ZAKAT TERAPI KEKAYAAN (Best Seller!)

‘Zakat Terapi Kekayaan’ ini adalah hasil penulisan pertama saya yang dibukukan. Ia sebenarnya adalah gabungan pelbagai soalan dalam sesi soal jawab saya, sama ada secara ‘live’ dalam ceramah, menerusi ‘e-mail’ dan sebagainya lagi. Soalan-soalan ini saya jawab secara bertulis lewat kolum ‘Bicara Zakat’ di sisipan Mega Utusan setiap Jumaat. Alhamdulillah, penerbit merasa tertarik dan meminta ia dibukukan. Dalam buku ini, saya membahagikannya kepada beberapa topik. Antaranya, saya membahaskan konsep harta dalam Islam, kekayaan yang diharuskan, adab dalam berharta dan kenapa Allah SWT menitahkan perintah zakat. Semuanya mempunyai rahsia tersendiri, termasuklah rashia di sebalik kekayaan manusia yang bernama Abdul Rahman bin Auf r.a. Paling menarik bagi saya sendiri ialah, dalam bab soal jawab zakat. Ini kerana, saya memaparkan hampir keseluruhan jenis zakat harta termasuklah isu harta galian dan qada zakat yang amat jarang dibicarakan. Saya juga memasukkan topik agihan zakat dan juga isu zakat dan cukai. Saya merasakan, tidak ramai juga penulis yang menyentuh isu-isu ini. Mungkin inilah kelebihannya bila saya adalah pengamal zakat. Saya menulis dengan pengalaman, bukan sekadar teori. Namun, saya amat berterima kasih kepada rakan sejawat di Lembaga Zakat Selangor, khususnya al-fadhil Ustaz Farid, Ustaz Farizan dan Ustaz Hashim Fikri yang sentiasa sudi menajamkan jawapan saya. Wallahua’lam.

Nota: Buku ini sudah diulang cetak pada bulan Oktober 2011.

DAPATKAN BUKU-BUKU INI DI GALERI ILMUKARANGKRAF MALLMPH BOOKSTORE DAN DI KINOKUNIYA.   

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>