browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Monthly Archives: August 2009

Ragam anak bersahur :)

“Along, ayang…banguunnn!” Saya mengejutkan dua anak teruna. Memang saya kena kejutkan, jika umi atau pembantu rumah yang kejut, mereka liat sedikit nak bangun. Mungkin aura seorang bapa menyebabkan mereka ‘kena bangun’ atau jika tidak ‘akan dibangunkan!’ Di meja makan, mata masih memberat. Kasihan juga saya melihatnya. Isteri sudah membuat persiapan apa yang patut. Susu segar … Continue reading »

Categories: Alahai anak-anak | 3 Comments

Ramadan dan Kartika

Ramadan ini, saya sambut dengan penuh semangat mencari ketakwaan. Semua orang beriman, sepatutnya mencari perkara yang sama. Bukankah itu yang dijanjikan Allah SWT lewat firman-Nya: “Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertakwa!” Namun, ketenangan itu terkocak dengan insiden wanita bernama Kartika, yang mengaku meminum arak sehingga dijatuhkan hukuman sebatan enam kali amat menarik untuk kita kaji. … Continue reading »

Categories: Isu Semasa, Kepimpinan, Pelbagai | 2 Comments

Manusia akhir zaman di sisi Ramadan

Salam Ramadan! Adakalanya, saya pelik dengan kelaku sesetengah manusia yang enggan meraikan Ramadan, yang datangnya hanya setahun sekali, dengan sambutan yang paling hangat sepatutnya mereka beri. Ada yang menghadirkan diri untuk berjamaah, alhamdulillah. Namun, masih ramai yang enggan berubah. Rumah Allah dipandang sebelah mata sahaja. Mereka lalu di hadapannya; mereka lintasi jalan di tepinya, tapi … Continue reading »

Categories: Anekdot, ketuk Minda, Ketuk Minda | 3 Comments

Salam Ramadan!

Sempena hadirnya Ramadan 1430 Hijrah ini, ana mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh muslimin dan muslimat. Semoga Ramadan pada tahun ini benar-benar menjana iman dan membuahkan takwa pada diri kita. Amin!

Categories: Anekdot | 3 Comments

Memperkasa Ibu Tunggal

IBU tunggal oh ibu tunggal. Tidak seperti ‘bapa tunggal’, kehadirannya bahkan sering menjadi sebutan. Kelibatnya menjadi tarikan. Ibu tunggal bahkan kekadang disinonimkan dengan ‘ibu tinggal’. Ditinggalkan suami lalu terkontang-kanting tanpa haluan. Banyak pihak tampil menghulurkan bantuan tidak kurang juga yang mahu mengambil kesempatan. Inilah imej lumrah ibu tunggal yang sering meraih simpati masyarakat, dipotretkan sebagai … Continue reading »

Categories: Asnaf, Zakat | 2 Comments

Kenangan di kampung

Baru-baru ini, salah seorang bapa saudara sebelah isteri saya meninggal dunia, beliau adalah abang abah yang kami panggil Pak Dak sahaja. Sejak berkahwin dengan isteri saya, seorang demi seorang ibu dan bapa saudara sama ada sebelah abah dan mak yang meninggal dunia. Saya masih ingat lagi, tahun 2000 rasanya saya dan mak mertua menginisiatifkan Hari … Continue reading »

Categories: Balik kampung, Emak abah | Leave a comment

Erti rindu?

Masa kecil-kecil dahulu, saya tidak pernah merasa kasih-sayang daripada seorang abah. Maka, alang Yusof – anak opah adik emak yang ketiga – menjadi galang gantinya. Saya begitu manja dengan alang. Alang juga sangat memanjakan saya. Alang gendong saya masuk hutan redah sungai. Alang peluk saya waktu tidur malam. Alang cempung saya atas basikal dan pusing-pusing … Continue reading »

Categories: Alahai anak-anak, Anekdot, Emak abah, Memoir, Sejarah famili | 2 Comments

Bertemu Black, Radzi dan Renggo di pentas dakwah!

Semalam, saya menerima jemputan untuk forum menyambut Ramadan anjuran Parlimen Selayang di Kuang. Turut menyerikan forum ialah Ust Fauzi Mustafa, Ust Harryanto dan Ust Radzi bekas vokalis Melissa. Sebelum forum, kami dipersembahkan beberapa buah lagu dan nasyid. Anda tahu, saya bertuah semalam kerana buat pertama kalinya bertemu dengan beberapa vokalis ternama tanah air yang kini … Continue reading »

Categories: ketuk Minda | Leave a comment

Asri Rabbani: Subuh yang terakhir

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang Pada insan yang setia berkongsi susah dan senang Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir Tadi subuh yang terakhir Bila berdekatan kadangnya makin kita leka Bila berjauhan barulah merindu di dada Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih Andai esok takkan hadir

Categories: Memoir, Seni | Leave a comment

Hikayat TV Dalam Hidup Saya!

Semasa saya masih remaja dan tinggal di rumah opah, TV adalah termasuk dalam kategori ‘BAHAN LARANGAN’ oleh opah. Maksudnya, saya tidak boleh bebas menonton TV mengikut sesuka hati saya. Jika ada tayangan lewat malam, jangan haraplah. Opah sanggup bangun dari tidurnya dan memadamkan TV sambil mulutnya pot-pet memarahi saya. Pernah satu malam minggu jika saya … Continue reading »

Categories: Anekdot | 2 Comments
How To Get Rid Of Stretch Marks Fast