Kenapa saya muslim? (1#)

Saya tak tahu @ tak ingat, sama ada pernah mengupas isu ini atau tidak? Tetapi, saya pernah memberi kuliah @ ceramah perihal tajuk di atas. Pentingkah tajuk ini untuk dikupas?

Tergantunglah. Ada orang yang sudah memahami Islam sebagai ad-deen, maka mungkin mereka tidak perlu lagi dikuliahkan. Tetapi, saya yakin bahkan teramat yakin, bahawa majoriti umat Islam sebenarnya tidak memahami hakikat ke-Islaman mereka. Mereka Islam, kerana baka. Ibu bapa mereka Islam, maka mereka pun Islam. Maka, membesarlah sebagai orang Islam tanpa pernah mahu memahami, kenapa mereka mesti menganut agama Islam; kenapa tidak memeluk agama dan kepercayaan lain?

Allah SWT menukilkan: “Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yakub. (Ibrahim berkata): Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam,” (al-Baqarah: 132)

Maknanya, Islam bukan sekadar agama yang dititipkan kepada Muhammad bin Abdullah untuk disampaikan kepada seluruh manusia; tetapi Islam juga adalah agama bagi nabi-nabi yang terdahulu.

Allah SWT menyatakan lagi: “Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi,” (Ali ‘Imran: 85)

Ini adalah penegasan Allah SWT. Mungkin ada orang berkata, Tuhan sudah mentakdirkan saya memeluk Islam, maka jadilah saya seorang Islam. Full stop! Hmmm…mudahnya membuat kesimpulan.

Baiklah, saya teringat kala masih di bangku sekolah dalam tingkatan 3 dahulu (tahun 1989). Waktu itu waktu kelas pendidikan seni, gurunya Cikgu Johar. Beliau pernah bertanya kepada kami, para pelajar kelas 3A2 masa itu: “Tahukah kamu semua apa makna Islam?” Kami terkedu. Nak jawab takut salah. Padahal, kelas kami kala itu semuanya Islam. Memang bertuah sebab kelas kamilah satu-satunya di SMDA masa itu yang diisi dengan pelajar Melayu-Islam, kerana kelas lain semuanya bercampur-campur.

Akhirnya, Cikgu Johar pun memberikan penerangan mengenai persoalan yang dibangkitkan…dan mulai detik itulah, saya menanam azam untuk lebih memahami Islam sebagai ‘the way of life’ yang sebenarnya…

2 Replies to “Kenapa saya muslim? (1#)”

ust mizul 18 June 2010 at 10:37 pm

tu jeke

from abg yang

Ust Mizul 21 June 2010 at 8:58 am

Ye ler abang yang…

Post Your Comment Here

Your email address will not be published.