DALAM MIHRAB CINTA BAKAL DILAYAR-PERAKKAN

Kehangatan filem-filem Kang Abik atau nama penanya Habiburrahman El-Shirazy belum lagi reda. Terasa masih terngiang-ngiang runut lagu Ayat-ayat Cinta. Masih belum pudar pijarnya mainan kata-kata Azam dan Anna lewat filem Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2…dan kini, Kang Abik sedang dalam ura-ura pembikinan filem keempat daripada novel beliau – Dalam Mihrab Cinta.

Saya kagum dengan Kang Abik. Novel-novel yang dihasilkannya amat meruntun jiwa. Saat pertama kali diperkenalkan dengan Ayat-ayat Cinta, saya jadi skeptikal. Bimbang cinta yang bakal disajikan adalah klise semata. Namun telahan saya meleset amat. Ternyata, Kang Abik punya citra tersendiri dalam mewarnai cintanya. Lalu bermula dengan novel Ayat-ayat Cinta, saya terus jatuh cinta dengan penulisan Kang Abik. Hingga kini…habis rasanya novel-novel yang beliau hasilkan saya baca.

Nah! Belum pun sempat saya mengulas Ketika Cinta Bertasbih 2 yang baharu sahaja saya perolehi, hadiah daripada Pak Syarif yang baru pulang dari Indonesia, saya harus menahan sabar untuk menantikan kehadiran filem beliau yang ke seterusnya…

Nota: Dalam blog Saiful Islam, beliau ada mencatatkan tarikh 17 Feb akan ada forum beliau dan Kiyai Habiburrahman el-Shirazy di UTP…sapa-sapa yang duduk berhampiran…bolehlah ke sana.

(Cuba anda perhatikan poster di sebelah…kan latar belakangnya itu Masjid Putra di Putra jaya)

One Reply to “DALAM MIHRAB CINTA BAKAL DILAYAR-PERAKKAN”

aim 26 April 2010 at 12:01 am

salam..betul tur…cte novel dalam mihrab cinta…ada kisah mengenai malaysia..pasal pelajar2 UM kt kl…

Post Your Comment Here

Your email address will not be published.