Miliki Syamil Quran The Miracles
New Page 1
New Page 1
Dirikanlah solat untuk mengingatiku-Thaha 20: 14
|
Hari ini saya ke ILIM di Bangi. Dahulu, saya adalah peserta bagi kursus anjuran ILIM. Kini, saya sering dijemput menyampaikan kuliah kepada peserta kursus pula. Pagi tadi, saya diminta menyampaikan kuliah bertajuk ‘Zakat pendapatan: Konsep dan perlaksanaannya.’
Teringat saya, dahulu semasa mula-mula memasuki Pusat Zakat Selangor…saya buta tentang zakat. Maksud buta di sini, saya hanya mengetahui [...]
Hati yang baik dan penuh ketulusan membuat seruan, insya-Allah mampu menundukkan hati orang yang diseru. Serulah daripada hati, di situ ada cinta sejati!
Dr Lukman Abdul Mutalib, dosen saya di dalam Kursus Diploma Syariah di UM ada berpesan: “Dalam usaha dakwah, tumpulah kepada hati. Apabila hati dapat ditundukkan, maka seluruh tubuh dapat ditawan.” Maka teringat saya pada [...]
Dakwah adalah tugas mulia lagi terpuji. Namun, bukan semua orang mahu menggalas kerja dakwah ini. Ada yang skeptikal, kononnya menyarung jubah dakwah seolah-olah menghampiri garisan ekstrimisme dalam Islam. Ada yang berpandangan, kerja dakwah adalah kerja para asatizah, kerja pak imam dan tok qadhi. Kerja dakwah ini mesti masuk kumpulan tertentu. Astaghfirullah…itulah salah faham dalam konsep [...]
Artis di Malaysia mempunyai sisi yang tersendiri dalam kehidupan masyarakatnya - khususnya muda-mudi dan tua-tui yang akrab dengan hiburan. Media massa memberikan mereka ruang yang selesa. Kisah mereka mengatasi kisah cendikiawan apatah lagi agamawan. Kematian salah seorang daripada mereka sering diberikan liputan besar berbanding matinya seorang ahli agama.
Pihak kerajaan juga memberikan ruang yang selesa kepada [...]
Saya mengajak beberapa orang sahabat di asrama untuk sama-sama menyertai Jemaah Tabligh. Kiranya, saya adalah karkun yang pro-aktif. Saya berjaya menarik beberapa orang kawan, antaranya yang saya masih ingat ialah Mohd Faizal. Tapi, saya paling aktif. Bahkan penyertaan saya ke dalam jemaah ini juga menyebabkan sesetengah orang merasa terkejut. Kenapa ya?
Ya, sebelum saya disapa bayu hidayah sehingga [...]
Sepanjang menyertai Jemaah Tabligh, saya bagaikan tersedar bahawa Islam adalah suatu agama yang istimewa. Sepanjang usia saya sejak kecil sehingga remaja, saya tidak faham kenapa saya Islam, saya tidak kenal siapa Muhammad bin Abdullah, saya tidak kenal siapa sahabat-sahabat rasulullah dan saya tidak pernah ambil kisah pun. Kehidupan saya sebelum mengenali Jemaah Tabligh, hanyalah sebagai [...]
1987-1989, kala itu usia saya baharu belasan tahun. Setiap hari Sabtu saya suka ke Pekan Lenggong (Pasar Minggu) dan mencari-cari kaset nasyid terbaharu di sebuah gerai milik peniaga berketurunan India dari Taiping. Kala itu, kumpulan Nada Murni adalah pilihan nombor satu. Saya sempat membeli beberapa buah kaset kumpulan ini, dan membesar dengan lagu-lagu mereka, misalnya [...]
Saya tahu, dalam kehidupan ini kita perlu ada panduan. Jika zaman dahulu, umat Islam yang hidup pada zaman nabi, mereka bertuah kerana Rasulullah SAW adalah panduan mereka, role model yang menjadi tauladan sepanjang masa. Apabila mereka ada masalah, maka mereka segera berjumpa nabi dan mendapatkan penjelasan. Tapi, kini nabi sudah tiada dan yang tinggal hanyalah [...]
Lama dahulu, sewaktu saya mula mengenali jemaah, saya amat mengagumi jemaah Tabligh. Jemaah ini, amat menekankan aspek amalan sunnah nabi. Mereka juga amat menyantuni sesama ahli jemaah yang mereka kenali karkun. Waktu itu, tahun 1988, saya merasa nyaman sekali di kelilingi para karkun yang berjanggut panjang, bergamis labuh dan berkayu sugi (gambar bawah ialah Masjid [...]
Pertama kali menyampaikan khutbah, kaki dan tangan saya agak menggeletar. Seram sejuk satu badan. Peluh merenik-renik keluar, telapak tangan sejuk berpeluh. Saya tak tahu wajah saya jadi pucat biru atau kaler apa? Itu berlaku kira-kira pada tahun 2004, di Masjid Jamek al-Amaniah, Batu Caves. Sepatutnya sahabat saya Ustaz Shahafizan yang membaca khutbah, tapi dia menolak [...]
Sewaktu menyampaikan kuliah Zakat Saham dan Pelaburan kepada para peserta kursus Pelaburan Islam di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), saya pernah berhadapan dengan isu pelaburan yang bercampur-baur, antara halal dan haram. Saya menegaskan bahawa, mengikut amalan di Selangor, jika sesuatu pelaburan itu bercampur dengan yang haram maka kami mengambil jalan selamat, dengan meninggalkannya. Jika harta [...]
Tirani? Itulah antara ungkapan yang sering dilabelkan kepada manusia-manusia yang terjajah tubuh badan mereka di dalam penjara, terkurung dalam sangkar besi dan dilarang berasosiasi dengan dunia luar. Wujudkah tirani ini dalam dunia moden kini? Masih wujudkah?
Saya sempat menekuni beberapa buah buku yang berintikan tirani ini. Dua Wajah tulisan Dr Syed Husin Ali misalnya, adalah catatan [...]
|
New Page 1
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Melainkan mereka, yang beriman dan beramal soleh. Serta mereka berpesan-pesan dengan kebaikan dan berpesa-pesan dengan kesabaran."
|
Komen Terbaru