My Family

Alhamdulillah, tanggal 19 September 1998, saya diijabkabulkan bersama isteri tercinta, Ismarulyusda binti Ishak, anak seorang ‘tuan guru’ yang terkenal di Sungai Siput. Kami adalah pasangan muda kala itu, baharu sahaja menamatkan pengajian di kampus dan masih belajar bertatih di dunia sebenar. Alhamdulillah, keluarga kami amat memahami kondisi dan banyak memberikan didikan dan sokongan dalam kami melayari bahtera.

Tanggal 27 Julai 1999, anak pertama kami lahir kedunia. Iqbal Hidayat namanya, alonganak comel yang menjadi tali pengukuh ikatan cinta antara kami berdua. Iqbal yang kemudiannya kami panggil Along juga menjadikan kami lebih dewasa meniti hari muka. Along anak yang kami banyak bereksperimen dengannya, belajar pelbagai perkara baharu dan medan merealisasikan ilmu yang selama ini hanyalah teori semata-mata. Along juga memerlukan perhatian yang lebih, sejak kecil Along allergy kepada susu lembu. Along juga mengidap athma yang agak teruk. Masih ingat lagi, saya dan isteri mencari Klinik Kanak-kanak Tan di Bandar Klang hanya kerana mahu mengubati lelahnya. Along suka membaca dan nampaknya Along mewarisi bakat saya, suka menulis.

Makan laksa 13 Nov 07-7Tanggal 23 November 2000, lahir pula putera kami yang kedua, Ihya’ Hakim namanya. Anak comel yang kuat menangis waktu kecilnya, kuat pula suaranya. Semasa kecilnya kami panggil Ihya’, namun dia asyik menangis atau orang Perak kata ‘teghoyak.’ Lalu, saya dan isteri menukar namanya kepada Abang Yang, berkebetulan semasa itu adik saya, Mak Yang yang menjaganya. Sedangkan mengikut turutan anak, ‘Yang’ adalah untuk anak ketiga bagi orang Perak. Anak kami yang kedua ini cerdas dan banyak akal, selalu menguji kami dan mencuit hati. Kelakunya kadang-kadang menimbulkan geram; tapi menyebabkan kita juga terfikir kembali. Abang Yang bercita-cita mahu menjadi seorang ustaz seperti saya, mungkin kerana sering mengikut saya berceramah ke sana sini.

Anak ketiga kami pula, Huda Imanina lahir pada Ogos 2003, iaitu kira-kira setahun saya menjawat jawatan di Lembaga hudaZakat Selangor. Semasa ietri saya mengandungkan Huda, saya mendapat tawaran di LZS. Itulah rezeki anak namanya. Bahkan, jika diikutkan setiap anak yang isteri saya kandung dan lahirkan, akan datang bersama-sama mereka rezeki yang tertentu. Huda anak perempuan pertama kami dan kali pertama saat menimangnya, terasa amat-amat jauh berbeza dengan kedua-dua abangnya. Huda kami panggil Kak Chik dan amat terserlah feminismenya. Saya selalu berkata, Huda lebih banyak mewarisi sifat uminya. Nampak gayanya, Huda mungkin boleh menjadi seorang doktor walaupun minatnya kini lebih kepada bermain anak patung sambil melukis dan mewarna gambar barbie.

Husna 2Anak keempat kami lahir tiga tahun sesudah itu, iaitu pada 2 Ogos 2006, juga seorang perempuan dan kami namakannya Husna Insyirah. Anak yang asalnya kami mahu namakan Humaira, lalu hingga kini pipi gebunya selalu kemerahan. Saya sering mengatakan kepada isteri, itu mungkin kerana dahulu saya yang beriya-iya mahu menamakannya Humaira, sempena gelaran kepada isteri Rasulullah ‘Humaira’, iaitu si merah. Husna nampaknya mewarisi sosok tubuh saya, berisi sekali dan serHaniming menjadi tarikan ramai orang ke mana sahaja kami pergi. Kadang-kadang kasihan juga, kerana ramai orang menganggap usianya sudah melebihi dari yang sepatutnya, sedangkan badannya sahaja yang besar dan dia masih anak kecil yang manja. Husna sering menjentik hati kami sekeluarga dengan keletahnya yang pelbagai rupa.

Alhamdulillah, anak kelima kami iaitu Hanim Ikhwana lahir pada Oktober 2008 yang lalu. Hanim bagaikan menyempurnakan kami sekeluarga dan kini, kami sentiasa tidak puas bermain dengannya. Wajahnya memang lembut tetapi kelakunya, aduhai…bagaikan anak lelaki dan boleh tahan lasaknya. Bahkan Hanim sering menarik dan menambat hati kami sekeluarga, termasuklah dua ekor kucing peliharaan kami di rumah. Rasa tidak sabar sahaja mahu berjumpa Hanim setelah seharian penat berkerja.

Anak keenam kami, Ilham Huzaifah pula dilahirkan pada 2010 dan genaplah sudah tiga pasang anak kami. Ilham sewaktu kecil, wajahnya mirip abang Long dan semakin besar, ada macam abang Yang. Apa-apa pun, keletah Ilham memang mencuit hati. Dia suka membunyikan suaranya…O…o…ok… seakan-akan ingin menyatakan sesuatu dari isi hatinya. Pandai membuat kelaku tetapi mudah juga menjaganya. Bila senyuman terukir di wajahnya, amat manis sekali dengan gigi yang bersih tersusun rapi. Amat meminati kucing…eeeooommmm….dan Ilham sentiasa menjadi perhatian dan penghibur abang dan kakak serta kami sekeluarga.

Ya Allah, terima kasih atas anugerah anak-anak kami ini. Semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah buat penjamin kami ke syurga, amin.

Post Your Comment Here

Your email address will not be published.