Lagi persoalan tentang anak-anak dan solat

Assalamualakum, saya ingin bertanya. Saya mempunyai seorang anak lelaki berusia 4 th dan masih belum berkhatan. saya sering menyuruh anak saya sembahyang bersama2 saya di rumah kerana hendak memupuk dan mengajarnya solat dari kecil. Persoalannya, ada yang mengatakan bahawa batal wudhu’ jika kita bersentuhan denagn anak2 yang belum berkhattan ini. Saya berpendapat, perkara ini tidak masuk akal kerana anak2 adalah suci dan bukan najis…mengapa pula batal wudhu’ apabila menyentuh mereka sedangkan meraka dalam keadaan suci dan bersih.

Satu lagi soalan, saya mempunyai dua orang anak berusia 4 dan 2 th. Apabila sembahyang bersama-sama mereka, kadang-kadang anak saya suka sujud di atas sejadah yang saya gunakan. Jadi, bolehkah saya menganjak ke tepi sedikit untuk membolehkan saya sujud, atau adakah cara lain yang perlu saya buat?

Soalan terakhir, bagaimana caranya mendukung anak di dalam solat dan dlm keadaan bagaimanakan ianya boleh dilakukan?

Jawapan saya:

Sebenarnya, menggalakkan anak-anak solat sejak kecil, itulah yang terbaik. Jika dirujuk kepada nabi, memang ada hadis yang membayangkan / menggambarkan, bahawa kanak-kanak memang dibawa bersolat bersama nabi di masjidnya.

Rasulullah saw bersabda: عَنْ شَرِيكُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ:  سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ: مَا صَلَّيْتُ وَرَاءَ إِمَامٍ قَطُّ أَخَفَّ صَلَاةً وَلَا أَتَمَّ مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَإِنْ كَانَ لَيَسْمَعُ بُكَاءَ الصَّبِيِّ فَيُخَفِّفُ مَخَافَةَ أَنْ تُفْتَنَ أُمُّهُ.

Daripada Sharik bin ‘Abdullah, dia berkata bahawa aku mendengar Anas bin Malik berkata: “Aku tidak pernah bersolat di belakang imam yang paling ringan dan sempurna berbanding Nabi Muhammad SAW. Jika baginda mendengar tangisan bayi, maka baginda akan meringankan solat kerana takut akan menimbulkan fitnah terhadap ibunya,” (Rujuk Fathul Bari, 3/56 )

Manakala, soal batal wudhuk, dalam hal ini menyentuh najis tidak membatalkan wudhuk. Dalam mazhab Syafie atau mana-mana mazhab, sepengetahuan saya, tiada menyatakan menyentuh najis menyebabkan batalnya wudhuk.

Oleh itu, soalan puan adakah batal wudhuk menyentuh kanak-kanak yang bernajis, jawapannya tidak batal.

Dalam solat, apabila anak-anak kita sujud di atas sejadah sehingga mengganggu sujud kita, misalnya dia sujud atau tidur di atas tempat letaknya dahi kita (untuk sujud), maka memang kita kena beralih sedikit agar kita dapat sujud dengan sempurna.

Cara mendukung anak dalam solat adalah seperti mana kita mendukung mereka di luar solat. Bila sujud, maka hendaklah anak itu diletakkan dahulu. Bagaiamana kita boleh rukuk dan sujud jika masih mendukung anak.

Dalam hal ini, jika kita bermazhab Syafie, maka berhati-hati jangan sampai pergerakan kita terlalu banyak. Ia boleh membatalkan solat. Namun begitu, pergerakan seiring semasa berubahnya rukun, katakan daripada berdiri betul / qiyam kepada rukuk dan seiring itu kita meletakkan anak ke bawah, adalah dimaafkan – asal sahaja tidak keterlaluan – kerana di situ berlakunya pergerakan seluruh tubuh pada masa yang sama.

Seperkara lagi, jangan sampai berubahnya dada daripada arah kiblat, kerana ia juga boleh membatalkan solat. Wallahua’lam.

Post Your Comment Here

Your email address will not be published.