Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan di Malaysia

Abstrak
Zakat pendapatan bermaksud zakat yang dikenakan ke atas perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas. Zakat pendapatan telah diklasifikasikan sebagai harta yang ikhtilaf untuk dikenakan zakat, namun zakat ini telah diwajibkan pada tahun 1997 oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Terkecuali negeri Perak sahaja pada tahun 2004 telah mewartakan bahawa zakat pendapatan adalah tidak wajib dikutip. Jumlah kutipan zakat ini di negeri-negeri yang melaksanakannya adalah tinggi iaitu di sekitar 40% ke 60% setahun kepada jumlah keseluruhan kutipan zakat. Kutipan yang terkumpul ini akan dapat membantu memastikan matlamat jaminan sosial umat Islam di Malaysia dapat dipertingkatkan. Persoalannya ialah kenapa masih terdapat ramai umat Islam yang belum melaksanakan tuntutan ini. Apakah faktor yang menentukannya dan apakah langkah yang patut diambil berat oleh pihak institusi zakat untuk meningkatkan kesedaran ini. Justeru itu dengan menggunakan data primer, kajian ini cuba menguji kesedaran membayar zakat pendapatan di negara ini. Analisis regresi logistik digunakan untuk mengenalpasti pembolehubah yang signifikan sebagai faktor yang mempengaruhi kesedaran membayar zakat pendapatan. Hasil kajian telah mendapati faktor demografi seperti umur, taraf perkahwinan dan pendapatan adalah signifikan mempengaruhi pembayaran zakat pendapatan di samping mekanisma pembayaran zakat pendapatan melalui potongan gaji. Beberapa implikasi dasar juga dicadangkan kepada institusi zakat bagi memperbaiki prestasi kutipan zakat pendapatan di Malaysia.

UNTUK BACAAN LANJUT SILA KLIK DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>