Memberi Tanpa Diminta: Itulah Falsafah Zakat – Ustaz Ghazali Ibrahim

Buku ‘Memberi Tanpa Diminta: Itulah Falsafah Zakat’ ini menyediakan sebuah nukilan yang informatif tetapi santai kepada khalayak pembacanya. Ia digarap menerusi penulisan yang mudah dan ringan di samping disisipkan karikatur yang humor dan foto-foto yang merehatkan minda. Ustaz Ghazali nampaknya cuba bereksperimen, adakah usaha beliau mendekati pembaca menerusi kaedah seperti ini mampu memberikan suatu pendekatan yang baru dan unik kepada pembaca. Bagi saya, kalangan anak muda tentunya lebih gembira meladeni buku zakat yang santai dan ringan seperti ini. Namun, ia masih relevan bagi tatapan semua orang. Wallahua’lam.

Post Your Comment Here

Your email address will not be published.