Kucing dalam hidup saya

Semalam saya telah melakukan satu tindakan nekad. Enam ekor kucing saya masukkan ke dalam kotak. Jam 10 malam, saya ke Ampang. Kemudian saya tinggalkan kucing-kucing itu di SPAC…sebuah pusat jagaan haiwan. Dengan harapan, kucing-kucing saya itu akan selamat di sana.

Sebenarnya, saya amat menyukai kucing. Sejak kecil saya telah begitu rapat dengan kucing. Kucing-kucing pula mudah mesra dengan saya. Bagaikan ada chemistry antara saya dan kucing. Kucing yang liar pun kadang-kala mudah jinak di tangan saya.

(Inilah kira-kiranya rupa Siti saya…)

Ada pun kucing yang saya hantar ke SPAC semalam, ialah Siti dan lima ekor anaknya. Siti adalah kucing kacukan, antara spesies Malaysian cat dan Persian cat. Ciri-ciri jelas Persian-nya boleh dilihat pada bulu-bulunya yang lebat, khasnya pada bahagian ekor dan misai yang melentik panjang.

Semasa menjumpai Siti kira-kira enam tahun lalu, dia amat daif sekali. Saya dan isteri baru pulang dari Pusat Perubatan Ko-Hilal di Taman Melawati. Semasa mahu pulang, saya dapati ada seekor ibu kucing sedang menyusukan anaknya di bawah kereta saya.

Saya cuba menghalaunya. Takut nanti mati dilenyek tayar. Kasihan, kedua-duanya kelihatan begitu tidak bermaya. Perutnya kempis. Bulunya kusam tidak terurus. Saya angkat keduanya dan sisihkan di atas simen di koridor kedai.

Semasa mengangkat Siti itulah saya perasan akan cirri-ciri kecantikan kucing ada padanya. Lalu hati saya tergerak untuk membelanya. Paling pelik, ibunya yang saya lihat daif tadi hilang ghaib dengan tiba-tiba. Mungkin nalurinya tahu, saya akan mengambil anaknya sebagai anak angkat.

Siti menumpang kasih pada Putih, seekor kucing yang datang menumpang di rumah kami di Serendah. Putih pula sabar menyusukan Siti. Akhirnya Siti membesar dan mulai menunjukkan kecantikannya. Orang yang datang ke rumah kami turut memuji akan kecantikan Siti.

Tidak lama kemudian, Siti mulai mengandung. Inilah yang saya tak tahan. Mula-mula beranak, Siti melahirkan 4 ekor anak. Begitulah setiap kali Siti beranak, dia akan melahirkan 4-5 ekor anak. Saya mulai rimas. Letih dan cuak melayannya.

Terkini, seputar sebulan lalu Siti melahirkan anak lagi, lima ekor. Walhal anak-anaknya yang terdahulu masih kecil. Siti mulai mengandung sedangkan anaknya sedang menyusu. Siapa yang tak bengang…! Gatal betul si Siti ni!!!

Saya terpaksa nekad. Di rumah sudah ada sembilan ekor kucing. Wangian najisnya bagaikan aroma pagi yang akan mematikan mood ceria kami sekeluarga. Akhirnya saya terpaksa menghantar Siti dan lima ekor anak kecilnya ke tempat lain.

Maka, itulah kisah Siti dalam hidup saya…!

Nota: Catatan ini diambil daripada blog pertama saya http://u-hah.blogspot.com yang ditulis pada 7 Okt 2008.

8 thoughts on “Kucing dalam hidup saya”

  1. salam
    ust ada maklumat di mana pusat jagaan haiwan d KL atau Sgor. Saya tinggal d Kota Damansara

    Syukran

  2. salam….nak tahu lah spac tu kat ampang belah mana….sebab nak hantar kucing gak lah…cerita lebih kurang cam siti gak..

  3. SPAC tu sebelah kanan dalam perjalanan nak ke Taman TAR, Ampang…jika dari arah KL, sila masuk simpang yang depan Petrons tu (ada kuil Hindu kat sebelahnya)…

    Kini saya dah ada kucing baharu, anak-anak Siti iaitu Soleh dan Solehah sudah besar. Solehah sudah saya mandulkan…he…he…dia memang rajin mengawan, tapi alhamdulillah, tak de beranaklah sebab dah kena mandulkan.

    Soleh pula rajin keluar, bila dah keluar ada kalanya dua tiga hari tak balik…tapi dia tetap manja dengan saya, walaupun dia sebenarnya dah jadi kucing jantan dewasa…

    Saya ada mengambil dua ekor kucing cantik di Slim, dua ekor ini, satu Muslih dan satu Musliha, saya bela dalam sangkar…isteri kata, biarlah kucing-kucing mengawan, sebab dua-duanya cantik…dapat anak boleh jual…he…he…

    Ops…ada seekor anak kucing putih gebu menumpang di rumah saya, tapi jinak merpati, dia makan dan tidur di ruang depan rumah saya, tapi tak pernah sekali pun saya boleh bermain dengannya…dia selalu bermain dengan dua ekor kucing saya di dalam sangkar…geram betul…

  4. Assalamualaikum ustaz,

    Kenapa ustaz xmemberikan ubat perancang untuk Siti. Untuk pengetahuan ustaz, saya juga mengalami masalah yg sama dan akhirnya selesai masalah apabila kucing2 betina diberikan pil perancang. Ubat tersebut blh didapati di klinik haiwan. kita bukanlah bertindak kejam, cuma hendak mengawal populasi dan mengelakkan haiwan ini terbiar begitu sahaja.

    Sekian,
    Pecinta Kucing.

  5. Assalamualaikum…

    Saya nak tanya.. Kalau dkt SPAC tu, boleh ke nak hantar anak2 kucing? atau ada tak sapa2 kt sini nak bela anak2 kucing nie dgn ikhlas?
    saya ada terjumpa anak2 kucing kt tepi jln 4hari lps.. saya tak sampai hati nak biarkan terbiar mcm tu.. so sy decide utk ambil bwk blk rumah.. dari dilanggar oleh kereta atau motor, lbh baik saya bawa balik..
    saya mmg suka sgt dgn kucing.. masa dolu2 saya mmg pernah bela kucing sampai berbelas ekor.. kesemuanya mati sbb hilang/tua.. tapi masalah skrg ni, saya tak boleh nak jaga sgt sbb anak saya ada asma.. dia pula suka main2 dgn anak kucing tu..
    anak2 kucing tu msh kecil lg… jalan pun tak btol sgt lg… zalim sungguh buang anak2 kucing kt tepi jalan mcm tu…. :( :( :(
    kalau boleh siapa2 ada info kt mana yg sesuai utk dihantar dkt mana2 utk penjagaan..
    sekian, terima kasih

    -ieyfa-
    0123344918

  6. Salam semua,

    Just nak buat pembetulan, nama organisasi tu SPCA (Society for Prevention of Cruelty of Animals), bukan SPAC. Cuma, kalau boleh, janganlah ‘buang’ kucing2 ke sini, sbb kapasiti tempat tu mmg sentiasa penuh, dan kucing2 ni akan dimatikan lepas beberapa tempoh kalau tiada sesiapa ambil. So hantar ke sini sama jugalah macam hukuman mati untuk kucing2 ni.

    Lebih baik iklankan untuk adoption kat internet, facebook, etc, cubalah search around (insya Allah ramai peminat kucing yg nak kucing, ini pun lebih baik daripada diorang beli kucing dari kedai). Atau kalau dah betul2 takde cara lain, hantarlah ke FFF (Furry Friends Farm)~ boleh google pasal ni. Founder tmpt ni dulu bekas orang kuat SPCA juga (saya dengar dia berhenti dan tubuhkan FFF sebab tak setuju dengan polisi euthanasia SPCA). Tempat ni operate sepenuhnya atas derma orang ramai and kerja volunteers, but insya Allah anjing & kucing yg dihantar ke sini takkan ‘ditidur’kan. Sebenarnya agak malu la sebagai orang Islam sebab non-Muslim nampaknya lebih rela dedicate their lives untuk kesejahteraan haiwan.

    Berkenaan pil perancang, sebenarnya tak baik untuk kucing untuk jangkamasa panjang sbb akan akibatkan masalah buah pinggang (macam manusia jugak, tp kucing lagi cepat dapat komplikasi).

    Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>