Hukum Zakat – Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Buku ‘Hukum Zakat’ atau judul asalnya ‘Fiqh az-Zakah’ adalah karya unggul hasil penyelidikan al-‘allamah as-Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi, seorang fuqaha yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Syeikh al-Qaradhawi sebenarnya telah berjasa besar kerana mampu menuntaskan penyelidikan bagi tesis Ijazah Doktor Falsafah beliau ini. Kitab ini umumnya menjadi rujukan utama bagi kalangan pengamal zakat dalam dasawarsa terkini. Arus zakat kontemporari memungkinkan para pengamal zakat untuk memperlengkapkan diri dengan selok belok zakat, sama ada teori, konsep dan amalinya. Buku ini, menyediakan wahana yang cukup ampuh untuk itu. Ia membahaskan dengan rinci perihal konsep zakat dan sedekah, dan turut dibahaskan ialah konsep harta kekayaan dalam Islam. Kemudian, penulis juga memperincikan kajiannya mengenai keseluruhan jenis zakat dalam Islam. Tidak dilupakan juga ialah kajian mengenai aspek agihan zakat dan perincian setiap asnafnya. Penulis turut mengupas isu percukaian dan perkaitannya dengan zakat. Pendek kata, kitab zakat karya Syeikh al-Qaradhawi ini adalah naskhah terbaik buat sajian dan kajian umat Islam dewasa ini. Wallahua’lam.

Post Your Comment Here

Your email address will not be published.