Selamat tinggal Kemboja, day 4

12 Julai 2010 – Hari ini adalah hari terakhir kami di bumi Mekong ini. Saat saya mengetuk kekunci note book ini, kami sedang menanti penerbangan AK 275 yang dijangka berlepas ke KLIA sekitar jam 14.35 waktu Kemboja.

Sebenarnya, masih banyak yang belum kami sempat terokai di sini. Khususnya mengunjungi tempat-tempat bersejarah Kemboja. Negara ini adalah negara delta, dahulu semasa belajar geografi, delta Mekong adalah kawasan paling subur. Mereka menjadikan pertanian sebagai sumber utama. Tidak peliklah, dahulu sewaktu Pol-pot mengambil alih kuasa, dia telah menukarkan bentuk pekerjaan rakyat hanya menjurus kepada pertanian. Dia membunuh cerdik pandai walau hanya kerana orang itu memakai cermin mata; tetapi membiarkan para petani hidup agar dapat terus menjana pertanian di negaranya.

Hari ini juga kami mengunjungi Central Market. Hakikatnya, ia adalah sebuah kawasan membeli-belah yang lebih moden berbanding Russian Market. Barangan yang dijual di sini kebanyakannya ada di Russian Market, tetapi lebih berbaloi kerana harganya agak lebih murah. Kedudukannya juga lebih tersusun, kemas dan bersih. Di tengah-tengah Central Market juga terdapat tempat para penjjual batu permata Kemboja memperagakan barangan mereka. Menurut Hjh Syarifah, wakil ejensi pelancongan kami, tak rugi membeli barangan batu nilam dan jed di sini. Jika harganya USD50, maka di Malaysia harga sebenarnya mungkin RM200 – RM300! Teringatkan isteri saya, maka saya membeli juga dua utas gelang bertatah batu nilam di sini. Tak mahal, saya sudah kekeringan wang…adalah dalam USD25!

Sebenarnya bagi saya, adalah lebih baik dan berbaloi membeli-belah di sini berbanding di Russian Market. Barangannya nampak lebih baik, lebih banyak pilihan dan lebih banyak tawaran. Harganya pasti menjadi lebih banyak tawar-menawarnya.

Saya menghabiskan agak banyak juga USD di sini. Bayangkan, sepasang long suit hanya berharga USD30. Kainnya mahal, jahitannya kemas pendeknya berkualiti, kami mengandaikan harganya mungkin RM200 di Malaysia.

Hmmm…penerbangan sudah sedia. Saya harus beratur segera!

3 thoughts on “Selamat tinggal Kemboja, day 4”

  1. salam, nice read ur trip. org islam dikemboja memang memrlukan byk pembangunan sosioekonomi, sy sudah hampir 7 bulan disini membuat kajian khasnya masyarakat cham untuk membangunkan ekonomi & membawa pelabur ke sini. jika ust ada ape2 info tntg masyarakt cham harap dapat email kpd sy utk kita kongsi bsama, InysaAllah

  2. Azmi,

    Salam kembali. Tahniah dan baguslah jika sdr dapat membantu masyarakat di Kemboja…agaknya, lama lagi ke saudara di sana? Manalah tahu, jika saya ke Kemboja…boleh juga berjalan-jalan dengan saudara nanti…bagilah e-mail ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>