SAYANG SUNGAI SARAWAK

Sungai Sarawak...airnya tenang mengalir ke kuala kehidupan...

Sebatang Sungai Sarawak,
Menjadi saksi zaman yang hak
Di tebingnya Kota Margharetta berdiri tegak
Setia melindungi istana Brooke Raja Sarawak
Dan kini tebingnya kian indah dan segak
Juga kulihat sebuah papan tanda kian pudar: ‘Jauhilah arak’

Dan kini ia terus mengalir sebagai saksi bisu
Pembangunan yang rancak tanpa silu
Tebingnya diratah bertalu-talu
Dihiasi manusia yang kian terpinggir rasa malu
Mendabik diri selagi mahu
Hingga sungai terasa sayu
Bagai terpaksa terus menderu

Bukan salah namanya pembangunan
Biarlah rancak bak taufan
Namun jangan biarkan diri hanyut kelemasan
Mengabaikan peringatan Tuhan
Melupakan ke mana arah tujuan
Sedangkan sungai juga ada kesudahan
Apakah manusia tiada pengakhiran?

Aku melihat alirnya yang tenang
Aku melihat manusia yang tegang
Aku hairan kerana kedua-duanya makhluk Tuhan
Aku hairan yang mana satukah lebih beriman
Aku hairan yang mana satukah layak mendapat syurga idaman?

Ustaz Mizul
D Palma Hotel Kuching
Sarawak
3.51 pm
3 Jun 2013

Post Your Comment Here

Your email address will not be published.