TERKINI: 5 dalam 1, ini pandangan saya…
Berikut adalah sikap Imam an-Nawawi rahimahullahu ta’ala dalam menilai permintaan khalifah pada zamannya al-Malik al-Zahir, agar mengeluarkan fatwa mengenai pengambilan harta rakyat:
“Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabi-Nya s.a.w.” (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam, seperti mana yang dicatatkan oleh Dr Mohd. Asri Zainal Abidin di blognya).
Nota: Kekayaan negara dalam Islam hendaklah diagihkan seadil mungkin, agar ia dapat sama-sama dirasai oleh setiap rakyat jelata. Imam Ali bin Abi Talib r.a di dalam satu riwayatnya menyatakan, Nabi Muhammad SAW ada menyebut, dihalalkan Allah SWT turunnya bala ke atas muka bumi, apabila berlakunya 15 perkara, di antaranya ialah, apabila kekayaan negara hanya berlegar di kalangan orang tertentu sahaja (hadis riwayat at-Termizi).
Wallahua’lam.













Komen Terbaru