Hamizul Abdul Hamid

Salam lebaran daripada saya
Syawal kian menggamit, sedang Ramadan kian berpamit

Toh…kita masih di mana? Sudahkah kita bisa menjarahi relung-relung Ramadan dan mencicipi segala madunya?

Atau kita masih seperti dahulu, leka dan alpa dengan dunia yang penuh kemuluk-mulukannya…

Esok, lembayung yang datang melabuhkan tirai bulan barakah

Kita akan bertamu di bulan yang meriah

Bulan di mana kita sepatutnya kembali kepada fitrah

Meraih ampunan, rahmah dan jannah

Bahkan, kita sepatutnya menjadi lebih baik berbanding dahulu

Jika solatnya, harus lebih kusyuk dan tepat waktu

Jika bicaranya, harus lebih tulus dan tiada melulu

Jika akhlaknya, harus lebih sopan dan bermutu

Jika auratnya, harus lebih terjaga dan penuh rasa malu

Kita ini bertuah, sungguh bertuah

Diberi Allah Ramadan yang di dalamnya kita bisa meraih segala janji Allah

Amal yang sedikit pahalanya berganda

Iman yang tipis sepatutnya sudah tebal di dada

Kita sepatutnya sedih, andainya Ramadan pergi

Lalu kita masih lagi berbasa-basi

Tentang amal ibadah tidak lagi bersungguh hati

Tentang jariah sedekah masih lagi di pandang sepi

Tentang ikhlas dan amanah, sekadar pemanis mulut tiada di hati

Syawal adalah lanjutan Ramadan

Kembali kepada fitrah tanda kemenangan

Kita bertakbir, itu adalah tanda kejayaan

Bukannya tangis hiba kerana terpaksa beraya di perantauan

Takbirnya mendayu menghanyut kelaraan

Tetapi menjulang semangat untuk istiqamah beribadah

Membakar semangat kekal bermujahadah

Melonjak momentum kekal berislah

Ayuhlah muslimin dan muslimat

Kita lebarkan Salam Lebaran dengan semangat

Roh perjuangan mendaulatkan Islam sejagat

Semuanya bermula daripada tarbiyyah Ramadan

Yang padanya tersimpan seribu satu didikan

Bagi manusia…yang mahu mengambil pengajaran.

Barakallahufikum minal aidil wal faizin

28 Ramadan 1431 Hijrah

7 September 2010

Kepong Indah, Kuala Lumpur

Manusia yang rugi pada Ramadan
Tidakkah kita merasa pelik, kenapa manusia hanya ghairah pada malam-malam permulaan Ramadan. Surau dan masjid melimpah. Saffnya penuh dengan jemaah. Ada yang terpaksa memasang khemah. Ada yang sejadah melintang di atas jalan. Begitulah hebatnya pada awal Ramadan.

Entah mengapa, manusia itu hanya ghairah pada tahap permulaannya sahaja. Menjelang minggu kedua Ramadan, manusia yang meruah dan melimpah sudah hilang. Jika ada pun, saff di luar masjid dan surau makin lengang. Khemah dan jalan pun sudah lengang. Jemaah masih ramai; namun makin kecil jumlah dan bilangan.

Menjelangnya minggu ketiga dan keempat, maka saff solat tarawih makin memendek. Jika dahulu penuh seisi masjid dan surau; kini tinggal separuh sahaja. Jika dahulu, awalnya jamuan moreh mencecah ratusan orang; kini hanya puluhan sahaja. Tetapi, tetap masih ramai berbanding di luar bulan Ramadan walaupun hakikatnya, ia makin mengurang.

Kepelikan makin menjadi-jadi menjelang 10 hari terakhir Ramadan. Padahal itulah saat paling utama, kerana dijanjikan malam al-Qadar padanya. Sebaliknya, pada tempoh itulah manusia berbondong-bondong pula mengunjungi segala gerai dan bazaar. Agaknya, baju raya lebih menarik berbanding teh tarik dan roti canai waktu moreh.

Lalu, inilah fenomena di negara ini. Secara umumnya begitu, walau mungkin di sesetengah tempat tidak sedemikian. Mungkin di kawasan yang kuat pengaruh agamanya, misalnya di lingkungan pusat pengajian pondok, suasana Ramadan kekal dengan keghairahan hingga ke penghujungnya.

Maka, persoalan yang membusa di cepu minda ialah, kenapa? Kenapa manusia hanya berbondong-bondong ke rumah Allah pada awal Ramadan? Kenapa manusia makin lesu menjelangnya hujung Ramadan. Bagi kaum ibu, mereka lesu di saff tarawih; tidak pula lesu membuat kuih.

Kita patut sedar, Ramadan datangnya hanya setahun sekali. Jika kita berjaya menemuinya pada tahun ini, itu adalah rezeki. Namun, siapa mampu menjamin kita akan menemuinya lagi tahun hadapan. Belum tentu kita dipanjangkan umur. Belum tentu kesihatan kita mampu menjalaninya dengan sempurna, andai kita masih berusia. Maknanya, kita mesti menjadikan Ramadan ini sebagai yang teristimewa.

Pada zaman dahulu, Ramadan disambut dengan pestaan ibadah. Nabi menyeru, agar dihidupkan Ramadan. Siangnya berpuasa, malamnya dididirikan qiyamullail – iktikaf, tarawih, witir, tadarus dan sebagainya. Kini, Ramadan disambut dengan pestaan juadah. Siangnya bazaar Ramadan menanti; malamnya pula di mana-mana orang tetap membeli.

Umar al-Khattab menangis hiba meninggalkan Ramadan. Hari ini, manusia ceria menyambut Ramadan kerana membayangkan fulus yang menunggu daripada bonus dan hasil jualan. Malah makin ceria di hujungnya kerana raya yang menjelang. Tidak kurang manusia yang bosan dengan Ramadan, kerana susahnya mereka untuk makan siang.

Maka, tidakkah kita merasa pelik. Kepelikan ini sepatutnya menjadikan kita lebih berfikir, bahawa manusia hari ini sudah lupa akan nikmat Tuhan mereka. Mereka hidup tanpa merasa terhutang budi kepada Allah. Lalu, mereka jalani kehidupan sesuka hati. Sehingga, kedatangan Ramadan pun tidak menimbulkan apa-apa dalam jiwa mereka. Lalu…alangkah ruginya mereka!

Sabda nabi antaranya: “Rugilah manusia yang hidup sehingga Ramadan tetapi gagal mendapat pengampunan (daripada Allah),” (hadis riwayat Kaab bin Ujrah)

Hayatilah Ramadan yang masih berbaki. Marilah kita tangisi kealpaan diri. Iringilah malamnya dengan ibadah. Biar jiwa kita terus membugar dalam dakapan Ramadan.Biarlah orang lain meninggalkan kita bersama Allah. Kita adalah kekasih Allah dan apalah maknanya kekasih Allah, jika mereka meninggalkan rumah-rumah Allah kosong dan kesepian!

Belajar mencintai al-Quran pada bulan ia dinuzulkan
Nota: Artikel ini disiapkan untuk siaran Utusan Jawi sempena Nuzul Quran 1431 Hijrah

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

“Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil),” (al-Baqarah: 185)

Dalam bulan Ramadan, ada satu hari yang sangat bermakna. Itulah hari di mana al-Quran diturunkan. Ia jatuh pada 17 Ramadan. Bak kata pepatah, tidak kenal maka tidak cinta. Maka, marilah kita belajar mengenal al-Quran, agar Ramadan pada tahun ini dapat memutikkan rasa cinta kita kepada al-Quran, isnya-Allah.

“Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai pertunjuk kepada manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai pertunjuk itu dan (juga) menjadi pembeza (di antara perkara yang benar dan salah),” (al-Baqarah: 185)

Inilah tujuan sebenar kenapa Allah SWT menurunkan al-Quran. Ia bukan sekadar untuk dibaca dan dilagukan; tetapi menggali rahsia dan pelajaran di dalamnya. Allah SWT bahkan memerli orang yang mengaku mempunyai kitab tetapi tidak mengambil pelajaran daripadanya.

“Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya kitab Taurat , kemudian mereka tiada memikulnya (tidak membenar dan mengamalkan isi kandungannya) adalah sama seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal,” (al-Jumuah: 5)

Kita pasti tidak sanggup dianggap seperti seekor keldai yang bebal. Kerjanya mengangkut ratusan kitab; tetapi dirinya kekal dalam kebodohan. Malah kita sepatutnya menjadi tuan keldai yang cerdik, menggali keindahan al-Quran dan menjadikannya modal dan perbekalan sepanjang kehidupan.

Bagaimanakah mampu kita menumbuhkan kecintaan kepada al-Quran? Ini adalah persoalan besar. Al-Quran berbahasa Arab. Mempelajarinya sahaja kadang-kala sudah menjadi satu kesulitan. Makhraj hurufnya berbeza dengan huruf Melayu. Membacanya pula mestilah dengan tajwid yang betul. Tidak boleh berbasa-basi dan tidak boleh ikut suka hati.

Sebenarnya, al-Quran adalah mukjizat teragung yang kekal hingga kiamat. Tidak terhitung hikmah di sebaliknya, jika dikaji dan diamati. Namun, langkah pertama hendaklah dimulai dengan usaha menumbuhkan rasa cinta kepada al-Quran. Maka amatilah perkara berikut:

1) Sembahkanlah kekurangan diri kepada Allah SWT, bahawa kita amat teringin mempelajari al-Quran walaupun diri dibatasi seribu kekurangan. Allah SWT pasti mendengar rintihan hati kita. Insya-Allah, pasti diberikan jalan untuk kita dan kekuatan mempelajarinya.

2) Mencari guru al-Quran yang mampu menauladani. Guru yang baik, maka kita ditunjuki cara mengaji dengan baik dan sabar. Bahkan guru itu sendiri mampu menterjemahkan kaedah bacaan yang terbaik. Tidak bersikap keras dan tidak pula terlalu lemah. Apa yang penting, kita jadi terdorong untuk terus belajar dengan adanya guru tersebut.

3) Mendengar para qari yang sudah mantap bacaannya. Terdapat ramai qari atau pembaca al-Quran yang cukup tersohor, misalnya Syeikh Saad al-Ghamidi dan ramai lagi. Alunan bacaan mereka mampu meruntun hati. Mendengarnya membuatkan kita mampu jatuh hati kepada al-Quran.

4) Melihat makna ayat-ayat al-Quran. Kita berbangsa dan berbahasa Melayu. Mana mungkin kita mampu memahami bacaan al-Quran, melainkan kita mampu berbahasa Arab. Maka, bukalah kitab terjemahan al-Quran dan telitilah maknanya. Di sana kita akan temukan keindahan di sebalik ayat-ayat al-Quran.

5) Melazimi diri membaca al-Quran. Al-Quran itu amat merindui kita seandainya kita sentiasa berdampingan dengannya. Sebaliknya, jika kita sendiri bersikap liar dengan al-Quran, maka tidak peliklah al-Quran juga akan menjauhi kita.

6) Melihat janji-janji Allah kepada orang yang suka kepada al-Quran, misalnya diberikan kemuliaan, darjah kebaikan di sisi manusia dan dijanjikan pahala yang besar di sisi-Nya.

7) Mencari dan bergaul dengan orang-orang yang dekat dengan al-Quran. Dengan mereka,kita jadi terdorong mendekati al-Quran dan mereka mampu membimbing kita menjadi pencinta al-Quran.

Sebenarnya, banyak saranan boleh dikemukakan. Tetapi, percayalah bahawa perubahan yang positif itu hendaklah dicetuskan dari hati dan ditransformasikan dengan perbuatan. Berubahlah kita bersempena kedatangan nuzul al-Quran ini.

Cukuplah dititipkan pesanan nabi: “ Perindahlah al-Quran itu dengan suara kalian, sebab suara yang indah itu akan menambah keindahan al-Quran (Hadis hasan, Riwayat al Darimi, dan Al-Hakim) dan juga: “Orang yang paling baik diantara kalian adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya” (Hadis Shahih Riwayat Al-Bukhori, Abu Daud, Al-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Al-Darimi). Wallahua’lam.

Bicara Zakat: Agihan Zakat Fitrah
Ada pihak menyatakan, zakat fitrah adalah khusus dikeluarkan kepada asnaf fakir dan miskin sahaja. Mereka juga berkata, adalah menjadi satu  sunnah untuk memberikan zakat fitrah terus kepada penerima. Benarkah pendapat ini?

Jawapan: Memang ada ulama’ yang berpendapat bahawa zakat fitrah ini khusus bagi fakir dan miskin. Mereka menyandarkan pendapat tersebut kepada sebuah hadis Nabi SAW: “Penuhilah keperluan mereka (fakir dan miskin) pada hari (Aidilfitri) itu (agar mereka  tidak meminta-minta).” (Hadis riwayat Baihaqi dan Daruquthni daripada Ibnu Umar r.a)

Pendapat ini turut dikemukakan oleh Ibn Taimiyah di dalam Majmu’ al-Fatawa dan Ibnul Qayyim di dalam kitabnya Zaadul Ma’ad.

Walau bagaimanapun, sebahagian ulama’ juga menyatakan zakat fitrah sama hukumnya dengan zakat harta. Mereka menyandarkan hujah kepada ayat al-Quran di dalam surah at-Taubah, ayat 60 mengenai siapa yang berhak terhadap zakat termasuklah zakat fitrah. Malahan ada ulama’ yang menyatakan golongan kafir zimmi juga berhak mendapat zakat fitrah jika mereka adalah golongan fakir. Perbincangan ini boleh dirujuk ke dalam kitab Bidayatul Mujtahid, Juz 1, hal. 584; Fikih Sunnah, Jilid 3, hal. 129, Hukum Zakat, hal. 964 dan Ensaiklopedia Fiqh Wanita, Jilid 2, hal. 190.

Manakala, ulamak fikah berpendapat bahawa mengumpulkan zakat fitrah kepada satu pihak (amil) untuk diagihkan kembali adalah perbuatan sunnah. Ini berdasarkan tindakan Nabi SAW sendiri sebagaimana yang diakui oleh Abu Hurairah r.a, iaitu: “Rasulullah SAW memberitahu kepadaku agar aku menjaga (dilantik mengawasi) zakat Ramadan.” (Riwayat Bukhari)

Ibnu Umar r.a juga mengeluarkan zakat fitrah kepada jawatankuasa yang dibentuk oleh imam dan mereka mengumpulkan zakat fitrah itu satu atau dua hari sebelum hari raya Aidilfitri.

Sebuah hadis telah dikeluarkan oleh Ibnu Khuzaimah yang bersumber daripada Abdul Warits daripada Ayyub: “Aku Berkata: Bilakah Ibnu Umar (akan) mengeluarkan satu shaa’ (zakat fitrah)? Berkata Ayyub: “Apabila petugas telah duduk (bertugas).” Aku berkata (lagi): “Bilakah petugas itu mulai bertugas?” Beliau menjawab: “Satu hari atau dua hari sebelum Aidilfitri.”

Kesimpulannya, adalah lebih afdal (utama) mengeluarkan zakat fitrah kepada amil yang dilantik oleh pemerintah. Ini kerana, ia membolehkan zakat fitrah tersebut dikumpul dan diagihkan secara lebih saksama dan sistematik. Manakala, zakat fitrah tidaklah semata-mata hanya untuk fakir dan miskin sahaja. Ia juga boleh disalurkan sebagaimana zakat harta kepada asnaf yang lapan. Namun, zakat fitrah memang lebih sesuai disalurkan kepada asnaf fakir dan miskin menjelangnya hari raya, kerana ia lebih bertepatan dengan roh Ramadan dan Aidilfitri. Wallahua’lam.

Carilah kebahagiaan di sela-sela RM kita
Nota: Artikel ini disediakan untuk MIDI

Kemeriahan menyambut hari raya adalah satu anugerah daripada Allah SWT. Maka, tidak salah bagi seorang muslim menyambut aidilfitri dengan penuh kegembiraan. Hal ini dibolehkan oleh Islam, sebagaimana sabda nabi: “Seorang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Rabb (Tuhan)-nya,” (riwayat Bukhari)

Kegembiraan waktu berbuka itu, ada dua. Pertama gembira ketika berbuka puasa. Kedua, gembira ketika dapat menyambut datangnya hari raya.

Dalam kegembiraan itulah, kadangkala manusia tidak sedar berbelanja. Apatah lagi dengan status kewangan yang agak baik, mungkin juga dengan pemberian bonus menjelang raya, maka kuasa membeli makin membara. Maka, banyaklah super market dan bazaar diterjah. Banyaklah kain baju dijarah. Layaknya, inilah raya yang mungkin terakhir kali akan diraikan.

Inilah perkara yang perlu diawasi. Islam menganjurkan kita agar berhemah atau berpada-pada dalam berbelanja. Bersederhanalah! Itu yang terbaik, sebagaimana sabda nabi: “Sebaik-baik pekerjaan itu adalah yang pertengahan (sederhana),” (hadis riwayat Dailami)

Pada sisi lain, Allah SWT juga menegaskan: “Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian (Al-Furqan : 67).

Maka, dapat difahami bahawa sikap melampaui batasan dalam berbelanja adalah ditegah oleh Islam. Orang yang bersifat seperti ini boleh sahaja dianggap ekstrimis dalam berbelanja. Jika ekstrimis dalam agama ditegah; maka sama sahajalah dalam konteks berbelanja.

Rasulullah SAW adalah manusia yang amat menyantuni sesama manusia. Maka, moleklah, jika di dalam kemeriahan menyambut hari raya ini kita menauladani akhlaknya rasul. Antaranya, nabi sering menziarahi orang-orang miskin dan memenuhi keperluan mereka.

Pada sisi lain, orang-orang miskin juga berhak meraikan kedatangan aidilfitri. Sebab itulah Islam mewajibkan zakat fitrah, agar dengannya ia dapat memberikan hak keseronokan kepada orang-orang miskin. Tetapi, padankah dengan hanya nilai beberapa ringgit itu untuk membahagiakan hati si miskin?

Jawapannya hampir pasti tidak. Mereka bahkan memerlukan lebih lagi. Jika anak-anak kita menginginkan baju raya, maka demikian jugalah mereka. Jika isteri kita mengidamkan langsir baharu, maka samalah mereka. Jika kita mengangankan kenderaan baharu, maka seperti itu jugalah mereka. Hanya kemampuan yang berbeza membatasi segala.

Maka, apa kata dalam kemeriahan raya ini, kita mencari sebuah keluarga yang miskin. Kita berikan sedikit kegembiraan pada wajah mereka. Caranya, berilah mereka sedikit wang agar dengannya mereka juga mampu membeli apa yang mereka dambakan.

Mungkin tidak secantik baju anak kita, tidak seindah langsir di rumah kita dan tidak pula semampu kita memiliki kereta baharu.

Tetapi, mereka mampu menjadikan hari raya mereka lebih bermakna. Ya, siapa tahu ini juga hari raya yang terakhir buat mereka.

Kesimpulannya, marilah kita lebih waspada dan bijaksana dalam berbelanja. Carilah reda Allah di sela-sela RM yang kita belanjakan. Hari raya ini milik semua, maka sebarkanlah keceriaan kepada setiap yang bernama manusia. Selamat hari raya. Wallahua’lam!

Ramadan, kutunggu hadirmu…
Kesibukan mengunci kebebasan. Jika dahulu saat-saat sebegini, saya ralit melayari blog dan menulis. Kini, keberadaan di posisi Ketua Unit Perhubungan Awam - membataskan semua itu. Sayang melihat blog ini kosong dengan sentuhan Ramadan.

Apa-apa pun, semoga Ramadan pada kali ini menatijahkan yang terbaik buat kita semua, amin ya rabb!

Hadis nabi:

‏ ‏من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

Daripada Abu Hurairah r.a:

“Bahwa Rasulullah saw bersabda: Barang siapa yang mendirikan salat malam bulan Ramadan karena iman dan mengharap rela Allah, maka ia akan diampuni dosanya yang telah lalu ,” (Hadis sahih riwayat Muslim)

Masa Untuk Tunai Zakat Fitrah
Soalan: Bolehkah zakat fitrah ditunaikan sejak awal Ramadan dan bilakah berakhirnya masa menunaikannya?

Jawapan: Ittifaq dalam kalangan fuqaha bahawa zakat fitrah hanya wajib pada Aidilfitri yang beriringan dengan Ramadan. Ia sabit pada dua keterangan Ibnu Umar: “Telah mewajibkan Rasulullah SAW zakat fitrah pada bulan Ramadan,” (Nail al-Authar, jilid 4, hal. 181) dan juga: “Rasulullah SAW telah memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fitrah sebelum orang-orang keluar melaksanakan solat Aidilfitri,” (Hukum Zakat, hal. 959).

Umumnya ulamak fikah mempunyai dua pandangan tentang waktu wajib membayar zakat fitrah. Pertama, ia wajib setelah terbenamnya matahari pada akhir Ramadan. Pandangan ini dikongsi oleh Imam Syafie, Ahmad, Ishaq, Tsuri dan Imam Malik. Kedua, zakat fitrah wajib dengan terbitnya fajar hari raya dan ditunaikan sebelum mendirikan solat Id. Ia didokong oleh Abu Hanifah, Imam Laits, Abu Tsaur dan juga pandangan kedua Imam Malik sendiri.

Dalam pada itu, Imam Bukhari juga menukilkan bahawa Ibnu Umar pernah menyatakan, bahawa para sahabat nabi sendiri pernah mengeluarkan zakat fitrah satu atau dua hari sebelum hari raya.

Pada sisi Syafie, beliau berpandangan bahawa zakat fitrah boleh dikeluarkan sejak dari hari pertama berpuasa pada bulan Ramadan. Ini kerana, sebab kewajipan fitrah adalah kerana berpuasa pada Ramadan. Bahkan pada pandangan Abu Hanifah dan Zaidi, mereka memberikan kelonggaran lebih awal daripada itu, yakni sebelum masuk Ramadan (Hukum Zakat, halaman 961).

Tentang batasan masa, Ibnu Abbas meriwayatkan: “Sesiapa yang menunaikan zakatnya selepas solat (sunat Id), maka ia adalah suatu sedekah daripada beberapa sedekah (yang ada),” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah). Maka, ada ulama fikah yang menyatakan masa tamat zakat fitrah ialah selepas solat sunat Id.

Namun begitu, fuqaha berpandangan bahawa melengahkan Zakat Fitrah sehingga selesai solat adalah dikira sebagai makruh (tidak diutamakan) (Hukum Zakat, hal. 960). Manakala melengahkannya sehingga terbenamnya matahari satu Syawal dikira sudah haram dan berdosa; namun masih wajib dikeluarkan dan pada waktu itu dikira sebagai qada (Ensaiklopedia Fiqh Wanita, hal. 184).

Oleh itu, kesimpulannya masa menunaikan zakat fitrah dibahagikan kepada empat. Pertama, sunat iaitu bermula awal Ramadan. Kedua, wajib iaitu tenggelamnya matahari akhir Ramadan sehingga saat didirikan solat sunat Id. Ketiga, makruh yakni selepas solat Id dan keempat haram, yakni selepas terbenam matahari satu Syawal. Wallahua’lam.

Kedudukan Asnaf Amil
Soalan: Adakah salah sekiranya amil menggunakan wang zakat? Bukankah wang zakat khusus untuk orang fakir dan miskin?

Jawapan: Memang ada yang terkeliru mengenai kedudukan amil dalam pengurusan zakat. Daripada sudut hukum, amil zakat memang berhak kepada harta zakat. Ini kerana, sudah disebut secara terang bahawa amil memang satu daripada lapan asnaf zakat. Ia adalah hukum yang sudah qatie’ (putus) dan bukannya bersifat ijtihad atau khilaf.

Foto sekadar hiasan…

Allah SWT telah menyebut amil sebagai asnaf yang muqaddam (terawal) di samping fakir, miskin dan mualaf  (at-Taubah: 60). Nabi Muhammad SAW juga menyatakan, hendaklah dilayani amil (petugas zakat) itu dengan baik (mafhum hadis riwayat Muslim). Ini menunjukkan, status amil adalah penting dalam pengurusan zakat. Kompetensi amil mempengaruhi keseluruhan perjalanan operasi zakat.

Dalam sejarah, pada zaman Umar al-Khattab r.a, baginda telah menyusun pentadbiran negara dengan baik dan melantik amil secara bergaji tetap. Bahkan diwujudkan amil khas yang bertugas menaksir harta umat Islam. Umar juga mengemaskini Baitul Mal, sebagai gudang pengumpulan harta termasuklah harta zakat.

Semua ini menjadi dalil dan bukti, bahawa amil hendaklah diperkasakan. Apabila amil perkasa, misalnya diberikan imbuhan atau gaji yang selesa, maka mereka dapat menumpukan perhatian kepada kerja-kerja menguruskan zakat dengan lebih efisien. Mereka tidak perlu mencari kerja lain untuk menambahkan pendapatan sehingga mengganggu tugas hakiki mereka sebagai amil.

Namun, Islam memperuntukkan amil hanya berhak sebanyak 1/8 daripada dana zakat yang dikumpulkan. Dengan peruntukan 1/8 itulah amil memanfaatkannya untuk belanja mengurus, membeli aset atau harta dan sebagainya lagi.

Mungkin ada yang mengatakan, apakah perlu para amil dilengkapi dengan alatan canggih. Misalnya, komputer terkini dan kenderaan yang baik?

Sebenarnya, semua ini dibeli dan digunakan oleh amil adalah demi kebaikan seluruh asnaf zakat yang lain. Dengan kecanggihan teknologi misalnya, ia memudahkan proses penyimpanan data asnaf.

Para pembayar zakat juga mendapat kemudahan dengan kecanggihan sistem yang digunakan, iaitu mereka makin mudah untuk membayar zakat. Semua ini dijana dengan peruntukan 1/8 amil.

Kesimpulannya, amil adalah satu tugas yang sangat mulia. Amil adalah satu jawatan yang disebut secara terang dan jelas di alam al-Quran. Amil adalah manusia yang terpilih di kalangan manusia lain. Untuk memastikan usaha menangani kemiskinan dan menyantuni keperluan asnaf yang lain tercapai, amil juga memerlukan sokongan material. Maka, dana zakat itulah yang membantu amil memastikan keseluruhan asnaf zakat terbela nasibnya. Wallahua’lam.

KCB Versi TV di Indonesia!
Aduh…bestnya jika dapat tengok drama ni…ia akan dimainkan di Indonesia sepanjang Ramadan ini.

Negeri 5 Menara
Tajuk: Negeri 5 Menara

Penulis: A. Fuadi

Penerbit: PT Gramedia Pustaka Utama, Indonesia

Jumlah muka: 422

Tahun terbit: Cetakan kelima, Februari 2010

Harga: Rp50 ribu

ISBN: 978-979-22-4861-6

Semasa ke Indonesia beberapa purnama lepas, saya menonton siaran TV ‘Kick Andy’ yang dihoskan oleh Andy F. Noya. Tamunya kala itu seorang anak muda berkaca mata. Mereka membicarakan mengenai sebuah novel. Itulah dia Negeri 5 Menara.

Hakikatnya, saya memang gemar membaca khususnya bahan yang memberikan kelainan. Cerita bukan sekadar cerita; tetapi ada maklumat yang mampu mengesankan jiwa. Itulah Negeri 5 Menara. Sebuah novel tulisan anak muda lulusan sebuah sekolah pondok pesantren moden di Pulau Jawa - Pondok Gontor - namanya!

Dalam kisah ini, kita dihadapkan dengan kisah perjuangan seorang remaja yang terpaksa mematuhi kehendak orang tua. Kos melepasnya, dia harus meninggalkan cita-cita untuk ke sekolah menengah biasa (di Indonesia dikenali Sekolah Menengah Atas atau SMA) dan menguburkan impian menjadi seorang jurutera seperti BJ Habibie - idolanya - mantan Presiden Indonesia.

Alif Fikrie, itulah namanya. Dilahirkan di Kampung Maninjau, sebelah kampung Buya Hamka di Tanah Padang. Beliau adalah citra anak muda Indonesia yang wajar dibanggakan. Berasal dari kampung nan jauh. Bermusafir kelana demi ilmu. Ia kisah benar bagi insan bernama A. Fuadi. Tidak berlebih-lebihan; tetapi mengujakan. Truely it’s very inspiring. Ia memaknakan sebuah dunia dan kesusahan melalui denainya dalam meraih kejayaan. Ia adalah sebuah agenda pembelajaran. ‘Man jada wa jada’ menjadi taruhan. Di mana ada kemahuan, maka di situ ada jalan.

Dilatari sebuah sekolah pondok. Bayangkan, disiplin dan akhlak menjadi taruhan. Tiada nama toleransi sebagai andalan. Tiada nama berlebih-kurang dalam tindakan. Ia berbeza dengan persepsi kuno dunia pondok. Alahai, dengan gurunya yang sentiasa berserban dan berjubah, juga murid-murid atau santrinya hanya berkain pelikat dan berkopiah. Di sini, mereka mengenakan dasi dan kemeja juga wajib mengguna dua bahasa - Inggeris dan arab. Tiada ketiga melainkan denda. Tidak hairanlah, bahasa lulusan pondok moden Gontor ini memang tangguh. Teringat saya semasa menadah kitab di Madrasah an-Nuriyah dahulu, ustaz kami sentiasa berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan anak-anak muridnya. Dan dia memang lulusan Pondok Gontor inilah.

Kita akan berhadapan dengan enam orang sahabat. Mereka adalah subjek yang membawa sisi cerita masing-masing. Setiap orang ada laranya. Namun mereka saling berkerjasama. Mereka juga saling berkongsi cita-cita. Melakar awan gemawan menjadi peta. Tempat indah yang menjadi impian mereka. Itulah lima menara - Amerika Syarikat, London, Kaherah, Jakarta dan Madinah.

Mereka berhempas-pulas. Tidak pernah culas. Kita bisa terkesima dengan kisah mereka. Andai kita punya anak-anak, wajarlah mereka menghayati novel ini. Ia menghidupkan. Membakar semangat juang. Tiada jalan pintas untuk naik ke pentas kejayaan; melainkan langkah pertamanya ialah kesusahan.

Tanpa curiga, saya mengangkat ibu jari dan menyisipkan lima bintang buat novel ini. Ia bukan sekadar sebuah karya memenuhi kisah nostalgia seorang manusia - malah ia memaknakan sebuah perjuangan mengejar cita-cita. Maka, bacalah!

Last day my stay @ Promenade Hotel
27 Julai 2010 - Alhamdulillah, kejap sahaja lagi kami akan check out dan lepas itu akan gerak ke air port. Enam hari menghitup udara Sabah…rindu pula udara di Kepong Indah. Sepanjang percutian dalam kerja ini, banyak perkara yang boleh saya kongsikan…paling menarik kerana saya sempat berkongsi ilmu dengan masyarakat Sabah di sebuah masjid di daerah Tuaran. Terima kasih Anuar Ali - karib saya semasa di UKM yang membawa saya dan Insya-Allah saya akan berkongsi kisahnya nanti.

Begitu juga, pengalaman memandu sendiri ke Kundasang dengan kereta sewa, juga menarik untuk diceritakan…

Apa-apa hal pun, saya agak sibuk melayani pelbagai panggilan telefon dan e-mail…Utusan, Sinar harian dan Midi sentiasa mengejar saya…he…he…jika idak, teman leha…ater paham ke ‘leha’…leka le tu.

Okay, permisi dahulu…

-Promenade Hotel,KK

+-12.07 pm

Memesrai orang Kampung Patagas, Sabah
22 Julai 2010 - Saya, Marul dan dua anak kami - Abang Yang dan Hanim - terbang ke Sabah. Pertama kali ke saya sini ialah pada tahun 2007. Buat kali ini, insya-Allah, enam hari kami di sini.

Penerbangan MH 1268 kami mendarat jam 6.10 petang. Suasana sudah kelam diserkup malam. Mujurlah Azmari, menantu jiran kami - En. Harun - di Kepong Indah yang baik hati dan peramah, sedia menyambut ketibaan kami di lapangan terbang.

Lega hati disambut begitu, jika tidak pasti kami kelam-kabut juga mencari hotel untuk bermalam nanti.

Azmari tinggal di Kampung Patagas, hanya terletak kira-kira 2 KM dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Lalu, kami hanya mengambil perjalanan kira-kira 10 minit sahaja untuk tiba ke rumahnya. Pengalaman masuk ke kawasan perkampungan orang Sabah, memberikan sedikit perbezaan. Rumah mereka sedikit berbeza dengan rumah orang Melayu di Semenanjung. Kebanyakannya rumah bertiang dan berdinding papan, kedudukannya pula rapat-rapat dan senibinanya tidaklah mempunyai ciri-ciri khusus, seperti beratap melengkung bagi orang Minang atau berbumbung limas bagi Melayu Semanjung.

Bapa Azmari, seorang imam rawatib di masjid Kampung Patagas dan juga seorang pesara Telekom, menyambut kami dengan hangat. Begitu juga ibunya, hangat menyambut kami. Kemesraan yang diberi, membuatkan kami tidak terasa begitu janggal untuk berbual bersama mereka. Kendatipun adakalanya mereka berbicara dalam ‘bahasa daerah’ yang menyebabkan saya hanya mampu mendengar tanpa memahaminya, namun mereka sangat menjaga kami sebagai tamu mereka.

Rumah mereka juga agak besar dan selesa, bahkan kami turut diminta menggunakan bilik ‘pengantin’ untuk bertukar pakaian dan tidur nanti. Azmari dan Ayu (merekalah sebenarnya pengantin), pula menggunakan bilik lain. Bimbang juga kedatangan kami mengganggu, tetapi Azmari berkeras agar kami menggunakan biliknya untuk tidur. Bahkan mereka turut memberikan sebuah kipas angin besar agar kami tidur dalam kedinginan nanti.

Makan malam ini bagi saya sungguh menyelerakan. Kami dihidang sejenis makanan tradisi orang Melayu Sabah, iaitu buah macang (atau disebut kuinin atau bacang) yang dijeruk asin dengan sambal khas. Juga ikan tongkol goreng, sayur pakis dan sayur air. Ayam juga ada. Kata bapa Azmari, udang yang dijadikan rampai dalam sayuran itu baharu sahaja ditangkap di pantai berdekatan. Wah! Padanlah rasanya begitu manis dan sedap sekali…kami makan sehingga kekenyangan.

Dalam perbualan lanjut kami, di sini sudah menjadi satu tradisi untuk menyambut sesuatu majlis perkahwinan dengan penuh kemeriahan. Sebenarnya, mereka sedang bersedia untuk melangsungkan majlis pernikahan Azmari dan Ayu (yang sudah pun diakad-nikahkan di Kepong pertengahan Jun lalu) pada 31 Julai ini.

Biasanya, seminggu sebelum hari kenduri, setiap malam mereka akan memainkan alat muzik tradisi dan majlis itu dinamakan ‘bertitik’. Adik Azmari siap menunjukkan rakaman videonya kepada saya. Majlis ‘bertitik’ itu akan diadakan sehinggalah ke malam ‘berinai’, yakni esoknya hari kenduri. Bagi memeriahkan majlis, mereka juga masih mengekalkan acara berzanji dan berawi - marhaban. Majlis kenduri juga sepenuhnya turut disediakan secara gotong-royong. Di tempat memasak, siap disediakan tempat tidur sementara, agar tukang masak boleh berehat jika penat memasak.

Saya maklumkan, bahawa di semenanjung semakin pupus acara tradisi seperti itu. Gotong-royong kini diganti dengan katering. Ya, majlis marhaban sendiri makin hilang tarikannya. Orang-orang muda kurang berminat menjadi generasi penerus. Mereka lebih suka berkaraoke daripada berselawat ke atas nabi.

Hujan agak galak turun di sini. Kami berbual hingga agak larut malam. Esoknya - Jumaat, 23 Julai 2010, saya dan famili akan ke Promenade Hotel. Acara Marul menilai tesis pelajar eksekutifnya adalah pada Sabtu dan Ahad. Azmari mencadangkan kami ke Kundasang. “Tidak sempurna jika tidak ke Kundasang…” Demikianlah kira-kiranya dia menegaskan. Kami juga bercadang untuk ke beberapa lokasi lain lagi dalam kunjungan kami ke Sabah pada kali ini, Insya-Allah…