Zakat: Teori, Kutipan dan Agihan – Mohamad Uda Kasim

Buku ‘Zakat: Teori, Kutipan dan Agihan’ hasil susunan al-Ustaz Mohamad Uda Kasim ini merupakan naskhah zakat yang sesuai dijadikan rujukan oleh lapisan masyarakat umum yang mahu mendalami zakat; tetapi tidak mahu dibeliti dengan masalah fiqh yang berat. Kajiannya tidak begitu ditil; tetapi masih menyuguhkan kefahaman yang mendalam mengenai zakat. Sesuai dengan tajuknya, ‘Zakat: Teori, Kutipan dan Agihan’, maka buku ini cuba menerapkan kefahaman zakat secara bertahap, bermula dari aspek konsep, perlaksanaan zakat, jenis zakat dan agihan zakat. Seperkara yang menarik yang perlu diketengahkan dalam buku ini, penulis cuba merungkai keperluan untuk mengangkat zakat sebagai instrumen penting pada kaca mata pemerintah. Ia berbaloi dibaca dan dijadikan bahan pencerah minda. Wallahua’lam.

Post Your Comment Here

Your email address will not be published.