My Mertua's Family

Tinjauan

Topik yang paling anda senangi dalam blog ini?

View Results

Loading ... Loading ...

Iklan

Miliki Syamil Quran The Miracles

New Page 1

New Page 1

Anda kini penziarah ke:

Dirikanlah solat untuk mengingatiku-Thaha 20: 14

"Cinta Buku..."

Cinta buku: Biar anak kita baca ini…

IPOH 12 Feb. - T. Frieda Violet, 12, yang sangat meminati penulisan sasterawan negara, Datuk Dr. Anwar Ridwan terpilih sebagai Tokoh Nilam Negeri Perak 2010 di sini, hari ini.

Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Kota, Taiping itu merupakan johan bagi kategori sekolah rendah dan kategori sekolah rendah bandar.

”Saya sudah membaca sebanyak 740 buah buku dari tahun satu hingga tahun enam yang kebanyakan penulisannya dalam bahasa Melayu,” katanya ketika ditemui selepas program Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh Nilam Negeri Perak 2010 di sini.

Menurut anak kepada pasangan doktor dan guru itu, minat membacanya mula timbul selepas kagum dengan kebolehan abangnya, Nehemiah, 20, yang mampu membaca buku setebal 700 muka surat dalam masa sehari.

Kemenangan dalam dua kategori itu membolehkan Frieda Violet membawa pulang wang tunai RM900 bersama sijil dan buku sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Sementara itu, Tokoh Nilam Negeri Perak 2010 Kategori Sekolah Menengah, Nuraimi Nadirah Rohim @Rahim, 17, telah membaca sebanyak 680 buku sejak tingkatan dua hingga tingkatan lima.

”Kebanyakan buku yang saya baca adalah karya-karya sastera dan yang paling saya minati ialah novel yang ditulis oleh Faisal Tehrani.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping itu berkata, minat membacanya dipupuk sejak kecil lagi dan ia banyak didorong oleh kedua ibu bapanya.

”Saya mula membaca sejak berumur empat tahun tetapi sejak bayi lagi, ibu bapa saya sering membacakan buku cerita kepada saya dan mereka juga menghadiahkan buku pada setiap hari jadi saya,” kata anak kepada pasangan guru itu.

Anugerah Tokoh Nilam Negeri Perak pada tahun ini juga menyaksikan buat pertama kalinya seorang pelajar Orang Asli, Rehan Asod, 12, menerima anugerah bagi kategori sekolah rendah pedalaman.

Pelajar SK Pos Loi, Lasah itu, menewaskan dua lagi calon Orang Asli iaitu Robiah Tentok dari SK Jernang, Sungkai dan Abok Sarida Rahmat dari SK Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Air Banun, Gerik.

Rehan sudah membaca sebanyak 300 buku sejak tahun empat hingga enam dan buku paling diminatinya ialah Tekun Usaha Tangga Kejayaan

Sumber daripada Utusan Online di sini

2 comments to Cinta buku: Biar anak kita baca ini…

  • Muammar

    Membaca itu jambatan ilmu, juga pelentur minda kita.. :)
    Amar dulu pun banyak membaca.. Pernah dlm masa sebulan jer Amar habiskan 60+ buah buku tapi campur2 laa ada yg tebal dan nipis.. Sampai satu masa tu dah tak der buku yg menarik ntuk dibaca kat perpustakaan Izzuddin tu..

  • Iyer..! Bagusnya Ammar. Moga-moga anak-anak sedara Ammar mencontohi Ammar, gemar membaca sehingga tak cukup waktu terluang kerana suka membaca…

    p/s: teringat abang mizul dulu panjat pokok mempelam nak balut buah, ‘berejam-rejam’ kat atas pokok pasai ralit dok membaca dulu apa yang tertulis kata kertas surat khabar yang nak balut buah mempelam tu…he…he…

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>