipeluknya agama baru itu lalu dia membenci agama itu. Jawabmu, “Tidak!” Memang begitulah halnya apabila iman telah tertanam dalam hati seseorang. Kutanya pula, “Apakah pengikutnya berkurang?” Jawabmu, “Bahkan mereka selalu bertambah.” Ya, seperti itulah iman hingga sempurna. Kutanya pula, “Pernahkah kamu memeranginya?” Jawabmu, “Memang, kamu memeranginya. Dan peperangan berjalan silih berganti, kadang-kadang menang, dan kadang kalah.” Memang demikianlah halnya, para Rasul itu selalu diuji. Namun demikian, kemenangan terakhir selalu berada di pihak mereka. Ku tanyakan pula, “Pernahkah dia mungkir janji?” Jawabmu, “Tidak pernah!” Memang demikian, para Rasul tidak pernah mungkir janji. Ku tanya pula engkau, “Adakah orang lain sebelum dia yang mengaku menjadi Nabi seperti dia?” Jawabmu, “Tidak!” Kataku, “Kalau ada orang lain sebelumnya yang mengaku jadi Nabi seperti dia, mungkin dia hanya ikut-ikutan dengan orang yang sebelumnya itu.” Kemudian dia bertanya, “Apa saja yang diperintahkannya kepadamu?” Jawab ku, “Dia menyuruh kami solat, membayar zakat, menghubungkan silaturahim, dan hidup suci.” Katanya, “Jika yang kamu katakan itu benar semuanya, maka tak salah lagi orang itu sesungguhnya Nabi. Aku telah tahu bahawa dia akan muncul, tetapi aku tidak menduga bahawa dia akan muncul di kalangan kalian. Kalaulah aku yakin bahawa aku dapat bertemu dengannya, aku memang ingin benar bertemu dengannya. Dan kalau aku telah berada di dekatnya, akan ku basuh kedua tapak kakinya. Dan daerah kekuasaannya kelak, akan sampai ke daerah kekuasaanku ini.” Kata Abu Sufyan, “Kemudian dimintanya surat Rasulullah saw. tersebut, lalu dibacanya. Di dalamnya tertulis: “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad Rasulullah, kepada Heraelius, Pembesar Rumawi. Berbahagialah orang yang mengikuti petunjuk. Kemudian, aku mengajak Anda masuk Islam. Islamlah Anda, nescaya Anda selamat. Islamlah Anda, nescaya Allah akan memberi Anda pahala berlipat ganda. Jika Anda menolak, maka Anda akan memikul dosa seluruh rakyat Anda. Hai, Ahli Kitab! Marilah kita bersatu dalam kalimat yang sama antara kita semua. Iaitu, bahawa kita tidak akan menyembah selain hanya kepada Allah semata-mata; tidak akan menyekutukan-Nya dengan sesuatu yang lain, dan tidak menjadikan sebahagian kita menjadi Tuhan sebahagian yang lain, kecuali hanya Allah semata-mata. Jika mereka menolak, maka katakanlah kepada mereka, “Saksikanlah bahawa kami adalah orang-orang muslim.” Setelah Heraelius selesai membaca surat itu, terdengar suara heboh di sekitarnya. Dia memerintahkan kami supaya keluar. Sampai di luar aku berkata kepada kawan-kawanku, “Sungguh luar biasa urusan Ibnu AbiKabsyah! Sehingga dia ditakuti oleh raja bangsa kulit kuning. Kerana itu aku sentiasa yakin, bahawa agama Rasulullah saw. ini pasti menang, sehingga akhirnya Allah memasukkan Islam ke dalam hati sanubari ku.”

36 Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0753.
Dan Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw., bersabda: “Tidak wajib zakat atas seorang Muslim, pada kuda dan hamba sahaya.”

37 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1004.
Dari Qabishah bin Mukhariq Al Hilali r.a., katanya; “Aku pernah menanggung hutang (untuk mendamaikan dua kabilah yang saling sengketa). Lalu aku datang kepada Rasulullah saw., meminta bantuan kepada beliau untuk membayarnya. Jawab beliau, “Tunggulah sampai orang datang mengantarkan zakat, nanti ku suruh serahkan kepada mu.” Kemudian beliau melanjutkan sabdanya, “Hai, Qabishah! Sesungguhnya meminta-minta itu tidak boleh (tidak halal). Kecuali untuk tiga golongan: (1) Orang yang menanggung hutang (gharim, untuk mendamaikan dua orang yang bersengketa atau seumpamanya). Maka orang itu boleh meminta-minta, sehingga hutangnya lunas. Apabila hutangnya telah lunas, maka tidak boleh lagi dia meminta-minta. (2) Orang yang kena bencana, sehingga harta-bendanya musnah. Orang itu boleh meminta-minta sampai dia memperoleh sumber kehidupan yang layak baginya. (3) Orang yang ditimpa kemiskinan, (disaksikan atau diketahui oleh tiga orang yang dipercayai bahawa dia memang miskin). Orang itu boleh meminta-minta, sampai dia memperoleh sumber penghidupan yang layak Selain tiga golongan itu, haram baginya meminta-minta, dan haram pula baginya memakan hasil meminta-minta itu.”

38 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0943.
Dari Abu Dzar r.a., katanya : “Aku tiba dekat Rasulullah saw. ketika beliau sedang duduk di bawah naungan Kaabah. Ketika beliau melihat ku, beliau bersabda: “Demi Tuhan Kasbah, mereka itu adalah orang-orang yang merugi.” Lalu ku dekati beliau seraya aku duduk, dan bertanya kepada beliau, “Ya, Rasulullah! Aku mohon bertanya, siapakah mereka?” Jawab Rasulullah saw., “Mereka adalah orang-orang hartawan. Kecuali mereka (yang menghitung-hitung amal kebaikan mereka dengan) mengatakan: Sebegini, sebegini, sebegini (sambil beliau memberi isyarat ke muka dan ke belakang, ke kanan dan ke kiri). Tetapi mereka ini hanya sedikit, tidak seorang pun pemilik unta, pemilik sapi, dan pemilik kambing yang tidak mahu membayar zakat ternaknya, melainkan pada hari kiamat kelak haiwan-haiwan ternaknya dalam keadaan sangat besar dan gemuk datang kepadanya menanduk dengan tanduknya dan menginjak-injak orang itu dengan kukunya. Setiap yang terakhir selesai menginjak-injaknya, yang pertama datang pula kembali. Demikianlah seksaan itu berlaku sehingga perkaranya diputuskan.”

39 Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1998.
Dari Anas bin Malik r.a. katanya: “Aku pernah melihat di tangan Rasulullah saw. alat cap, dan ketika itu beliau sedang memberi cap (memberi tanda) unta-unta sedekah (zakat)”

40 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0941.
Dari Jabir bin ‘Abdullah r.a., dari Nabi saw. sabdanya: “Tidak seorang pun pemilik unta, pemilik lembu atau pemilik kambing yang tidak membayar haknya, melainkan nanti hari kiamat dia dibaringkan pada suatu tanah datar, lalu diinjak-injak oleh ternak dengan kukunya dan ditanduk dengan tanduknya. Pada hari itu tidak ada haiwan bertanduk yang tidak ada tanduknya, dan tidak ada pula yang patah tanduk. Tanya kami, “Ya, Rasulullah! Apakah haknya?” Jawab beliau, “Membenihkan jantannya, menternakkan betinanya, memerahnya, membawanya ke air, dan mempergunakannya untuk Allah. Tidak seorang pun pemilik harta yang tidak membayar zakatnya, melainkan hartanya itu berubah menjadi ular besar berbisa, yang mengikuti pemiliknya kemana saja dia pergi, sedangkan dia sendiri selalu lari dari ular itu. Lalu dikatakan orang kepadanya, “Inilah harta mu yang engkau bakhil dengannya.” Setelah dia tahu bahawa dia tidak dapat lari dari ular itu, maka dimasukkannya tangannya ke mulut ular itu, lalu ular itu menggigitnya seperti haiwan jantan menggigit.”

41 Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2269.
Dari Anas bin Malik r.a. katanya: “Ketika aku dan Rasulullah saw. pada suatu ketika keluar dari masjid, tiba-tiba kami ditemui oleh seorang lelaki di pintu masjid, lalu dia bertanya, “Ya, Rasulullah! Bilakah terjadi hari kiamat?” Jawab Rasulullah saw., “Apakah yang telah engkau persiapkan untuk itu?” Lelaki itu kelihatan seperti menunduk, kemudian dia berkata, “Tidak banyak yang telah ku siapkan; baik itu berupa solat (sunat), puasa, dan sedekah (zakat). Tetapi aku sungguh-sungguh mencintai Allah dan Rasul-Nya.” Maka bersabda Nabi saw., “Engkau akan sentiasa bersama-sama kecintaanmu itu kelak.”

42 Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0750.
Dari Anas r.a., katanya Abu Bakar menulis surat kepadanya perihal perintah Allah kepada Rasul-Nya Muhammad saw., sebagai berikut: “Janganlah membayar zakat dengan (haiwan) yang tua atau yang cacat, dan jangan pula dengan yang jantan untuk pembiakan, kecuali kalau yang memang menghendakinya.

43 Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0765.
Dari Abu Humaid As Sa’idi r.a., katanya dia pernah ikut berperang bersama-sama dengan Nabi saw. dalam peperangan Tabuk. Ketika tiba di Wadi-al-Qura, ada seorang wanita sedang berada di dalam kebunnya. Rasulullah saw. menanyakan kepada para sahabat berapa kira-kira taksiran mereka terhadap buah-buahan di dalam kebun itu. Dan beliau sendiri menaksirnya kira-kira sepuluh wasq. Nabi saw. bersabda kepada wanita itu, “Hitunglah berapa kira-kira hasil kebunmu, dan berapa zakat yang harus kamu bayarkan!” Setelah kami sampai di Tabuk, Nabi saw. bersabda, “Malam ini akan bertiup angin kencang. kerana itu janganlah ada seorang jua pun yang berdiri, dan siapa yang mempunyai unta, tambatkanlah untanya.” Lalu kami tambatkan unta kami. Tidak lama antaranya angin kencang pun bertiuplah. Seorang laki-laki berdiri, lalu diterbangkannya sampai ke bukit Thai. Ketika itu ada pula seorang raja Ailah menyerahkan seekor keldai putih kepada Nabi saw., dan keldai itu diberinya pakaian dengan kain bulu dan dia menulis surat kepada Nabi saw. yang menyatakan bahawa dia dan rakyatnya menyerah kepada Nabi saw. dan bersedia membayar Jizyah (ufti). Ketika Nabi tiba kembali di Wadi al-Qura, beliau bertanya kepada wanita pemilik kebun, “Berapa jumlah hasil kebunmu?” Jawabnya, “Sepuluh wasq, sebanyak taksiran Nabi saw.” Sabda Nabi, “Aku akan segera kembali ke Madinah. Siapa yang ingin berangkat bersama-sama dengan ku, bersiap-siaplah dengan segera.” Ibnu Bakkar (sub perawi) menambahkan, ketika Nabi saw. telah dekat ke Madinah, beliau bersabda, “Inilah kota yang baik. (Thaabah).” Dan ketika beliau melihat bukit Uhud, beliau bersabda, “Itulah bukit kecil yang sentiasa mencinta kita dan kita mencintainya pula. Mahukah anda sekalian, aku ceritakan kepada kamu, perkampungan Ansar yang paling baik?” Jawab para sahabat, “Ya, sudah tentu!” Sabda beliau, “Ialah perkampungan Bani Najjar, kemudian perkampungan Bani Asyhal, kemudian perkampungan Bani Saaidah atau perkampungan Bani al Harits bin Al Khazraj dan setiap perkampungan Ansar baik.”

44 Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0751.
Dari Abu Dzar r.a., katanya ketika dia bertemu kembali dengan Nabi saw., beliau bersabda: “Demi Allah yang diri ku berada dalam genggaman-Nya, (atau barangkali beliau berkata: Demi Allah, yang tidak ada Tuhan selain Dia), siapa yang mempunyai unta, atau lembu, atau kambing dan biri-biri, dan tidak mahu membayar zakatnya, maka haiwan-haiwan itu akan didatangkan kepadanya pada hari kiamat nanti dalam keadaan besar dan gemuk, memijak-mijak orang itu dengan kakinya dan menanduknya dengan tanduknya; setelah semua haiwan itu selesai memijak dan menanduk, lalu kembali lagi giliran yang pertama sampai habis. Begitulah seksaan itu berlaku terus hingga datang pengadilan di antara seluruh manusia.”

45 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1005.
Dari Salim bin ‘Abdullah r.a., dari bapanya, katanya: “Rasulullah saw. pernah memberikan (bahagian zakat) kepada ‘Umar bin Khaththab r.a., lalu ditolak oleh ‘Umar. Katanya: “Ya, Rasulullah! Berikanlah kepada orang yang lebih memerlukannya daripada ku.” Sabda Rasulullah saw., “Ambillah dan pergunakanlah untuk keperluanmu, atau sedekahkan! Apabila engkau diberi orang suatu pemberian tanpa engkau idam-idamkan dan tanpa minta-minta, terimalah pemberian itu. Tetapi (ingat), sekali-kali jangan meminta.” Kata Salim, “Oleh kerana itu Ibnu ‘Umar (ayah Salim) tidak pernah meminta apa saja kepada seseorang, dan tidak pernah pula menolak apa yang diberikan orang kepadanya.”

46 Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0052.
Anas bin Malik r.a., berkata: “Ketika kami sedang duduk bersama-sama Nabi saw. di dalam masjid, masuk seorang laki-Iaki mengenderai unta. Dihentikannya untanya lalu dipautkannya. Kemudian dia bertanya kepada jemaah yang ada di situ: “Yang manakah di antara Anda sekalian orang yang bernama Muhammad ?” Ketika itu Nabi saw. sedang duduk bertelekan di antara orang banyak. Jawab kami, “Itulah beliau, laki-laki putih yang duduk bertelekan.” Kata orang itu kepada Nabi, “Hai; anak Abdul Muthalib.” Jawab Nabi, “Ya, silakan Anda berbicara aku sedia menjawabnya.” Kata orang itu, “Saya hendak bertanya kepada Anda. Mungkin pertanyaan saya ini agak sukar kerana itu janganlah Anda merasa gusar!” Jawab Nabi. “Tanyakanlah apa yang terasa di hati Anda.” Kata orang itu. “Saya bertanya dengan nama Tuhan Anda dan Tuhan orang-orang yang dahulu, adakah Allah mengutus Anda kepada umat manusia seluruhnya?” Jawab Nabi, “Ya, Allah! Betul!” Bertanya pula dia, “Saya bertanya dengan nama Allah, adakah Allah menyuruh Anda menegakkan solat lima kali sehari semalam?” Jawab Nabi. “Ya, Allah! Betul!” Tanyanya pula, “Saya bertanya dengan nama Allah, adakah Allah menyuruh Anda mengerjakan puasa bulan ini (Ramadhan) setiap tahun?” Jawab Nabi, “Ya, Allah! Betul” Tanya orang itu pula, “Saya bertanya dengan nama Allah, betulkah Allah menyuruh Anda mengambil sedekah (zakat) dari orang-orang kaya untuk dibahagi-bahagikan kepada orang miskin?” Jawab Nabi, “Ya, Allah! Betul!” Orang itu berkata, “Saya percaya dengan agama yang Anda bawa. Saya utusan dari suku saya, dan namaku Dhiman bin Tsa’labah dari Banu Saad’ bin Bakr.”

47 Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0747.
Dari Abu Said r.a.. katanya seorang Arab dusun bertanya kepada Rasulullah saw. tentang hijrah. Sabda Nabi, “Oh. kasihan! Hijrah itu sulit. Tetapi adakah kamu mempunyai unta untuk kamu bayarkanzakatnya?” Jawabnya, “Ada!” Sabda Nabi, “Beramallah di seberang lautan, sesungguhnya Allah tiada menyia-nyiakan sedikit pun amalanmu itu.”

48 Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0047.
Kata Jarir bin Abdullah, “Saya berjanji dengan Rasulullah saw. akan menegakkan solat, membayar zakat dan berlaku jujur terhadap semua orang muslim.”

49 Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2465.
Dari Hudzaifah r.a. katanya: “Pada suatu ketika kami berada bersama ‘Umar lalu dia bertanya: “Siapakah di antara saudara-saudara yang hafal hadis Rasulullah saw. mengenai fitnah (bencana) sebagaimana pernah disabdakan beliau?” Jawab ku, “Aku!” Kata ‘Umar, “Engkau sungguh berani! Nah, bagaimana sabda beliau?” Jawab ku, “Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Fitnah (bencana atau kekacauan) seorang lelaki bersumber atau terletak pada isterinya, pada hartanya, pada dirinya, pada anaknya, pada tetangganya. Semuanya tidak melakukan puasa, tidak solat, tidak bersedekah (zakat), tidak mahu menganjurkan yang makruf dan mencegah yang mungkar.” Kata ‘Umar, “Bukan itu yang ku maksud. Tetapi ialah huru-hara yang menggelora bagaikan gelombang lautan.” Jawab ku, “Anda tidak terlibat dalam peristiwa itu, ya Amirul Mukminin! Kerana antara Anda dengan bencana itu ada suatu pintu yang terkunci rapat.” Tanya ‘Umar, “Apakah pintu dipecah atau dibuka orang?” Jawab ku, “Tidak dibuka, tetapi dipecahkan orang.” Kata ‘Umar, “Kalau begitu perlu pintu itu tak dapat lagi dikunci untuk selama-lamanya.” Kami bertanya kepada Hudzaifah, “Tahukah ‘Umar, pintu itu pintu yang mana?” Jawab Hudzaifah, “Ya, seperti apa yang diketahui Umar malam ini, lepas daripada besok.”

50 Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1111.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: “Orang kaya yang melambat-lambatkan (membayar hutang, zakat harta dan lain-lain kewajiban yang harus dibayarnya) adalah zalim (aniaya). Apabila seorang di antaramu dipindahkan hutang-piutangnya kepada orang yang berpunya (kaya) hendaklah diturutinya (ditagihnya).”

51 Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0020.
Dari ‘Abdullah bin ‘Umar r.a., katanya: “Rasulullah saw. bersabda: Aku diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka mengaku tidak ada Tuhan selain Allah, dan Muhammad Rasulullah, mendirikan solat dan membayar zakat. Apabila yang demikian itu telah mereka lakukan, terpeliharalah darah dan harta mereka olehku, kecuali kerana alasan-alasan hukum; sedangkan perhitungannya terserah kepada Allah.”

52 Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0020.
Dari Ibnu Umar r.a, katanya Rasulullah saw, bersabda: “Aku diperintah supaya memerangi manusia, hingga mereka mengakui bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah, dan supaya mereka menegakkan solat dan membayar zakat. Apabila yang demikian telah mereka lakukan, maka darah dan harta mereka mendapat perlindungan dari ku, kecuali kerana alasan-alasan (hukum) Islam. Sedangkan perhitungan (peradilan) mereka terserah kepada Allah.”

53 Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0004.
Dari Thalhah bin Ubaidillah r.a., katanya: “Seorang lelaki penduduk Nejed datang kepada Rasulullah saw. dengan rambut kusut. Kami mendengar suaranya, tetapi tidak jelas bagi kami apa yang dikatakannya. Akhirnya dia mendekat kepada Rasulullah saw., kiranya dia menanyakan perihal Islam. Jawab Rasulullah saw., “Solat lima kali sehari semalam.” Tanya orang itu, “Adakah kewajiban kami selain itu?” Jawab Nabi saw., “Tidak! Kecuali jika engkau mahu mengerjakan solat sunat.” Kata beliau selanjutnya, “Puasa bulan Ramadhan.” Tanya orang itu, “Adakah kewajipan kami selain itu?” Jawab Nabi saw., “Tidak! Kecuali jika engkau mahu puasa sunat.” Nabi saw. melanjutkan pula, “Zakat.” Tanya orang itu, “Adakah kewajiban kami selain itu?” jawab Nabi saw., “Tidak! Kecuali jika engkau mahu bersedekah sunat.” Kata Thalhah, “Kemudian orang itu berlalu sambil berkata: “Demi Allah! Apa yang diajarkan Rasulullah itu tidak akan kutambah dan tidak akan ku kurangi.” Sabda Rasulullah saw., “Beruntunglah dia, jika apa yang diucapkannya itu benar-benar ditepatinya.”

54 Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0778.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: “Tidak ada denda (diyat) pada yang terbunuh atau terluka oleh binatang buas, atau kerana jatuh ke dalam telaga, atau kerana menggali lombong. Dan zakat harta terpendam, seperlimanya. “

55 Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0010.
Dari Ibnu ‘Umar r.a., dari Nabi saw., sabdanya: “Islam dibina atas lima perkara: Mengesakan Allah, Mendirikan solat, Membayar zakat, Puasa Ramadhan, dan Haji. Bertanya seorang lelaki, “Bukankah haji dan puasa Ramadhan?” Jawab Ibnu ‘Umar, “Tidak! Tetapi puasa Ramadhan dan Haji. Begitulah yang aku dengar dari Rasulullah saw.”

56 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0927.
Dari Abu Sa’id Al Khudri r.a., dari Nabi saw., sabdanya : “Tidak wajib dizakatkan bahan makanan pokok yang kurang dari lima wasq tidak pula binatang ternak yang kurang dari lima ekor; dan emas perak yang kurang dari lima uqiah.”

57 Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1656.
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: “Orang-orang dari qabilah ‘Urainah mendatangi Rasulullah saw. di Madinah. Setibanya di Madinah mereka sakit kerana udara Madinah tidak sesuai dengan kesihatan mereka. Maka bersabda Rasulullah saw. kepada mereka, “Jika kalian mahu, pergilah kepada unta-unta sedekah (unta zakat), lalu minum susu dan kencingnya.” Apa yang dianjurkan Nabi saw. itu mereka laksanakan, sehingga mereka sihat kembali. Tetapi kemudian mereka serang penggembala-penggembala unta dan mereka bunuh. Sesudah itu mereka murtad dari agama Islam, lalu mereka rampas unta-unta Rasulullah saw. Peristiwa itu dilaporkan orang kepada Rasulullah saw., lalu beliau perintahkan supaya mengejar mereka sampai dapat. Setelah mereka dihadapkan kepada Rasulullah saw., beliau perintahkan supaya tangan dan kaki mereka dipotong, lalu mata mereka dicungkil, sesudah itu mereka dibiarkan diterik panas matahari sampai mereka mati.”

58 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0936.
Dari Ibnu ‘Umar r.a., katanya : “Rasulullah saw. mewajibkan zakat fitrah segantang kurma atau gandum atas setiap hamba sahaya atau orang merdeka, anak kecil maupun dewasa.”

59 Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0721.
Dari Abu Said r.a., katanya Nabi saw. bersabda: “Tidak wajib zakat pada mata wang (perak) yang kurang dari lima uqiah, tidak pula pada unta yang kurang dari lima ekor, dan pada kurma yang kurang dari lima wasq.”

60 Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1066.
Dari Jarir r.a., katanya, Aku telah berjanji dengan Rasulullah saw. akan melakukan kesaksian (syahadat) bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahawa sesungguhnya Muhammad pesuruh Allah, akan menegakkan solat, akan membayar zakat, menyimak, patuh, dan jujur kepada setiap orang muslim.”

61 Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1980.
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: Ketika Nabi saw. mengutus Muaz ke negeri Yaman, beliau mengatakan kepadanya: “Sesungguhnya engkau akan datang kepada kaum Ahli Kitab. Maka hendaklah mereka engkau panggil lebih dahulu, supaya mereka mengakui Keesaan Allah. Apabila mereka telah mengetahui (mengakui) hal itu, ceritakanlah kepada mereka, bahawa Allah mewajibkan kepada mereka solat lima kali dalam sehari semalam. Setelah mereka mengerjakan solat, beritakanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan kepada mereka membayar zakat harta, diambil dari orang yang kaya di antara mereka diberikan kepada orang miskin. Setelah mereka mengakui hal itu, ambillah dari mereka dan jauhilah mengambil harta yang berharga kepunyaan orang banyak.”

62 Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0782.
Dari Abdullah r.a., katanya: “Rasulullah saw. memerintahkan supaya membayar zakat fitrah segantang kurma atau segantang gandum. Kata Abdullah, “Orang banyak menyamakan (segantang itu) dengan dua cupak hinthah (gandum yang paling baik).”

63 Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0003.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw, bersabda: “Bertanyalah kepadaku!” Karena itu para sahabat berebut hendak bertanya. Tetapi sekonyong.konyong muncul seorang laki-laki, lalu dia duduk dekat lutut Nabi saw. dan bertanya, “Apakah yang dikatakan Islam?” Jawab Nabi saw., “(1) Jangan mempersekutukan Allah dengan sesuatu; (2) Tegakkan solat; (3) Bayarkan zakat; dan (4) Puasa bulan Ramadhan,” Kata orang itu, “Engkau benar!” Lalu dia bertanya pula, “Ya, Rasulullah! Apakah yang dikatakan Iman?” Jawab Nabi saw., “(1) Iman dengan Allah; (2) Iman dengan para malaikat-Nya; (3) Iman dengan kitab-kitab-Nya; (4) Iman hendak bertemu dengan-Nya; (5) Iman dengan para Rasul-Nya; (6) Iman dengan berbangkit; dan (7) Iman dengan kadar semuanya.” “Engkau benar!” ujar orang itu. Tanyanya pula, “Ya, Rasulullah! Apakah yang dikatakan Ihsan?” Jawab Rasulullah saw., “Hendaklah engkau takut kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Sekalipun engkau tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihatmu.” “Engkau benar!” katanya. Tanyanya pula, “Ya, Rasulullah! Bilakah terjadi Kiamat?” Jawab Rasulullah saw., “Orang yang ditanya tentang hal itu, tidak lebih tahu daripada yang menanya. Tetapi akan kuterangkan kepada mu tanda-tandanya: (1) Apabila engkau lihat budak perempuan, melahirkan majikannya, itu salah satu daripada tanda-tandanya; (2) Apabila engkau lihat orang-orang bodoh yang miskin menjadi raja di bumi, itu pun termasuk tanda-tandanya; (3) Apabila engkau lihat gembala-gembala ternak telah bermewah-mewah di gedung-gedung nan indah, yang demikian itu juga termasuk tanda-tandanya.” Kemudian, ada lima perkara ghaib yang tidak dapat diketahui orang selain Allah. Lalu Rasulullah membaca ayat: “Sesungguhnya Allah, hanya Dia sajalah yang mengetahui tentang hari kiamat; Dialah yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui apa yang dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya besok; dan tiada seorang pun pula yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Luqman:34) Kemudian orang itu pergi. Maka bersabda Rasulullah saw.,”Panggillah orang itu kembali!” Para sahabat berusaha mencarinya, tetapi mereka tidak mendapatkannya lagi. Maka bersabda Rasul ullah saw., “Itulah Jibril! Dia sengaja datang hendak mengajarkan agama kepada Anda sekalian, kerana Anda tidak menanyakannya. “

64 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0928.
Dari Abu Sa’id Al Khudri r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: “Tidak wajib dizakatkan kurma dan biji-bijian yang kurang dari lima wasq.”

65 Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0013.
‘Ikrimah bin Khalid mengabarkan kepada Thawus, bahawa seorang lelaki berkata kepada ‘Abdullah bin Umar r.a., katanya: “Kenapa Anda tidak pergi berperang?” Jawab ‘Abdullah, “Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, bahawa Islam dibina atas lima perkara: Pengakuan (syahadat) tidak ada Tuhan selain Allah; Mendirikan solat; Membayar zakat; Puasa Ramadhan; Haji ke Bait.”

66 Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1825.
Dari Abu Sa’id Al Khudri r.a., katanya seorang Arab dusun bertanya kepada Rasulullah saw. mengenai hijrah. Jawab Nabi saw., “Sayang sekali, hijrah itu sangat berat. Adakah engkau mempunyai unta?” Jawab orang itu, “Ada!” Tanya, “Adakah engkau membayar zakatnya?” Jawab, “Ada!” Sabda Nabi saw., “Kalau begitu beramallah di negerimu, sesungguhnya Allah Ta’ala tidak akan mensia-siakan pahala amalmu sedikit jua pun.”

67 Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0014.
Dari Ibnu ‘Abbas r.a., katanya: “Utusan ‘Abdul Qais datang menghadap kepada Rasulullah saw., lalu mereka berkata: “Ya, Rasulullah! Kami ini utusan suku Rabi’ah. Antara kampung kami dan tempat tinggal Anda (Madinah) terdapat perkampungan suku Mudhar yang masih kafir. Kerana itu kami tidak bebas menemui Anda kecuali pada bulan haram. Oleh sebab itu berilah kami tugas untuk kami laksanakan, dan supaya warga kami dapat pula kami ajak melaksanakannya.” Jawab Nabi saw., “Ku perintahkan kepada Anda sekalian empat perkara, dan ku larang empat perkara. Ku perintahkan kepada Anda sekalian supaya Iman dengan Allah.” Kemudian Nabi saw. menjelaskan perincian Iman itu kepada mereka. Sabda beliau: Mengakui (syahadat) bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahawa Muhammad Rasulullah; Mendirikan solat; Membayar zakat; Menyerahkan seperlima harta rampasan (ke Raitul Mal). Aku larang Anda sekalian dari pembuatan arak di dalam labu, buyung besar dari tanah, pasu kayu, dan di dalam belanga yang dicat dengan plinkut.”

68 Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0011.
Dari Ibnu Umar r.a., dari Nabi saw., sabdanya: “Islam dibina atas lima perkara: Menyembah Allah dan mengkafiri lainNya; Mendirikan solat; Membayar zakat; Haji ke Bait; dan Puasa Ramadhan.”

69 Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0012.
Dari Abdullah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: “Islam dibina atas lima perkara: “Pengakuan (syahadat) bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, dan Muhammad hamba-Nya dan Rasul-Nya; Mendirikan solat; Membayar zakat; Haji ke Bait; Puasa Ramadhan.”

70 Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0006.
Dari Abu Ayyub r.a., katanya: “Seorang Arab dari pedalaman datang kepada Rasulullah saw., ketika beliau sedang dalam perjalanan; lalu orang itu memegang tali kekang unta yang dikenderai Nabi saw. Kata nya, “Ya,Rasulullah! Ajarkanlah kepada ku suatu amal yang dapat mendekatkan ku ke syurga, dan menjauhkan ku dari neraka.” Kata Abu Ayyub, “Kerana itu Nabi saw. berhenti, kemudian beliau memandang kepada para sahabatnya dan berkata: “Sesungguhnya dia telah diberi taufik.’ Kemudian Nabi saw. berkata kepada orang itu, “Apa kata Anda?” Orang itu pun mengulang permintaannya. Maka sabda Nabi saw., “Sembahlah Allah dan jangan mempersekutukan-Nya dengan sesuatu; tegakkan solat, bayar zakat dan hubungkan silaturrahim. Nah, sekarang lepaskanlah unta ku!”

71 Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0016.
Dari Mu’adz r.a., katanya: “Rasulullah saw. mengutus ku (ke negeri Yaman Sabda beliau, “Engkau akan mendatangi suatu kaum ahli kitab. Ajaklah mereka mengakui(syahadat) bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahawa aku Rasulullah. Jika mereka telah mematuhi yang demikian, maka ajarkanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan mereka solat lima kali sehari semalam. Jika mereka telah mematuhi yang demikian, ajarkanlah bahawa Allah mewajibkan kepada mereka membayar zakat, diambil dari orang-orang kaya mereka lalu diberikan kepada orang-orang fakir. Jika mereka telah mematuhi yang demikian, maka hati-hatilah engkau terhadap harta mereka yang terbaik. Dan jagalah diri mu dari doa orang-orang teraniaya, kerana antara dia dengan Allah tidak ada dinding.”

72 Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0005.
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: “Kami dilarang Rasulullah saw. bertanya sesuatu kepadanya. Kerana itu kami mengharapkan kedatangan orang dusun yang cerdas yang hendak bertanya kepada beliau, sehingga kami dapat mendengarkannya. Lantas, pada suatu ketika datang seorang lelaki penduduk dusun. Dia berujar, “Ya, Muhammad telah datang kepada kami utusan Anda. Dia mengatakan kepada kami, bahawa Anda utusan Allah.” Jawab Nabi saw., “Ya, benar!” Tanya orang itu, “Siapa yang menjadikan langit?” Jawab Nabi saw.,”Allah!” Dia bertanya pula, “Siapa yang menjadikan bumi?” Jawab Nabi saw., “Allah!” Tanyanya lagi, “Siapakah yang memasakkan gunung-gunung ini, dan yang menjadikan segala isinya?” Jawab Nabi saw., “Allah!” Ujar orang itu, “Demi Yang menjadikan langit dan bumi, dan Yang memasakkan gunung-gunung ini, sungguhkah Allah yang mengutus Anda?” Jawab Nabi saw., “Ya, benar!” Kata orang itu pula, “Utusan Anda mengatakan, kami wajib solat lima kali sehari semalam.” Jawab Nabi saw., “Ya, benar!” Ujar orang itu, “Demi Yang telah mengutus Anda, sungguhkah Allah yang memerintahkan kepada Anda?” Jawab Nabi saw., “Ya, benar!” Kata orang itu pula, “Utusan Anda mengatakan, bahawa kami wajib membayar Zakat harta kami.” Jawab Nabi saw., “Ya, benar!” Kata orang itu, “Demi Yang telah mengutus Anda, sungguhkah Allah yang memerintahkan kepada Anda?” Jawab Nabi saw., “Ya, benar!” Ujar orang itu pula, “Utusan Anda mengatakan, bahawa kami wajib puasa sebulan Ramadhan setiap tahun.” Jawab Nabi saw. “Ya, benar!” Kata orang itu, “Demi Yang mengutus Anda, sungguhkah Allah yang memerintahkannya kepada Anda?” Jawab Nabi saw., “Ya, benar” Kata orang itu pula, “Utusan Anda juga mengatakan, bahawa kami wajib Haji ke Baitullah, apabila kami sanggup melaksanakannya.” Jawab Nabi saw., “Ya,benar!” Kata Anas, “Sesudah itu, orang itu pun berlalu sambil berujar: Demi Allah yang telah mengutus Anda dengan kebenaran, aku tidak akan menambah dan tidak akan mengurangi semuanya.” Maka bersabda Nabi saw., “Jika apa yang dikatakannya itu benar-benar ditepatinya, nescaya dia masuk syurga.”

73 Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0017.
Dari Ibnu ‘Abbas r.a., katanya: “Tatkala Rasulullah saw. mengutus Mu’adz ke negeri Yaman, beliau bersabda: Engkau akan mendatangi suatu kaum ahli kitab. Pertama-tama, ajaklah mereka menyembah Allah ‘Azza wa Jalla. Apabila mereka telah mengenal Allah, sampaikanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan kepada mereka solat lima kali sehari semalam. Apabila yang demikian telah mereka lakukan, sampaikanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan mereka membayar zakat, diambil dari orang-orang kaya, lalu diberikan kepada orang-orang fakir. Apabila mereka telah mematuhinya, maka laksanakanlah itu dan jauhilah harta mereka yang paling baik.”

74 Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0006.
Dari Ibnu Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: “Dasar (pokok-pokok) Islam itu ada lima perkara: (1) Mengakui tidak ada Tuhan selain Allah, dan mengakui bahawa Muhammad itu Rasullullah. (2) Menegakkan solat (3) Membayar zakat (4) Menunaikan ibadah haji, dan (5) Puasa bulan Ramadhan.”

75 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0935.
Dari Ibnu ‘Umar r.a., katanya : “Rasulullah saw. mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadhan atas setiap orang muslim, biarpun dia merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan, iaitu segantang kurma atau gandum.”

76 Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0717.
Dari Abu Ayyub r.a., katanya: “Seorang laki-laki berkata kepada Nabi saw., “Ajarkanlah kepada ku amal yang dapat memasukkan ku ke syurga.”Seseorang yang lain bertanya, “Apakah yang ditanyakannya? Apakah yang ditanyakannya?” Nabi saw. menjawab, “Dia menanyakan sesuatu hal yang amat penting baginya. Sembahlah Allah dan jangan mempersekutukanNya dengan sesuatu. Tegakkanlah solat, bayarkan zakat dan hubungkan kasih-sayang.”

77 Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0718.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya seorang Arabiy (Arab dusun) datang kepada Nabi saw., katanya; “Tunjukkanlah kepada ku suatu amal, yang apabila aku lakukan aku masuk syurga kerananya.” Jawab Nabi saw., “Sembahlah Allah, jangan persekutukan Dia dengan sesuatu. Tegakkan solat wajib dan bayarlah zakat fardu. dan puasalah di bulan Ramadhan.” Kata Arabiy itu, “Demi Allah yang diri ku di tanganNya, tidak akan ku tambah dari ini.” Ketika orang itu telah pergi, Nabi saw. bersabda, “Siapa yang senang melihat seseorang dari penduduk syurga, lihatlah orang itu.”

78 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0932.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: “Tidak wajib bagi orang muslim menzakatkan hamba-sahaya dan kudanya.”

79 Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2230.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw. pernah mendoa: Sesungguhnya aku telah berjanji dengan Engkau, wahai Allah bahawa Engkau tidak akan mungkir janji dengan ku. Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia. Maka siapa-siapa di antara orang-orang yang beriman pernah terlanjur ku sakiti, ku cela, ku kutuk atau ku pukul, maka jadikanlah semuanya pahala solat dan zakat baginya, serta pendekat yang mendekatkannya kepada Engkau pada hari kiamat kelak.”

80 Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0001.
Dari Yahya bin Ya’mar r.a., katanya: “Orang yang mula-mula bicara di Bashrah menentang adanya Qadar, ialah Ma’bad Al Juhani. Maka pada suatu ketika, aku dan Humaid bin Abdurrahman Al Hamairi, sama-sama pergi haji atau umrah. Kami berdua sepakat, jikalau bertemu dengan salah seorang sahabat Rasulullah saw., kami akan menanyakan kepada mereka masalah Qadar’ itu. Justeru kami bertemu di dalam masjid, dengan ‘Abdullah bin ‘Umar bin Khaththab. Kami langsung mendekati dan mengapitnya di kanan-kiri beliau. Dalam pada itu aku telah menduga, bahawa sahabatku Humaid akan menyerahkan pembicaraan kepada ku. Kataku kepada Abu ‘Abdurrahman, “Telah muncul di hadapan kita para pembaca Al Quran dan para ilmuwan. Mereka mendakwakan bahawa Qadar itu tidak ada. Segala sesuatu terjadi menurut Qudratnya, tanpa didahului Qadar dan Ilmu Allah.” Jawab ‘Abdullah bin ‘Umar, “Apabila engkau bertemu dengan mereka, katakan bahawa aku tidak sependapat dengan mereka. Demi Allah! Kalaulah mereka mempunyai sebungkal emas, kemudian emas itu dinafkahkannya, maka Allah swt. tidak akan menerima nafkah mereka itu sehingga mereka iman dengan Qadar.” Kemudian dilanjutkannya, Pada suatu hari ketika kami sedang berada di sisi Rasulullah saw., sekonyong-konyong muncul di hadapan kami seorang lelaki berpakaian sangat putih dan berambut sangat hitam. Tidak terlihat padanya bekas perjalanan dan tidak seorang pun di antara kami yang mengenalnya. Dia terus duduk ke dekat Nabi saw., lalu disandarkannya lututnya ke lutut Nabi, dan diletakkannya kedua tapak tangannya ke pahanya.” Dia berujar, “Ya, Muhammad! Terangkanlah kepada ku tentang Islam.” Jawab Nabi saw., “Islam ialah:(1) Mengakui tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahawa Muhammad Rasulullah; (2) Mendirikan solat; (3) Membayar zakat; (4) Puasa Ramadhan; dan (5) Haji ke Baitullah, jika engkau sanggup melaksanakannya.” “Engkau benar!” kata orang itu. Kata ayahku, “Kami hairan terhadap orang itu; dia yang bertanya tetapi dia pula yang mengatakan benar.” Kemudian orang itu berkata pula, “Terangkanlah kepada ku tentang Iman!” Jawab Nabi saw., “Iman ialah: (1) Iman dengan Allah; (2) Iman dengan para malaikat-Nya; (3) Iman dengan Kitab-kitab-Nya; (4) Iman dengan para Rasul-Nya; (5) Iman dengan qadar baik maupun buruk.” Kata orang itu, “Engkau benar!” Kemudian dia berkata pula, “Terangkanlah kepada ku tentang Ihsan.”. Jawab Nabi saw., “Ihsan ialah: menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Sekalipun engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihatmu.” Katanya pula, “Terangkanlah kepada ku tentang Kiamat!” Jawab Nabi saw., “Orang yang ditanya tidak lebih tahu daripada yang menanya.” Katanya, “Terangkanlah kepada ku tanda-tandanya!” Jawab Nabi saw., “Apabila hamba-sahaya perempuan telah melahirkan majikannya, dan apabila orang-orang dusun yang melarat telah bermewah-mewah di gedung-gedung nan indah.” Kata ayahku, “Kemudian orang itu berlalu. Tetapi tidak berapa lama antaranya, Rasulullah saw. bertanya kepada ku, “Tahukah engkau, siapakah gerangan yang bertanya itu?” Jawab ku, “Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih tahu.” Sabda Rasulullah saw., “Dia adalah Jibril. Dia datang kepada mu mengajarkan agamamu.”

81 Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0716.
Ibnu Abbas r.a., katanya Nabi saw. mengirim Muadz ke negeri Yaman. Beliau bersabda kepadanya: “Ajaklah , mereka supaya mengakui bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, dan sesungguhnya aku. Pesuruh Allah. Jika mereka telah mematuhi yang demikian, terangkanlah kepada mereka bahawa Allah swt. mewajibkan kepada mereka solat lima kali sehari semalam. Kalau mereka telah mentaatinya, ajarkanlah bahawa Allah swt. memerintahkan kepada mereka supaya membayar zakat harta mereka, diambil dari orang yang kaya di antara mereka dan diberikan kepada orang – orang yang miskin. Jika itu telah dipatuhi mereka, jagalah supaya kamu jangan mengambil harta mereka yang paling berharga. Takutilah doa orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya antara dia dengan Allah tidak ada dinding.”

82 Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0038.
Thalhah bin Ubaidillah mengabarkan, “Seorang laki-laki Nejd datang kepada Rasulullah saw. dengan kepala penuh debu. Kami mendengar laranya tetapi (tidak mengerti apa yang diucapkannya; sehingga dia mendekatkan diri kepada Rasul Allah saw. Kiranya dia menanyakan perihal Islam.” Sabda Rasulullah saw; “Lima solat sehari semalam.” Bertanya pula dia; “Apakah lagi selain itu?” Jawab Nabi saw, “Tidak! Kecuali jika anda suka melakukan solat sunat:” Rasulullah saw. melanjutkan, “Dan puasa bulan Ramadhan.” Bertanya pula dia; “Adakah lagi selain itu?” Jawab Nabi. “Tidak! Kecuali jika anda suka melakukan yang sunat.” Rasulullah meneruskan, “Dan zakat.” Orang itu bertanya pula, “Adakah lagi selain itu?” Kemudian orang itu pergi. Sambil berkata, “Demi Allah! Tidak akan saya tambah dan tidak akan saya kurangi apa yang Anda sebutkan itu.” Maka sabda Rasulullah saw. “Dia pasti beruntung kalau apa yang dikatakannya itu benar-benar ditepatinya.”

83 Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1922.
Dari Abu Humaid As Sa’idi r.a. bahawa Nabi saw. mengangkat Ibnu Utabiyah untuk menerima sedekah (zakat) kaum Bani Sulaim. Setelah Ibnu Utabiyah kembali kepada Rasulullah saw. dan telah diadakannya perhitungan, dia berkata: “Ini untuk engkau, dan ini adalah hadiah yang dihadiahkan orang kepada saya.” Lalu Rasulullah saw. berkata: “Kalau perkataan engkau itu sebenarnya, mengapa engkau tidak duduk saja di rumah bapa engkau dan rumah ibu engkau, sehingga hadiah itu datang kepada engkau?” Kemudian Rasulullah saw. berdiri dan berkhutbah di hadapan orang banyak. Sesudah menyampaikan pujian dan sanjungan kepada Allah, beliau berkata: “Adapun kemudian, sesungguhnya aku telah mengangkat beberapa orang di antara kamu untuk urusan yang telah dikuasakan Allah kepada ku mengurusnya. Lalu salah seorang di antaranya mengatakan: “Ini untuk engkau dan ini hadiah yang dihadiahkan kepada ku.” Mengapa orang itu tidak duduk saja di rumah bapanya dan di rumah ibunya, sehingga hadiah itu datang kepadanya, kalau benar sebagai yang dikatakannya? Demi Allah! Kalau seseorang kamu mengambil barang sesuatu dari harta itu yang bukan haknya, nescaya dia akan datang kepada Tuhan di hari kiamat, memikul apa yang dikhianatinya. Ingatlah, aku mengenal orang yang datang kepada Allah itu memikul unta dan lembu yang melenguh dan kambing yang membebek.” Sesudah itu beliau mengangkat kedua tangannya sehingga saya lihat putih ketiaknya. Beliau berkata: “Ketahuilah, aku telah menyampaikan!”

84 Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1839.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Dilukai binatang ternakan tidak ada tuntutan apa-apa. Jatuh ke dalam telaga tidak ada tuntutan apa-apa. Di timpa (jatuh ke dalam) lombong tidak ada tuntutan apa-apa. Barang galian zaman kuno, zakatnya seperlima.”

85 Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0783.
Dari Abu Sa’id Al Khudri r.a., katanya: “Di masa Rasulullah saw. kami pernah mengeluarkan (zakat fitrah) berupa segantang makanan pada hari raya idul fitri. Kata Abu Said, “Pada hal makanan kami (ketika itu) gandum, buah anggur, dadih (susu yang telah diasamkan) dan kurma.”

86 Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0720.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: “Barangsiapa diberi Allah kekayaan, tetapi tidak dibayarkannya zakatnya, nanti di hari kiamat hartanya itu akan menjadi ular yang mempunyai dua titik hitam sebelah atas kedua matanya, kemudian ular itu dikalungkan ke lehernya dan menggigit pipinya. Katanya, inilah aku harta yang kamu tumpuk – tumpuk. Kemudian Nabi membaca ayat: “Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurniaNya menyangka, bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat.”

87 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0937.
Dari Abu Sa’id Al Khudri r.a., katanya: “Kami membayar zakat fitrah bahan makanan, berupa segantang gandum, atau segantang kurma, atau segantang keju, atau segantang anggur kering.”

88 Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0002.
Dari Abu Hurairah r.a., kata nya: “Pada suatu hari Rasulullah saw. nampak sedang berkumpul dengan orang banyak. Sekonyong-konyong datang kepadanya seorang laki-laki, lalu dia bertanya: Ya, Rasulullah! Apakah yang dikatakan Iman?” Jawab Nabi saw., “Iman ialah: (1) Iman dengan Allah; (2) Iman dengan para malaikat-Nya; (3) Iman dengan Kitab-kitab-Nya; (4) Iman akan menemui-Nya; (5) Iman dengan para Rasul-Nya; dan (6) Iman dengan berbangkit di akhirat.” Dia bertanya pula, “Apakah yang dikatakan Islam?” Jawab Rasulullah saw., “Islam ialah: (1) Menyembah Allah, dan tidak mempersekutukan-Nya dengan yang lain-lain; (2) Menegakkan solat fardu; (3) Membayar zakat wajib; (4) Puasa Ramadhan.” Tanyanya pula, “Ya, Rasulullah ! Apakah yang dikatakan Ihsan?” Jawab Nabi saw., “Menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekalipun engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.” Tanyanya pula, “Bilakah terjadi hari Kiamat?” Jawab Nabi saw., “Orang yang ditanya tidak lebih tahu daripada yang menanya. Tetapi akan kuterangkan kepada mu tanda-tandanya: (1) Apabila hamba-sahaya perempuan telah melahirkan majikannya, itu adalah salah satu tandanya; (2) Apabila orang miskin yang hina-dina telah menjadi pemimpin, itu juga termasuk tanda-tandanya. (3) Apabila gembala ternak yang hina, telah bermewah-mewah di gedung nan indah, itu pun termasuk tanda-tandanya. Selanjutnya, ada lima perkara yang tidak seorang pun dapat mengetahuinya selain Allah. Kemudian Rasulullah saw. membaca ayat: “Sesungguhnya Allah, hanya Dia sajalah yang mengetahui tentang hari kiamat; dan Dialah yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya besok; dan tiada seorang pun pula yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Luqman : 34) Kemudian orang itu berlalu. Maka bersabda Rasulullah saw., “Panggil orang itu kembali!” Para sahabat berusaha mencari orang itu untuk memanggilnya kembali, tetapi mereka tidak melihatnya lagi. Maka bersabda Rasulullah saw., “Itulah Jibril. Dia datang mengajarkan agama kepada orang banyak.”

89 Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0007.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Seorang Arab dusun datang kepada Rasulullah saw., lalu berujar: “Ajarkanlah kepada ku suatu amal yang apabila ku amalkan maka aku masuk syurga kerananya.” Jawab Nabi saw., “Sembahlah Allah, jangan dipersekutukan dengan-Nya sesuatu. Dirikan solat wajib, bayar zakat fardu dan puasalah bulan Ramadhan.” Kata orang itu, “Demi Allah, yang diri ku di tanganNya, tidak akan ku tambah dan tidak akan ku kurangi.” Ketika orang itu telah pergi, Nabi saw. bersabda, “Siapa yang ingin melihat penduduk syurga, maka lihatlah orang itu.”

90 Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1843.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah saw. sabdanya: “Termasuk kehidupan yang terbaik, iaitu orang-orang yang mempersiapkan hidupnya untuk jihad fi sabilillah (berjuang atau berperang untuk menegakkan agama Allah). Ia segera melompat ke punggung kuda tatkala mendengar trompet perang dan menunggu komando. Ia segera memacu kudanya ke medan perang mencari kematian (syahid) yang didambakannya. Atau seorang yang tinggal di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, dengan hidup sederhana, ditegakkannya solat, dibayarnya zakat, disembahnya Tuhan terus menerus sampai meninggal, dan tidak pernah merugikan umat manusia, bahkan dia sentiasa berbuat kebajikan terhadap sesamanya.”

Post Your Comment Here

Your email address will not be published.