Profail Ust Hamizul

 

BUKU ‘EKSKLUSIF ZAKAT’ DAN ‘ZAKAT TERAPI KEKAYAAN’ INI BOLEH DIBACA MENGENAI PREVIEWNYA DI SINI DAN DI SINI (KLIK). DAPATKAN BUKU-BUKU INI DI GALERI ILMUKARANGKRAF MALLMPH BOOKSTORE DAN DI KINOKUNIYA.   

PROFAIL RASMI: USTAZ HAMIZUL BIN ABDUL HAMID (Setakat 27 April 2018)

Alamat surat-menyurat:

Jabatan Perundingan Kutipan, Divisyen Penyelidikan dan Pusat Kecemerlangan, Lembaga Zakat Selangor (MAIS), Bangunan Zakat Selangor, 3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perniagaan Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Telefon, faks, e-mail dan laman sesawang:

Pekerjaan sekarang:

  • Ketua Jabatan Perundingan Kutipan (Dakwah Kutipan), LZS (MAIS)
  • Pengendali bersama facebook.com/lembagazakatselangor
  • Penulis tetap di pelbagai media umum dan media rasmi Lembaga Zakat Selangor
  • Motivator dan penceramah jemputan di pelbagai ejensi kerajaan dan sektor swasta

Skop Pekerjaan:

  • Mengelola perancangan dan pelaksanaan dakwah kutipan zakat di LZS (MAIS)
  • Berceramah (ahli panel forum, moderator, tazkirah, kuliah, syarahan, pembentangan kertas kerja dan sebagainya)
  • Menulis (media massa dan media sosial)

Aktiviti kemasyarakatan sekarang:

  • Imam 4 di surau Nurhidayah, Kg. Melayu Kepong , 52100 Kuala Lumpur
  • Mantan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Surau an-Nur, Taman Kepong Indah, Kuala Lumpur
  • Mantan Koordinator program dakwah surau an-Nur, Taman Kepong Indah, KL
  • Mantan YDP PIBG Sekolah Agama Menengah Rawang (Samer)
  • Mantan Naib Yang DiPertua PIBG Sekolah Kebangsaan FRIM, Kepong, Selangor
  • Mantan AJK Biro Dakwah dan Komunikasi, PIBG Ma’ahad Tahfiz Kiblah, Kajang, Selangor
  • Khatib jemputan bagi seluruh masjid di negeri Selangor Darul Ehsan

Sejarah pendidikan formal:

  • Universiti Malaya (2005-2006 & 2010 – 2012)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (1994-1999)
  • Sekolah Menengah Dato’ Ahmad, Lenggong, Perak (1989-1993)
  • Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping, Perak (1987-1988)
  • Sekolah Kebangsaan Banggol Belimbing, Lenggong, Perak (1981-1986)

Kelulusan pendidikan:

  • Sijil Pengajian Syariah, Universiti Malaya
  • Diploma Pengajian Syariah, Universiti Malaya
  • Ijazah Sarjana Muda Sastera (Komunikasi), Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Sijil Penuh Lima Prinsipal, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

Kelayakan Ikhtisas:

  • Jurulatih Bertauliah LZS (dengan sijil PSM)
  • Pemegang Tauliah Gred D di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Sejarah Kerjaya:

  • Ketua Jabatan Perundingan Kutipan di LZS (2018 hingga kini)
  • Pengurus Dakwah Kutipan di LZS (2017)
  • Perunding Kanan Dakwah di LZS (2016 – 2017)
  • Eksekutif Dakwah di LZS (2014-2016)
  • Eksekutif Komunikasi Korporat di LZS (2011-2013)
  • Pegawai Dakwah Pena di LZS (2009-2010)
  • Pegawai Perhubungan Awam di LZS (2006-2008)
  • Pegawai Dakwah di Lembaga Zakat Selangor (2003 – 2006)
  • Pegawai Pemasaran di syarikat swasta (2002)
  • Pegawai Amali Kerja Sosial Perubatan di Hospital UKM (2001)
  • Pembantu Penyelidik di Jabatan Kesihatan Masyarakat, UKM (2000)
  • Pengarang di Syarikat Penerbitan Muttaqin Sdn Bhd (1999 – 2000)
  • Guru ganti di Sek. Men. Bandar Baru Bangi, Selangor (1999)

Penghasilan karya:

  • Menghasilkan skrip dan menjadi tetamu radio untuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi siaran Radio Jakim (Salam.FM dan Klasik Nasional.FM) dan Selangor. FM
  • Menghasilkan skrip dan kuiz zakat dan menjadi tetamu (kapsul zakat dan rancangan agama) di radio IKIM.FM
  • Menghasilkan artikel ilmiah mengenai ekonomi Islam, Fiqh harta dan fiqh zakat bagi Utusan Malaysia, Sinar Harian, Berita Harian, Dewan Ekonomi, Majalah Anis, Majalah MIDI dan Utusan Melayu
  • Menghasilkan rencana ‘human interest’ bagi majalah Asnaf, majalah Mingguan Wanita dan Anis
  • Menghasilkan pelbagai rencana agama bagi Majalah I, Dewan Agama dan Falsafah, MIDI, Utusan Malaysia dan Utusan Jawi
  • Mengendalikan ruangan khas Jejak Asnaf dan Bicara Zakat di Utusan Malaysia
  • Mengisi ruangan Lantera Asnaf di akhbar Sinar Harian

Keterlibatan Media Terkini:

  • Mengisi slot Motivasi Pagi di Ikim.fm
  • Mengisi slot di Selangor.fm dan Suria.fm
  • Memenuhi jemputan Selamat Pagi Malaysia (SPM) di TV1
  • Memenuhi jemputan Nasi Lemak Kopi O di TV9
  • Memenuhi jemputan Assalamua’laikum di TV alHijrah
  • Memenuhi jemputan Bismillah di TV9
  • Memenuhi jemputan Fikrah di TV1 (Jakim)
  • Memenuhi jemputan Tanyalah Ustaz di TV9

Penghasilan Buku:

  • 2010: Buku ‘Zakat Terapi Kekayaan’ di Karya Bestari (Kumpulan Karangkraf) dan (diulang cetak)
  • 2011: Buku ke-2 ‘Eksklusif Zakat’  diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd (di bawah Skim Galakan Buku oleh Dewan Bahasa dan Pustaka) (diulang cetak)
  • 2012: Buku ke-3 ‘Diari Seorang Amil: Zakat Mengubah Diri’ diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd
  • 2013: Buku ke-4 ‘Jejak-jejak Kejayaan Asnaf’  diterbitkan oleh Lembaga Zakat Selangor (MAIS) (ulang cetak)
  • 2014: Buku ke-5 ‘Harta Dunia Saham Akhirat’ diterbitkan oleh Karya Bestari Sdn Bhd (diulang cetak)
  • 2014: Buku ke-6 ‘Aku Budak Lenggong’ diterbitkan oleh Kemilau Publika Sdn Bhd
  • 2015: Buku ke-7 ‘Agar Rezekimu Cukup’ diterbitkan oleh Kumpulan Media Galeri Ilmu
  • 2018: Buku ke-8 ‘Ustaz Traveller’ diterbitkan oleh Karya Bestari Sdn Bhd
  • 2018: Buku ke-9 ‘Kamus Mini Zakat’ diterbitkan oleh Penerbit USIM (kolaborasi bersama Prof. Madya Dr. Azman, USIM dan Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman, PPZ Wilayah)
  • Sedang menyiapkan beberapa buah buku lain lagi

Keterlibatan lain:

  • Ahli panel dakwah LZS (MAIS)
  • Ahli panel khatib LZS (MAIS)
  • Ahli panel bagi siri Forum Zakat anjuran Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
  • Motivator dan penceramah sambilan di beberapa ejensi kerajaan, seperti Agensi Dadah Kebangsaan (ADK), Kolej Komuniti, Jabatan Agama Islam Selangor dan lain-lain
  • Pensyarah jemputan bagi subjek Fiqh Zakat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan institusi pengajian tinggi (UiTM dsb).

Hobi dan minat:

  • Membaca
  • Mengembara
  • Menulis

One Reply to “Profail Ust Hamizul”

Jalalboy 24 December 2013 at 11:31 am

Salam pergenalan… Nama saya jalalboy dan saya tertarik dengan cara penyebaran dakwah melalui alam maya. Saya juga menyampaikan dakwah melalui alam maya melalui laman Web http://jalalboy.blogspot.com/.. Harap jika ada salah silap dapat diperbetulkan. http://jalalboy.blogspot.com/2012/01/salam-pergenalan.html

Post Your Comment Here

Your email address will not be published.