browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Monthly Archives: May 2011

Manusia perlukan pemimpin

Selaku manusia, kita sering alpa. Kelalaian membelit diri, hanyut dalam arus deras duniawi. Haus tiada hilang, kerana kesementaraan yang direguk menambah kontang. Jiwa terasa tandus tanpa siraman wahyu Ilahi yang kudus. Apa yang ada hanyalah keseronokan palsu. Menjadilah kita manusia pendamba cinta Tuhan yang hakiki; atau pemburu cinta dunia yang nisbi.

Categories: ketuk Minda, Seni | 4 Comments

Apa hukumnya jika sengaja mengelak zakat?

Soalan: Seseorang yang memiliki harta yang sempurna miliknya dan telah hampir tiba haulnya (masa untuk mengeluarkan zakat); namun dengan sengaja telah mencari jalan mengeluarkan sedikit hartanya sehingga terkurang nisabnya, maka apakah hukumnya dan adakah dia masih dikira wajib mengeluarkan zakatnya? Mohon penjelasan ustaz.

Categories: Fiqh Zakat, Zakat | Leave a comment

Tahniah, aduh sinisnya

Malaysia dari satu segi memang negara Islam yang baik. Ya, jika dibandingkan dengan beberapa negara Islam yang lain, Pakistan misalnya yang terus bergolak, atau kebanyakan negara Islam di tanah Arab yang wanitanya kelihatan agak mundur. Maka, Malaysia memang ‘best.’

Categories: Anekdot, Isu Semasa | Leave a comment

Innalillah

Musibah melanda lagi negara ini. Kisahnya, tanah merudum menimpa. Mangsanya anak-anak sekolah agama. Ada yang yatim dan ada yang beribu bapa. Hebohlah satu negara. Pak menteri semua turun. Para YB sebuk bergelut. Semuanya ambil cakna. Semua nak bagi itu dan ini. Bantuan diumum. Bantuan dihulur. Yang mati tidak akan hidup lagi. Yang cedera menanggung sengsara. … Continue reading »

Categories: Anekdot, Isu Semasa | 2 Comments

Muhasabah cinta

Oleh Ust Mizul Cinta itu lumrah. Bercinta itu pula asyik. Cinta memotivasikan. Kala muda-mudi bercinta, malam dingin hangat terasa. Maka semailah cinta di perbatasan yang benar. Pupuklah ia dengan humus dan airilah ia dengan embunan hidayah. Biar tumbuh memekar, mengorak kelopaknya menebar semerbak haruman. Biar sang kupu-kupu dan rerama hinggap menciumi bunga-bunganya, membawa debunga lekit … Continue reading »

Categories: Fiqh Harta, ketuk Minda | Leave a comment

Wang pinjaman: kenapa kena kira sebagai zakat pendapatan pula?

Oleh: Ust Mizul Saya merasa musykil apabila Lembaga Zakat Selangor (LZS) memasukkan wang yang diperolehi daripada hasil pinjaman sebagai wajib zakat di bawah zakat pendapatan. Apakah sandaran LZS mengenakan zakat pendapatan ke atas wang yang dipinjam itu? Jika saya membuat pinjaman pada hujung haul (katakanlah haul saya bulan Disember dan saya mendapat wang pinjaman itu … Continue reading »

Categories: Fiqh Zakat | Leave a comment

Apakah hukuman kepada pengengkar zakat?

Dalam sebuah sesi ‘Tanyalah Ustaz?’ yang diadakah di sebuah surau (macam TV9 le pulak namanya…), saya pernah diajukan soalan, begini bunyinya (Cher dengor bebaik….): “Ustaz, apakah hukuman yang boleh dikenakan kepada orang yang dengan sengaja enggan menunaikan zakat?” Ha! itulah dia soalannya. Mudah sahajakan. Tapi untuk nak menjawabnya, idaklah semudah itu. Harus juga mengambil kira … Continue reading »

Categories: Fiqh Seerah, Fiqh Zakat | 1 Comment

Adab muslim dalam berkerja

Oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid Eksekutif Komunikasi Korporat Lembaga Zakat Selangor (MAIS) Berkerja adalah suatu keperluan. Dengan berkerja, seseorang mampu membina kehidupan. Berkerja juga membolehkan kita mencipta kekayaan dan dengan kekayaan itu, dapat mengelakkan kita daripada terjerumus ke dalam kancah kemiskinan. Sebab itulah, umat Islam berulang kali digesa oleh Allah SWT agar berkerja dan berusaha, … Continue reading »

Categories: Fiqh Harta | Leave a comment

Zakat bagi orang yang meninggal pada pertengahan tahun

Soalan: Saya dimaklumkan bahawa seseorang yang meninggal dunia, maka para warisnya hendaklah terlebih dahulu menunaikan hutang-piutangnya, sama ada hutang kepada sesama manusia mahupun hutang kepada Allah SWT, iaitu zakat sebelum harta itu difaraidkan. Soalan saya, apakah seseorang yang meninggal dunia pada pertengahan tahun itu (yakni hartanya belum genap setahun), maka masih wajib dikeluarkan zakatnya oleh … Continue reading »

Categories: Fiqh Zakat, Zakat | Leave a comment

Kisah Asnaf buat renungan bersama

Nota: Kisah ini dipaparkan di Utusan Mega hari ini dengan tajuk ‘Kedai Jahit Punca Rezeki’  Oleh Hamizul Abdul Hamid Eksekutif Komunikasi Korporat Lembaga Zakat Selangor (MAIS) Menelusuri kisah asnaf kadangkala menimbulkan rasa kekaguman, pada sosok tubuh yang zahirnya lemah namun mampu menghadapi ujian demi ujian. Bukan mudah menanggulangi sebuah kehidupan andai seorang lelaki tempat pergantungan … Continue reading »

Categories: Asnaf, Zakat | Leave a comment
How To Get Rid Of Stretch Marks Fast