SISTEM PERUNDANGAN ZAKAT DI MALAYSIA: ANTARA REALITI DAN HARAPAN

PENGENALAN
Perkara zakat merupakan antara perkara berkaitan Hukum Syarak yang telah mendapat
perhatian di pihak pemerintah Negara dalam pengkanunan undang-undang negara. Adalah tidak
tepat untuk mengatakan bahawa urusan zakat itu hanyalah obligasi Syarak berbentuk personal
semata-mata, namun kaitannya dengan tanggungjawab pemerintahan amat diberatkan oleh
Islam. Atas dasar inilah juga kita dapati perbincangan berkaitan zakat ini bukan sahaja
dibincangkan di bawah bahagian ibadat dalam kitab-kitab teras Hukum Syarak, namun juga
dikupas di dalam bahagian kenegaraan sebagai termasuk dalam sistem kewangan sesebuah
negara.1 Al-Mawardi misalnya telah membincangkan persoalan ini dalam bukunya Al-Ahkam al-
Sultaniyyah, Bahagian Kesebelas di bawah tajuk Fi Wilayah Al-Sadaqat di mana ´sadaqat’ di sini
bererti zakat.2

SILA KLIK DI SINI UNTUK BACAAN LANJUT.

Post Your Comment Here

Your email address will not be published.