APA YANG NABI KHUATIRKAN?

Oleh: Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid “Seseorang Muslim adalah bersaudara dengan seorang Muslim yang lain. Janganlah kamu menzaliminya, jangan pula menghinanya dan juga jangan merendahkan mereka.” (Hadis riwayat Muslim) Alangkah indahnya pesanan di atas. Ia dinukilkan oleh lidah seorang manusia paling mulia atas dunia, iaitu Nabi Muhammad SAW. Seorang manusia, yang berkata-kata bukan sekadar sebagai

WANITA SYURGA vs WANITA NERAKA

Oleh: Ustaz Hamizul Abdul Hamid Perunding Kanan Dakwah Lembaga Zakat Selangor (MAIS) Ketika mana Nabi Adam a.s diciptakan Allah SWT di dalam syurga, baginda keseorangan. Melihat kepada beburung yang terbang berpasangan, timbul rasa ingin berdua. Allah SWT akhirnya menciptakan Hawa. Dari mereka, kita berasal. Hawa adalah ibu kepada seluruh manusia. Hawa adalah seorang wanita. Hawa

REZEKI: BERKATNYA YANG DICARI

Oleh: Ustaz Hamizul Abdul Hamid Eksekutif Dakwah Lembaga Zakat Selangor (MAIS) Suatu hari saya berdua menaiki kenderaan menuju ke Kelang, Selangor. Saya berbual-bual dengan seorang sahabat, dia seorang ustaz lulusan dari Universiti Madinah. Sering saya mengasah kemahiran bahasa Arab dengannya. Dia lebih fasih daripada saya. Saat itu kami asyik bersembang dan tanpa sedar, memasuki daerah

Percukaian: Perspektif Islam

Oleh: Al-Faqir Ilallah Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid* Eksekutif Komunikasi Korporat Lembaga Zakat Selangor (MAIS) *Artikel ini telah dibentangkan di Persidangan Zakat dan Cukai Kebangsaan, anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) dan Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), pada 31 Disember 2013, Kuala Lumpur. MUQADDIMAH “Isk! Haram! Dalam Islam, mana ada cukai…” Demikianlah mungkin gambaran

Salam Tahun Baru 2013!

Assalamua’laikum wrt… 1. Mohon maaf, mutakhir ini web peribadi saya ini agak kebanjiran pengunjung sehingga melebihi had yang diizinkan oleh pembekal server. Akhirnya saya sendiri pun tidak boleh mengakses ke sini. Insya Allah tahun 2013 ini, saya akan tokok band with limit…tambah duit juga… 🙂 2. Mutakhir ini juga, pelayan alam maya lebih cenderung melayari

ILMU DAN KEPIMPINAN

Apa perasaan anda jika seorang tukang masak, ya…seorang chef terkenal, diminta menjadi tukang membangunkan sebuah rumah? Pendek kata, seorang tukang masak perlu menjadi tukang rumah. Ada dua kemungkinan, pertama tukang masak menolak tugas tersebut, kerana dia bukanlah ahli dalam tukang rumah. Kedua, dia menerima dan dia wajib belajar bagaimana membina sebuah rumah.

‘DEADLINE’ SEDEKAH

Oleh: Ustaz Hamizul Abdul Hamid Eksekutif Komunikasi Korporat Lembaga Zakat Selangor (MAIS) Jika anda menjadi seorang penulis tamu, sama ada di akhbar mahu pun di majalah, maka seringkali mimpi indah anda akan dihantui dengan sebuah SMS atau mel elektronik (e-mail). Bunyinya ringkas sahaja: ‘Sila hantar bahan segera, deadline anda ialah…’

PUNCA REZEKI TERHALANG

“Saya hairan, nak kata saya ini pemalas, tidak. Nak kata saya ini bodoh, belajar sampai universiti. Nak kata saya ni hodoh, wajah macam selebriti. Nak kata saya tak kenal ramai orang, tidak juga. Ramai juga kenalan saya berpangkat, bergelar datuk. Bahkan ramai juga kenalan saya, merupakan usahawan dan ahli perniagaan yang berjaya. Ada yang baharu

MENATA PENGURUSAN KEWANGAN

Salah satu ilmu yang amat penting bagi setiap orang, ialah ilmu mengurus kewangan. Sebagai umat Islam, mengurus kewangan bukan sekadar menentukan apakah yang perlu dibeli esok atau sekarang; malah melampaui hingga ke alam barzakh juga menjangkau hingga ke jannah. Pendek kata, merancang kewangan untuk sejahtera dunia dan akhirat.

KPI SEORANG MUKMIN

(Kredit foto: hasizu.blogspot.com) Dunia hari ini, di mana-mana orang bicara isu kompetensi, intergriti, piawaian dan kualiti antarabangsa dan sebagainya lagi. Bahasa mudahnya, ia mengenai kecekapan dalam menyelesaikan kerja. Natijah semua ini, adalah demi mencapai sasaran, tidak kiralah sama ada sasaran organisasi mahu pun pun individu. Demi mencapai sasaran ini, maka ditetapkan apakah unjuran komitmen yang

TUGAS KITA MEMPERMUDAHKAN

Dalam Islam, setiap urusan hendaklah dipermudahkan. Bukan dari ajaran Islam jika ia menyusahkan orang lain. Allah SWT menukilkan di dalam firman-Nya: “Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu,” (al-Baqarah: 185)

BERTUDUNG ITU SATU PILIHAN?

Teringat saya zaman persekolahan. Seorang kenalan perempuan, enggan mengenakan tudung. Bila saya tanya dari hati ke hati, jawapannya begini: “Mizul, jika mahu bertudung, maka saya mahu ia datang dari hati saya sendiri. Ikhlas. Tidak kerana disuruh orang. Jika saya menyarungnya di kepala; tetapi kerana terpaksa, apalah maknanya.”

MEMUPUK IMAN DAN TAQWA

Bayangkan. Sebuah institusi Islam. Tugasnya menegakkan rukun Islam. Mengajak orang patuh perintah Allah. Bantu-membantu orang susah. Namun, sayangnya, para warganya kurang cakna dengan iman dan Islam. Tidak berjiwa Islam. Kurang sensitiviti terhadap agama. Melakukan kerja hanya kerana ia adalah kerja. Maka, bagaimanakah caranya ‘memupuk iman dan taqwa?’

Salam tahun baru masehi 2012!

Semoga kita meladeni tahun baharu ini dengan lebih hati-hati, merencana diri dengan lebih teliti demi kejayaan yang jauh lebih bererti!

PEMIMPIN, BICARA BIAR BERILMU

Selalunya manusia akan membuat keputusan berdasarkan akal pemikiran. Akal tidaklah sehebat mana, sehinggalah datangnya ilmu yang memimpin akal menuju kejayaan. Akal yang terpimpin ilmu bakal membawa kesejahteraan. Sebaliknya, jika akal dipimpin nafsu, akan memporak-perandakan keadaan.