Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan Kakitangan Profesional UKM

ABSTRAK
Kesedaran akan tanggungjawab membayar zakat pendapatan di kalangan
golongan profesional Muslim dilihat masih lagi di tahap yang rendah seperti
mana dilaporkan oleh MAIWP. Peratusan ini boleh ditingkatkan sekiranya
pendidikan dan tindakan undang-undang terhadap zakat dikemaskini serta
keyakinan golongan profesional terhadap MAIWP dapat diperbaiki. Terdapat
juga sebahagian kecil golongan profesional yang mempunyai alasan tertentu
untuk tidak membayarnya langsung. Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku
kerana kewajipan membayar zakat pendapatan harus mendapat keutamaan
berbanding cukai pendapatan. Justeru itu, kajian ini bertujuan mengenal
pasti faktor yang mempengaruhi pembayaran zakat pendapatan dilihat dari
perspektif lokasi, demografi, keyakinan, kemudahan, pendidikan dan
seterusnya menentukan faktor yang paling signifikan menyumbang kepada
pembayaran zakat pendapatan. Kajian ini menggunakan model regresi logistik
untuk menguji pembolehubah yang dipilih terhadap pembayaran zakat
pendapatan. Keputusan dari analisis ekonometrik menunjukkan faktor iman
dan pengetahuan agama amat signifikan mempengaruhi pembayaran zakat
pendapatan. Beberapa cadangan dibuat untuk memastikan kesedaran
pembayaran zakat pendapatan dapat ditingkatkan pada masa hadapan.

UNTUK BACAAN LANJUT SILA KLIK DI SINI.

Post Your Comment Here

Your email address will not be published.