MADAH TENTANG HARTA (BARU!)

BUKU ‘EKSKLUSIF ZAKAT’ DAN ‘ZAKAT TERAPI KEKAYAAN’ INI BOLEH DIBACA MENGENAI PREVIEWNYA DI SINI DAN DI SINI (KLIK). DAPATKAN BUKU-BUKU INI DI GALERI ILMUKARANGKRAF MALLMPH BOOKSTORE DAN DI KINOKUNIYA.   

1. Dikisahkan, seseorang berkata kepada orang zuhud, Ibrahim bin Adham, lalu berkata, “saya ingin anda menerima jubah ini dariku.” Ibrahim bin Adham berkata,”Kalau anda kaya, saya mahu menerima hadiah ini. Jika anda miskin, saya tidak mahu menerimanya.” Orang itu berkata,”saya orang kaya.”

Ibrahim bin Adham berkata,”Anda punya jubah berapa?” Orang itu menjawab,”Dua ribu jubah.” Ibrahim bin Adham berkata,”Apakah Anda ingin punya empat ribu jubah?” Orang itu menjawab, “Ya.” Ibrahim bin Adham berkata,”Kalau begitu anda miskin (kerana masih memerlukan jubah lebih banyak lagi). Saya tidak mahu menerima hadiah jubah ini darimu.”

2. “Dunia itu bayangan. Jika engkau berpaling dari bayangan, maka bayangan itu mengekorimu. Jika engkau memburu bayangan, maka bayangan menghindari darimu. Orang zuhud tidak menoleh kepada bayangan malah diikuti bayangan. Sedangkan orang rakus tidak melihat bayangan setiapkali ia menoleh kepadanya.” (Ibn al-Jauzi)

3. “Obsesi dunia itu kegelapan di hati, sedang obsesi kepada akhirat itu cahaya di hati.” (Uthman bin ‘Affan r.a)

4. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu: dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau ; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau ; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau ; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. -Saidina Abu Bakar r.a.

5. “Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa.” kata-kata Pujangga

6. Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta biladia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorangitu adalah fakir bila dia gemar pada dunia – Sufyan at-Tsauri

7. Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau danengkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan hartaterhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmubertambah bila dibelanjakan. – Ali bin Abi Talib k.wjh

8. Alangkah buruknya kepapaan, kalau aku mengadu aku malu,kalau aku berdiam diri aku binasa -Saidina Ali bin Abi Talib

9. Jangan berkawan dgn orang yang tamak kerana pada zahirnyaia ingin membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan – Ali bin Abi Talib

10. Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan didunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati,tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara-Saidina Abu Bakar As-Siddiq

11. Kekayaan yg sebenar ialah akal , kepapaan yg sebenar ialahrosak akal . Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan dirisendiri dan kemuliaan yang sebenar ialah akhlak yg baik. -Saidina Ali bin Abi Talib

12. Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benarkepada pendustaan – Saidina Ali bin Abi Talib

BUKU ‘EKSKLUSIF ZAKAT’ DAN ‘ZAKAT TERAPI KEKAYAAN’ INI BOLEH DIBACA MENGENAI PREVIEWNYA DI SINI DAN DI SINI (KLIK). DAPATKAN BUKU-BUKU INI DI GALERI ILMUKARANGKRAF MALLMPH BOOKSTORE DAN DI KINOKUNIYA.   

13. Peliharalah iman kamu dengan memperbanyakkan sedekah,bentenglah hartamu dengan mengeluarkan zakat dan tolaklahgelombang bencana bala dengan sentiasa berdoa kepada Allah- Saidina Ali bin Abi Thalib

14. Hai anakku! Apabila perut penuh, nescaya tidurlah fikiran,bisulah ilmu hikmah dan duduklah (masalah) anggota tubuhdaripada beribadah – Nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya

15. Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali niyt yang ikhlas.Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dankeamanan.-Al-Ahnaf bin Qais

16. Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendakselamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkarasemuanya :1. Hendaklah ia menjaga solatnya2. Hendaklah dia bersedekah3. Hendaklah dia membaca al-Quran4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih keranadengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapatmenyinari kubur dan melapangkannya. Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-1. Jangan berdusta2. Jangan mengkhianat3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuksini)4. Jangan kencing sambil berdirI

17. Usaha yang halal itu lebih berat daripada memindah bukit keatas bukit -Ibnu Abbas
18. Seseorang tidak akan mencapai darjat kesolehan, kecualimelalui enam rintangan: menutup pintu kemuliaan dan membukapintu kehinaan, menutup pintu nikmat dan membuka pintukesukaran, menutup pintu istirehat dan membuka pintuperjuangan, menutup pintu tidur dan membuka pintu jaga,menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kemiskinan,menutup pintu harapan dan membuka pintu bersiap menghadapi maut -Ibrahim bin Adham
19. Keadaan hamba ini hanya ada empat macam: Nikmat, bala,taat dan maksiat. Maka jika ada di dalam nikmat, kewajipanhamba adalah bersyukur kepada Allah dan jika menerima balaharus sabar. Dan jika dapat melakukan ketaatan harus merasamendapat taufik hidayat dari Allah. Dan bila tergelincir dalamdosa maksiat, maka harus membaca istighfar -Abul -Abbas Al Masri
20. Solat itu menghantarmu setengah jalan, puasa itumenghantarmu ke pintu kerajaan dan sedekah itu membawamumasuk ke dalamnya -Sahl bin Abdullah At-Tusturi
21. Kamu tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang,tetapi kamu boleh memberi kepuasan kepada golongan yangberakal, beradab dan terpilih – Ibnu Maqaffa

BUKU ‘EKSKLUSIF ZAKAT’ DAN ‘ZAKAT TERAPI KEKAYAAN’ INI BOLEH DIBACA MENGENAI PREVIEWNYA DI SINI DAN DI SINI (KLIK). DAPATKAN BUKU-BUKU INI DI GALERI ILMUKARANGKRAF MALLMPH BOOKSTORE DAN DI KINOKUNIYA.   

Post Your Comment Here

Your email address will not be published.