NEW: DAHULU AKU MISKIN

“Kamu pernah miskin?” Tanya Aman. “Pernah.” Jawabku pendek. “Miskin itu bagaimana?” Tanya Aman lagi. Dia anak pegawai JKR. Bapanya punya kereta besar. “Miskin itu payah. Serba-serbi terbatas.” Jelasku lagi. “Apa yang terbatas?” Kurang faham barang kali, Aman terus menyoal. Aku termenung sejenak. “Aman, masa zaman budak-budak, kamu suka basikal?” Aku balik bertanya. “Mestilah. Papa belikan

Opah

Semalam, Atih Mat suami ibu saudara saya menelefon… “Ju, ada Atih Juriah telefon?” “Tiada.” Balas saya. “Opah di kampung sakit, tadi Atih Juriah call, dia nangis…” Saya terkesiap! Teruk ke sakit opah? Baharu saya sedar, agak lama juga saya tidak berkomunikasi dengan opah. Lalu saya bergegas menghubungi Acik Nab di kampong, opah tinggal bersama dengannya

KENANGAN SABTU & AHAD

Nota: Ini catatan lama saya di blog U-HAH.blogspot.com pada 30 Jun 2008…tersengih saya membacanya… *** Hari Sabtu yang menarik juga saya lalui. Pagi, seputar jam 9.30 saya dan dua anak ke sekolah rendah, ada gotong royong. Sekolah anak saya di dalam kawasan rekreasi, iaitu FRIM. Lokasinya menarik. Dikelilingi alam yang hijau. Ada anak kali mengalir

KISAH RAYA, SAYA & OPAH

Alhamdulillah, selamatlah sudah kita melalui Ramadan dan selamat juga meladeni 1 Syawal. Sayang sungguh, pagi 1 Syawal yang lalu, saya ditimpa sakit perut, memulas-mulas…penyudahnya, saya terpaksa mengunci diri dalam tandas masjid. Tidak sempatlah saya bertakbir puas-puas sebelum solat didirikan.

Nukilan Untuk Abang Long 2

(Foto terbaharu along, kanan, berbaju biru tahun 2011 bersama teman sekolahnya) Inilah malam pertama anak sulongku, Iqbal Hidayat berpisah dalam erti kata yang sebenarnya. Sebelum ini, memang aku dan anak-anak sering berpisah. Adakalanya atas nama arahan bertugas di luar daerah. Boleh jadi kerana urusan keluarga. Atau kerana aku melancong dalam masa yang agak lama. Pernah

Nukilan untuk Abang Long

(Foto: Along, Mak Yang dan Abang Yang pada 11 Ogos 2007, kala Along berusia 9 tahun) Satu ketika dahulu, kira-kira 13 tahun yang silam, saat isteri saya mulai mengandungkan seorang anak, saya dan isteri mulai bertadarus al-Quran. Kami memasang azam dan niat, saat kandungan di usia muda, kami akan membaca al-Quran bersama dan akan mengkhatamkannya,

Mencari ketenangan di kampung halaman

Kala terdengar lagu-lagu yang bernuansakan kedesaan (misalnya Di Desa Kasihku Tertumpah nyanyian Datuk D.J Dave dan Desa Tercinta nyanyian Nora atau Balik Kampung dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad), jiwa saya selalu meronta-ronta untuk segera pulang ke kampung halaman. Terbayang sudah di pelupuk mata akan kehijauan alam rimba yang memagar kampung, aliran air sungai yang

Kehadiran si comel keenam

Salam buat insan baharu. Yang kelahirannya ditunggu-tunggu. Alhamdulillah, 28 Februari 2011 lalu, putera saya yang keenam mengibarkan suara nyaringnya di kuping saya dan isteri. Lantas saya dukung, lalu azan berkumandang diiringi iqamat menyapa pendengaran. Ilham Huzaifah membalas dengan renungan mata. Dia mendengar dengan sopan. Suara itulah, seruan membesarkan Tuhan. Saya tancapkan ke gegendangnya, langsung membenam

Walimatul Urus Ecah

Sabtu dan Isnin minggu lalu (4 & 6 Dis 2010), adalah hari-hari kenduri pernikahan adik saya, Nur A’isah atau panggilan dalam famili Ecah. Teringat saya, dahulu adik-adik saya ini kecil-kecil belaka. Sewaktu saya melangsungkan pernikahan pada tahun 1998, mereka semuanya masih di alam persekolahan. Kini, seorang demi seorang adik-adik saya memasuki gerbang pernikahan. Ecah atau

Kucing-kucingku…

Entah kenapa, saya amat meminati kucing. Sedari kecil, saya menjadikan kucing teman setia. Dahulu, kucing saya bernama Beleh. Memang beleh sungguh kucing saya itu…kurus melidi sahaja. Oh ya, ‘beleh’ bagi orang sebelah utara bermakna ‘tidak bermaya, kurus dan tidak cergas.’ Beleh ini punyalah setia kepada saya. Sayangnya, setiap kali dia beranak, maka anaknya tak pernah

Ada apa di kampung?

Menjelangnya Tahun Baru Cina ini, maka bermakna blog ini juga akan direhatkan sementara waktu. Itulah kekurangan dengan Streamyx, tak boleh nak bawa balik kampung. Berbanding masa guna Celcom Broadband dulu, hantar assignment pun buleh bila dead line dah dekat, sambil meniarap atas toto kat kampung je hantor ke editor. Tapi apa nak buat, tahap kefungsian

Gong Xi Fa Chai

Sudah lama tidak pulang, Hati rindu bukan kepalang; Wajah mak abah atuk nenek sudah terbayang, Siang-malam terkenang-kenang. Main mercun dan tanglung besar, Tradisi orang cina berhari raya; Jika mereka ada makan besar, Kita pula ada makan bersama. Kereta baru lagi berkilat, Dari jauh nampak memancar-mancar; Tak kira jauh ataupun dekat, Apabila memandu hendaklah sabar. Apek

Terkenang Semasa Dulu… ‘Abang Yang’

Saya punya empat anak, dua lelaki dua perempuan…dua pasanglah. Along paling cool, mungkin sebab dia anak sulung, lagi satu dia suka berimaginasi dan suka membaca…sama macam abi dialah (he…heh…). Abang Yang pula anak yang paling banyak mulutnya setakat ini. Dia pandai ambik hati orang, bermulut manis dan pandai bercerita. Waktu kecil dahulu, saya rasa Abang

GAMBAR2 KENANGAN 2009

 <<1. Abang Long dan Abang Yang ikut serta dalam tadarus sepanjang Ramadan 2009 2. Membawa Abang Long dan Abang Yang ke pasar…biar deme tau sikit susahnye nak membeli sayur-mayur…>>  

Banyak yang nak diceritakan…

Musim cuti persekolahan ini, banyak yang nak diceritakan. Awal cuti lagi, kami sekeluarga sudah bercamping di Port Dickson…memang best dan inilah first time saya dan keluarga bercamping bersama di tepi pantai. Adik saya, Ecah juga bertunang pada Hari Raya Kedua Aidiladha kelmarin. Kemudian pada 9 – 11 Disember, kami ke Cameron Highlands pula…pun seronok. Saya