My Mertua's Family

Tinjauan

Topik yang paling anda senangi dalam blog ini?

View Results

Loading ... Loading ...

Iklan

Miliki Syamil Quran The Miracles

New Page 1

New Page 1

Anda kini penziarah ke:

Dirikanlah solat untuk mengingatiku-Thaha 20: 14

"Cinta Buku..."

Wajah kemiskinan di kanvas Islam

Islam sama sekali tidak mahu umatnya memandang hina kepada kemiskinan. Sebaliknya, orang-orang fakir dan miskin hendaklah disantuni dengan baik. Mereka adalah orang yang dijamin memasuki syurga milik Allah SWT, jauh lebih awal selama 500 tahun (masa dunia) berbanding orang-orang kaya (sebagaimana yang diterangkan oleh hadis Anas bin Malik r.a). Maka, si miskin di sisi Islam itu adalah jauh lebih tinggi darjatnya jika dia adalah seorang yang beriman dan bertakwa.
 
Walau bagaimanapun, Islam tidak meletakkan kemiskinan atau kefakiran itu sebagai ‘mulia’ bagi semua orang untuk mengejarnya sehingga mengabaikan dunia. Dalam erti kata lain, Islam tidak mahu umatnya dengan sengaja memilih untuk menjadi miskin. Merasa selesa dengan kemiskinan, enggan keluar daripada kepompong hidup yang sempit dan membiarkan dunia direbut oleh orang lain tanpa secuit pun rasa cemburu dan mahu berubah.
 
Dalam hal ini, Allah SWT berfirman: “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) duniawi,” (al-Qasas: 77)


 ”…tiada galakan sama ada oleh Allah SWT mahu pun rasul-Nya agar umat Islam gemar menjadi miskin…”

 
Nabi Muhammad SAW sendiri tidak menyukai sikap suka menyerah nasib diri kepada takdir tanpa mahu berusaha terlebih dahulu. Jika dibandingkan, Rasulullah SAW sendiri sejak usia baginda masih kanak-kanak, iaitu pada umur 10 tahun sudah mula mencari rezeki dengan mengikut bapa saudaranya Abu Talib berdagang ke Syam. Pada usia baginda sekitar 13 tahun, baginda mengambil upah dengan mengembala kambing milik orang-orang Mekah. Bahkan, pada usia baginda di takah 25 tahun, di antara punca Siti Khadijah jatuh hati dan terpikat kepada Rasulullah SAW juga, adalah kerana kebijakan baginda menjalankan perniagaan milik Khadijah sehingga membawa keuntungan yang banyak kepadanya.
 
Semua ini, menjadi dalil bahawa Rasulullah SAW bukanlah seorang yang suka bermalas-malasan. Mentang-mentanglah diri baginda digelar al-amin oleh penduduk Mekah dan merupakan anak saudara kesayangan Abu Talib serta mempunyai darah keturunan bangsawan Bani Hasyim yang mulia, maka ia sudah memadai dijadikan tiket untuk nabi bersikap wewenang dalam hidupnya. Tidak, bahkan nabi adalah orang yang rajin berusaha dan berkerja.
 
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya ‘Kemiskinan dan cara Islam mengatasinya’ ada menukilkan bahawa Islam sama sekali tidak menerima pemikiran bahawa kemiskinan adalah sesuatu yang suci. Bahkan Qaradawi menganggap pemikiran sedemikian adalah sesat dan sudah diresapi anasir-anasir luar daripada Islam yang mirip kepada kependitaan seperti mana yang diyakini oleh kepercayaan Hindu dan sebagainya, sehingga cukup berala-kadar dalam berpakaian dan mengharapkan sedekah orang demi meneruskan kehidupan. Ia adalah amat bertentangan dengan Islam yang bercirikan progresif, inovatif dan pro-aktif.
 
Hakikatnya, tiada galakan sama ada oleh Allah SWT mahu pun rasul-Nya agar umat Islam gemar menjadi miskin. Apa yang dikhabarkan oleh hadis-hadis nabi mengenai keistimewaan orang-orang miskin ini, adalah supaya orang-orang miskin tidak merasa sedih, terpinggir dan menyesali nasib dirinya. Mereka memang miskin di sisi manusia di atas dunia; namun hakikatnya mereka mulia dan berdarjat sama bahkan jauh lebih mulia di sisi Allah di akhirat sana. Syaratnya, mereka mestilah mempunyai keimanan yang sahih dan ketakwaan yang jitu kepada Allah SWT. Hakikatnya juga, nabi telah berusaha menyuntik motivasi tanpa sedar agar orang-orang miskin kembali memiliki kemuliaan diri yang zahirnya sudah diragut, khususnya semasa berleluasanya ketempangan kuasa di bawah payung jahiliyah di Mekah yang begitu lama sebelum kebangkitan baginda.
 
Di samping itu, banyak kisah boleh dijadikan iktibar, bahawa Islam tidak menjadikan kemiskinan itu sebagai pakaian kemulian dan kekayaan itu sebagai jubah ketinggian. Semuanya adalah sama di sisi Allah SWT, sama ada miskin atau kaya, kerana hakikatnya kita semua adalah hamba milik Allah SWT. Sebab itulah Allah SWT menyatakan: “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal,” (al-Hujurat: 13)
 
Kesimpulannya, umat Islam yang baik adalah mereka yang sentiasa berusaha membawa perubahan pada dirinya. Orang Islam yang mulia juga, adalah mereka yang tidak menjadikan status dirinya sebagai penghadang jalan untuk berbakti kepada Allah SWT. Miskin dan kaya ada caranya, hanya yang berbeza, si kaya mampu memberi sedang si miskin sering menanti. Allah SWT sudah membuka peluang, tiada yang mustahil untuk diraih. Bak kata pepatah Arab ’siapa yang rajin berusaha, maka dialah yang layak mendapatkannya.’ Wallahua’lam.

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>