browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Monthly Archives: August 2010

Manusia yang rugi pada Ramadan

Tidakkah kita merasa pelik, kenapa manusia hanya ghairah pada malam-malam permulaan Ramadan. Surau dan masjid melimpah. Saffnya penuh dengan jemaah. Ada yang terpaksa memasang khemah. Ada yang sejadah melintang di atas jalan. Begitulah hebatnya pada awal Ramadan. Entah mengapa, manusia itu hanya ghairah pada tahap permulaannya sahaja. Menjelang minggu kedua Ramadan, manusia yang meruah dan … Continue reading »

Categories: Anekdot, Ketuk Minda | Leave a comment

Belajar mencintai al-Quran pada bulan ia dinuzulkan

Nota: Artikel ini disiapkan untuk siaran Utusan Jawi sempena Nuzul Quran 1431 Hijrah شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ “Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil),” (al-Baqarah: 185) Dalam bulan … Continue reading »

Categories: Isu Semasa | Leave a comment

Bicara Zakat: Agihan Zakat Fitrah

Ada pihak menyatakan, zakat fitrah adalah khusus dikeluarkan kepada asnaf fakir dan miskin sahaja. Mereka juga berkata, adalah menjadi satu  sunnah untuk memberikan zakat fitrah terus kepada penerima. Benarkah pendapat ini? Jawapan: Memang ada ulama’ yang berpendapat bahawa zakat fitrah ini khusus bagi fakir dan miskin. Mereka menyandarkan pendapat tersebut kepada sebuah hadis Nabi SAW: … Continue reading »

Categories: Fiqh Zakat | Leave a comment

Carilah kebahagiaan di sela-sela RM kita

Nota: Artikel ini disediakan untuk MIDI Kemeriahan menyambut hari raya adalah satu anugerah daripada Allah SWT. Maka, tidak salah bagi seorang muslim menyambut aidilfitri dengan penuh kegembiraan. Hal ini dibolehkan oleh Islam, sebagaimana sabda nabi: “Seorang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Rabb (Tuhan)-nya,” (riwayat Bukhari) Kegembiraan waktu … Continue reading »

Categories: Fiqh Harta, Ketuk Minda | Leave a comment

Ramadan, kutunggu hadirmu…

Kesibukan mengunci kebebasan. Jika dahulu saat-saat sebegini, saya ralit melayari blog dan menulis. Kini, keberadaan di posisi Ketua Unit Perhubungan Awam – membataskan semua itu. Sayang melihat blog ini kosong dengan sentuhan Ramadan. Apa-apa pun, semoga Ramadan pada kali ini menatijahkan yang terbaik buat kita semua, amin ya rabb! Hadis nabi:  ‏ ‏من قام رمضان … Continue reading »

Categories: Ketuk Minda | Leave a comment

Masa Untuk Tunai Zakat Fitrah

Soalan: Bolehkah zakat fitrah ditunaikan sejak awal Ramadan dan bilakah berakhirnya masa menunaikannya? Jawapan: Ittifaq dalam kalangan fuqaha bahawa zakat fitrah hanya wajib pada Aidilfitri yang beriringan dengan Ramadan. Ia sabit pada dua keterangan Ibnu Umar: “Telah mewajibkan Rasulullah SAW zakat fitrah pada bulan Ramadan,” (Nail al-Authar, jilid 4, hal. 181) dan juga: “Rasulullah SAW … Continue reading »

Categories: Fiqh Zakat | Leave a comment

Kedudukan Asnaf Amil

Soalan: Adakah salah sekiranya amil menggunakan wang zakat? Bukankah wang zakat khusus untuk orang fakir dan miskin?   Jawapan: Memang ada yang terkeliru mengenai kedudukan amil dalam pengurusan zakat. Daripada sudut hukum, amil zakat memang berhak kepada harta zakat. Ini kerana, sudah disebut secara terang bahawa amil memang satu daripada lapan asnaf zakat. Ia adalah … Continue reading »

Categories: Fiqh Zakat | Leave a comment

KCB Versi TV di Indonesia!

Aduh…bestnya jika dapat tengok drama ni…ia akan dimainkan di Indonesia sepanjang Ramadan ini.

Categories: Filem | Leave a comment

Negeri 5 Menara

Tajuk: Negeri 5 Menara Penulis: A. Fuadi Penerbit: PT Gramedia Pustaka Utama, Indonesia Jumlah muka: 422 Tahun terbit: Cetakan kelima, Februari 2010 Harga: Rp50 ribu ISBN: 978-979-22-4861-6 Semasa ke Indonesia beberapa purnama lepas, saya menonton siaran TV ‘Kick Andy’ yang dihoskan oleh Andy F. Noya. Tamunya kala itu seorang anak muda berkaca mata. Mereka membicarakan mengenai sebuah … Continue reading »

Categories: Interaksi Buku | 1 Comment
How To Get Rid Of Stretch Marks Fast