Ensaiklopedia Fiqh Wanita: Puasa dan Zakat – Dr. Abdul Karim Zaidan

Buku ‘Ensaiklopedia Fiqh Wanita: Puasa dan Zakat’ atau judul asalnya ‘al-Mufasshal fi al-ahkam al-Mar’ah wal Bayt al-Muslim fi al-Syari’ah al-Islamiyyah’ ini adalah garapan al-‘allamah as-Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan, juga seorang ulama dan cendekiawan muslim yang banyak menyumbang dalam dunia fiqh hari ini. Di dalam kitab ini, al-‘allamah membicarakan topik zakat dengan begitu mendalam dan mengesankan sekali menerusi metodologi kajian silang mazhab – iaitu mazhab arba’ah (mazhab empat: Maliki, Hambali, Syafie dan Hanafi) – tetapi juga turut dikutip pandangan mazhab Zahiri dan ada juga Zaidi dan Ja’fari. Menelusuri kitab ini membuka horizon dunia zakat yang begitu luas dan memudahkan kita dalam merungkai pelbagai persoalan zakat. Wallahua’lam.

Post Your Comment Here

Your email address will not be published.