Imam…oh imam…

He…he…takutlah saya, bila membaca berita berkenaan. Iya… seorang imam telah dipecat di Bukit Damansara, hanya kerana menambah ‘pemerintahan adil, telus dan cara yang betul’ di dalam teks khutbah keduanya. Kasihan kepada imam berkenaan. Hee…bimbang juga saya, saya pun khatib juga, dalam teks kedua itu pun kadang-kala saya tambah sedikit doanya…maklumlah, doa yang sudah ditekskan itu kekadang sama sahaja, boring juga.

Saya jadi takut bukannya apa, kerana saya pun imam juga. Jika imam di kariyah berkenaan boleh dipecat, hanya kerana ‘kesalahan’ yang kecil, maka apa jaminan saya tidak boleh dipecat… auwww….tak rela saya dipecat…he…he…

Moral cerita:

“Imam kini hanya layak ditegur, bukannya dia yang menegur. Ini kerana, dia dibayar gaji, maka dia imam makan gaji. Maka, bacalah teks khutbah yang diberi, walaupun ejaannya salah dan tak betul bunyi. Apa yang penting, makmum dan AJK masjid puas hati. Tuhan tak puas hati pula bagaimana? Err….tak pe kot. Kan Tuhan tu Maha Penyayang lagi Maha Pengampun…astaghfirullah.”

Post Your Comment Here

Your email address will not be published.