Ustazah seksi…auwww!

Apa ni? Jangan mengarutlah. Betuuul…saya menulis benda betul. Al-kisahnya, bagi mereka yang berkerja di sektor agama sama ada di Jabatan Agama Islam, Majlis Agama Islam, Pejabat Agama Daerah dan sebagainya, maka gelaran ustaz dan ustazah adalah lumrah. Pernah, seorang kawan saya mengadu: “Alamak syeikh, diaorang panggil aku ustaz…susahlah macam ni!”

Sebenarnya, menjawat apa-apa jawatan di sektor agama adalah murni. Seperti mana saya, menjawat jawatan amil zakat, bagi saya sangat mulia sekali di sisi Allah, Rasulullah dan manusia. Ini kerana, saya melakukan kerja-kerja yang menjurus terus kepada kemuliaan agama, menegakkan rukun Islam dan mendaulatkan syariat Allah di atas muka bumi ini. Sama…samalah juga bagi mereka yang berkerja di bahagian mana sekali pun, waima seorang pemandu bas, jurufoto, pakar IT dan tukang cari fail! 

Boleh dikatakan, masyarakat awam memandang tinggi kepada kami yang duduk di sektor agama. Gelaran ustaz dan ustazah sentiasa di bibir mereka. Sebab itulah, saya amat malu jika ada di kalangan kakitangan sektor agama yang gagal menyerlahkan akhlak muslim sebenar. Misalnya mengeluarkan tutur kata yang berbaur kotor dan lucah (rafas) dan berpakaian yang agak seksi!

Adalah amat malang, jika ada di kalangan ‘ustazah’ yang mengenakan busana yang tidak secocok dengan kehendak agama. Mari saya berikan beberapa contoh ‘real’:

1. Pakaian jarang – sehingga menampakkan pakaian dalam dan kulit lengan
2. Pakaian agak ketat - menzahirkan bentuk badan dan menimbulkan fitnah
3. Terlalu berfesyen – sehingga menenggelamkan niat sebenar menutup aurat dan timbul berlumba-lumba menzahirkan kehebatan
4. Berbelah – aik…ada juga…? Kata Datuk Ismail Kamus…ini fesyen ‘Halal dan Haram’
5. Bertabarruj – ada…susah nak bayangkan, kena ambil gambar dan ‘bubuh’ kat sini
6. Berwangi-wangian – pun ada, mungkin mereka masih tidak ketemu larangan daripada Nabi SAW…kasihan

Banyak lagilah. Alakullihal, siapa nak tegur para ustazah seksi ni? Anda fikirlah sendiri!

2 thoughts on “Ustazah seksi…auwww!”

  1. Assalamualaikum hamizul,

    Teramatlah tepat apa yang dikatakan oleh hamizul. Andainya kita bekerja dibidang yang berkaitan dengan agama, masyarakat terlalu memandang tinggi.

    Pengalaman saya sendiri bergelar guru al-Quran sendiri pun sudah membuktikan kebenarannya.

    Tentang pakaian ni pun satu hal juga hamizul.Kadang-kadang siustazah ni merasakan apabila mereka sudah bertudnug labuh, kira oklah tu.

    Tapi dari sudut lain mereka abaikan.Saya pernah juga terlihat ada dikalangan ustazah-uztazah ni yang tidak memakai stokin.Tudung labuh tu dah kena sangat dah dengan ciri pakaian Islam,tapi disebabkan stokin tu,kantoilah pula.

    Ada pula sesetengah tu yang pakai barang kemas sehingga boleh menarik perhatian para-para ustaz ni.Yelahkan,ustaz pun manusia biasa juga.

    Sebenarnya,para ustazah yang begini sepatutnya tidak perlu lagi disuruh sesiapa untuk menegur.Hakikatnya mereka dah tau apa yang sepatutnya mereka amalkan dan tinggalkan.

    Kalau tegur karang dikatanya pula kita ni layakker nak tegur.Ialah,ustazahla katakan.Setuju tak hamizul?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>