JIKA KITA KAYA RAYA

Jika kita kaya raya
Maka panjanglah angan-angan kita
Mahu menderma sebanyaknya
Tapi sayang kita tak kaya raya

Jika kita kaya raya
Mahu rasanya menaja sekolah agama
Buat menjadi bekal ke akhirat sana
Tapi sayang kita tak juga kaya raya

Jika kita kaya raya
Akan ke Mekah dan Madinah tiap tahun rasa
Buat beribadah sepuas-puasnya di sana
Tapi sayang kita masih belum kaya raya

Jika kita kaya raya
Apakah kita masih kekal beribadah kepada-Nya
Atau kita jadi lupa dan leka dengan dunia
Kerana ada orang yang kalah bila jadi kaya raya

Jika kita kaya raya
Jadilah kita sebaik Abdul Rahman bin Auf yang ternama
Segala harta dimanfaat demi kebaikan bersama
Barulah tercapai nikmat kaya raya yang sebenarnya.

– Hamizul Abdul Hamid
– Taman Kepong Indah, KL
– 12 Dis 2011

Post Your Comment Here

Your email address will not be published.