Najis tahi cicak

Anekdot U-HAH

Pernah sekali sewaktu menyampaikan kuliah maghrib, saya membuka bicara dengan sengaja menanyakan soalan yang nampaknya mudah. Saya bertanya kepada ahli jemaah surau:

“Apakah hukumnya jika setelah mengambil wudhuk, tiba-tiba anggota badan kita terkena najis, iaitu tahi cicak. Maka apakah yang perlu kita lakukan, adakah batal wudhuk kita atau tidak?”

Menariknya, antara jawapan yang diberikan ialah, batal wudhuk orang yang terkena najis tahi cicak itu. Mereka kena berwudhuk semula dan bla…bla… alasannya, kerana orang itu telah tersentuh najis.

Saya tersenyum. Teringat semasa saya remaja dahulu, pernah saya masuk ke dalam surau dan kaki saya terkena tahi cicak. Bukan maih marah lagi saya. Mana tidaknya, saya harus keluar dan membasuh najis itu dan mengambil wudhuk semula.

Nak jadi cerita, masuk ke surau dan kena lagi tahi cicak… Amboiii, surau mana le ni ya…bersih sungguh, sehinggakan najis tahi cicak bertaburan di mana-mana… Cuba bayangkan, kena membasuh najis, ambil wudhuk lagi…bukankah sudah membazir masa dan tenaga, bahkan membazir air juga!

Sebenarnya, inilah masalah segelintir umat Islam. Jawapan mereka bahawa harus mengambil wudhuk semula tersebut, sebenarnya  bukan sahaja datangnya daripada surau yang berkenaan sahaja, bahkan orang lain pun mungkin memberikan jawapan yang sama.

Mungkin kita tersilap dalam membezakan di antara status najis dan kesannya kepada diri kita. Memang najis wajib dibasuh, kerana ia memang najis. Tetapi, ia tidak membawa kepada batalnya wudhuk kita. Melainkan kita dalam solat, apabila terkena najis atau datangnya najis dan mengenai tubuh atau pakaian kita, maka yang batal adalah solat tersebut; bukannya wudhuk.

Cubalah semak, apakah perkara-perkara yang membatalkan wudhuk. Adakah bersentuhan dengan najis membatalkan wudhuk? Jawapannya tidak. Maka, kenapa harus berwudhuk. Fikir-fikirkanlah…

12 thoughts on “Najis tahi cicak

  1. kes camni kita panggil umum al-balwa (kesukaran yg susah utk dihindari)..
    ada dua kaedah ustz dlm kes camni:

    1)setiap binatang yang haram dimakan dagingnya maka tahi dan air kencingnya juga adalah najis. Seperi tahi cicak dan tahi kucing
    2)setiap binatang yang halal dagingnya maka tahi dan air kencingnya tidak najis. Seperti tahi ayam dan tahi kambing

  2. Umi…nak ke, ambik la…

    Tiger Adnan…saje je nak buat isu…he…he…

    Serban kapet (lawa nama), sama la juga kes bulu kucing…tapi ramai yang tak tau kan…terima kasih atas perkongsian ilmu…

  3. Setiap Najis yang keluar dari haiwan tetap najis, sekali pun haiwan tersebut halal dimakan, hati2 sheikh. Pelik ana, anta ambik pendapat dari siapa nie.

    • Abdullah yang bijaksana, apa masalahnya dengan posting berkenaan? Apa yang sdr bimbang? Ada ke statement saya bahawa tahi cicak itu bukan najis? Hati2 syeikh. Pelik anta, anta hujah kot mana ni?

  4. Anas bin Malik -radhiyallahu ‘anhu- berkata, ” Ada beberapa orang dari Uroinah datang kepada Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam-. Tapi mereka tidak sesuai dengan (cuaca) kota Madinah. Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda kepada mereka,

    إِنْ شِئْتُمْ أَنْ تَخْرُجُوْا إِلَى إِبِلِ الصَّدَقَةِ فَتَشْرَبُوْا مِنْ أَلْبَانِهَا وَأَبْوَالِهَا

    “Jika kalian mahu (pergi), maka keluarlah menuju unta sedekah (hasil zakat). Kemudian kalian minum susu, dan kencingnya”.

    Mereka pun melakukannya, lalu mereka semua jadi sehat”. [HR. Al-Bukhoriy dalam Sohih-nya (233), dan Muslim dalam Sohih-nya (1671)]

    Muhaddits Negeri Yaman, Al-Imam Asy-Syaukaniy-rahimahullah- berkata, “Maka penghalalan untuk berubat dengannya (air kencing unta, dan lainnya) merupakan dalil tentang kesuciannya. Jadi, kencing unta, dan sebangsanya adalah suci”.[Lihat Nailul Author (1/99)]

  5. ana bukan cakap anta ustaz mizul, tapi ana respon komen ‘serban kapet’,iaitu “2)setiap binatang yang halal dagingnya maka tahi dan air kencingnya tidak najis. Seperti tahi ayam dan tahi kambing.” bagi ana ini satu pendapat yang pelik. Sepanjang ana belajar fiqh dan usul fiqh ana x pernah jumpa lagi pendapat yang mengatakan tahi kambing dan tahi ayam itu TIDAK NAJIS. Padahal ia sebenarnya adalah NAJIS.

  6. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam fatwanya brkata, “Adapun kencing dan najis haiwan yang dagingnya boleh dimakan, sebagian besar salaf berpendapat bahwa ia tidaklah najis.” (Majmu’ Fatawa, 21/613)

  7. Assalamualaikum,

    ana masih musykil la. nak tanya xkesah la pendapat tahi binatang halal tu najis atau tidak, sekarang isu cicak. banyak sgt pijak ni. pada Abdullah yg byk rujuk kitab. mesti nyk berguru ni. tahi cicak najis atau tidak? batal atau tidak air wuduk? igt, buku bukan guru..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>