Mengelewor di Kota Kinabalu

Kami tiga beranak dibawa menginap di Imperial International Hotel. Ya, betul-betul di tengah KK. Strategik sungguh lokasinya. Anda boleh bergerak dengan mudah ke lokasi-lokasi menarik sekitar bandar KK. Dengan kadar sewa yang agak rendah (kira-kira RM200 semalam), agak lumayan jugalah…

dsc008361

‘Marul di hadapan Malaysia Monument, berdekatan Gaya Street’

Antara lokasi menarik di KK ialah Pasar Filipina. Ia terletak kira-kira 100 meter dari Imperial Hotel. Kami hanya berjalan kaki sambil mendukung Hanim. Teringat juga, jika kami membawa Husna bersama…mauh pancit saya dibuatnya.

Di Pasar Filipina inilah anda akan dapat temui pelbagai produk cenderamata. Memang ‘gila’ kita dibuatnya. Banyak yang boleh dibeli. Harganya pula boleh ditawar lebih daripada 50%. Bayangkan, kain pemidang Sabah yang cantik dengan katu jatinya yang berharga kira-kira RM70 anda boleh dapat RM27!

dsc00840

‘Membeli-belah di Pasar Tamu’

Berdekatan Pasar Filipina juga kedapatan Pasar Ikan Masin dan Pasar Buah. Istimewanya di Pasar Ikan Masin ini, anda boleh membeli pelbagai produk laut Sabah. Harganya seperti biasalah…anda bijak menawar maka dapatlah harga yang amat berbaloi. Saya menghabiskan RM100 membeli pelbagai jenis produk laut di sini.

dsc00946

‘Di Pasar Ikan Masin…kat sini, mike boleh caghi bermacam-macam produk laut dengan rege yang amat kompetitif’

Pasar buah pula, bagi saya yang menariknya ialah puding kelapa. Memang di sini banyak yang menjual air kelapa muda dengan isinya dicincang halus. Puding kelapa itu pula memang sedap dimakan sejuk. Terasa rugi pula hanya membeli segelas…

Pada waktu malam pula, berdekatan Pasar Filipina itu diwujudkan Night Market. Istimewanya, ialah menu ikan bakar dan lain-lain hasil laut yang dibakar. Meja panjang dengan air belacan serta rumpai laut sedia menanti anda untuk menjamu selera. Tapi awas! Kenalah tanya dulu harganya. bayangkan, seekor udang harimau sahaja mampu mencecah RM35! Tapi enaknya jangan kiralah…kecur air liur dibuatnya…hmm…

dsc00916

‘Hanim and Umi…main yolaut kat pantai Pulau Manukan…gambo teman ade kat bawah…’

Sebelah pagi Ahad, anda boleh pergi ke Jalan Gaya. Ada Pasar Tamu yang besar menanti di sana. Kami berjalan kaki dengan jarak kira-kira 200 meter. Letih jugalah. Saja berjalan, lebih terasa thrill nye.

Di sini pula, kita akan menemui pelbagai jenis produk Sabah. Sekecil-kecilnya mungkin manik dan mutiara dan sebesar-besarnya kucing dan anjing pun turut dijual! Menarikkan? Isteri saya sibuk menawar harga pelbagai jenis bentuk perhiasan wanita untuk dijadikan oleh-oleh bila pulang ke Semenanjung kelak. Saya…letih la dukung Hanim…he…he…

dsc009021

‘Get ready nak nerojun ke ayo…’

Adik ipar saya, si Najib memaklumkan bahawa keunikan Sabah ialah pulau-pulaunya. Dari awal lagi kami bercadang untuk ke Pulau Manukan. Jaraknya tidaklah begitu jauh dari KK. Bahkan kami boleh melihat bot-bot yang ke pulau itu dari hotel penginapan kami.

Petang Ahad kira-kira pukul 2.00, kami ke sana. Sewa teksi ke jeti ialah RM10. Tambang bot seorang RM17. Cukai jeti ialah RM6 seorang. Last sekali, tiket nak masuk ke Pulau Manukan ialah RM3 seorang. So…agak mahal jugalah.

Perjalanan dengan bot laju agak mendebarkan. Angin dan ombak agak kuat dan kami terlambung-lambung dibuatnya.

dsc00974

‘Kami bergambor di depan Bangunan Yayasan Sabah yang menempatkan Pejabat MB’

Namun, keindahan Pulau Manukan memang mengancam. Airnya amat jernih dan ikan-ikan pelbagai spesies bagaikan mengalu-alukan kedatangan anda. Sayangnya, ikan-ikan itu suka bermain di bawah jeti.

Saya menyewa pakaian menyelam, iaitu google, baju pelampung dan kasut itik dengan nilai RM25 serta deposit RM50. Tapi boringnya, saya mandi sorang-sorang…Marul kena jaga Hanimlah…

dsc00996

‘Makan malam last sebelum balik KL di Night Street’

Ada juga yang tak bestnye…apa lagi, inikan pulau peranginan…pelancong over sea kan ramai…so faham-faham je la…agak nak tersembul juga biji mata saya bila seorang wanita cina dengan selambanya membuka baju dan hanya mendedahkan colinya di hadapan saya!

Kami juga menyewa teksi dan meronda-ronda di sekitar UMS dan Yayasan Sabah. Sempatlah bergambar. Istimewanya, UMS ini adalah kampus yang mengunjur ke laut. Fakulti Sains Marin-nya memang bersambung dengan kawasan laut. Saya rasa, inilah satu-satunya universiti yang laut merupakan sebahagian daripada kawasannya atau kampusnya.

Kami balik ke Semenanjung pada pagi Selasa dengan penerbangan jam 7.25 pagi. Seronok menghabiskan masa di Sabah. Seronok lagi kerana belanja hotel sepenuhnya dibiayai oleh pelajar isteri saya. Terima kasih bebenorlah…banyak kami cut cost kat situ, kira-kira RM1,000. Begitu juga kos makan minum, hanya dua malam kami makan sendiri sedang yang lain ditaja oleh mereka. Di bawa ke restoran yang sedap-sedap pulak tu…

dsc007981

‘Alhamdulillah, selamat mendarat di LCCT’

Kami selamat mendarat di LCCT Sepang kira-kira jam 9.45 pagi. Perjalanan yang menyeronokkan dan saya dapat rasai kelapangan jiwa dan emosi…yelah, asyik duduk di ofis dengan pelbagai karenahnya, bercuti di Sabah memang melegakan!

One thought on “Mengelewor di Kota Kinabalu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>