Miliki Syamil Quran The Miracles
New Page 1
New Page 1
Dirikanlah solat untuk mengingatiku-Thaha 20: 14
|
Tidakkah kita merasa pelik, kenapa manusia hanya ghairah pada malam-malam permulaan Ramadan. Surau dan masjid melimpah. Saffnya penuh dengan jemaah. Ada yang terpaksa memasang khemah. Ada yang sejadah melintang di atas jalan. Begitulah hebatnya pada awal Ramadan.
Entah mengapa, manusia itu hanya ghairah pada tahap permulaannya sahaja. Menjelang minggu kedua Ramadan, manusia yang meruah dan melimpah [...]
Oleh: Dr MAZA
kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju…
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara…
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja…
kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta…
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta…
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam [...]
Semalam, majlis akad nikah Muzammil dan Hidayah di Temerloh, Pahang. Abang ipar saya berpulang dari Sarawak. Malamnya langsung singgah ke rumah saya di KL.
“Wah! Ke Indonesia tak bagi tau…” Abang ipar saya, Jiwa Rasa mengomel seru…dia memancing, jika saya menyahut, bisa jadi perbualan.
(Gambor sebelah…abang ipor teman yang malu-malu tu le…)
“Di Indonesia, seronok. Paling menarik, bukunya [...]
Di dalam dunia hari ini, kita sering teruja apabila didedahkan dengan barisan manusia terkaya di dunia. Harta kekayaan mereka mencecah jutaan dollar Amerika bukan lagi Ringgit Malaysia. Bahkan ada yang tidak terhitung lagi banyaknya. Hidup mereka pula disaluti kemewahan dunia yang amat berkilauan dan mereka menjadi idola kepada ramai orang lain. Kayanya mereka, sehinggakan ada [...]
Sahabat merangkap anak sedara sepupu sebelah zaujah saya, Naza memasukkan azan yang indah di Mekah. Saya memasangnya dan hati saya lirih mendengarnya. Sungguh…gema azan memang menggoncang kalbu bagi orang yang mahu mengambil faedah daripadanya.
Jika kita menelusuri saat Bilal bin Rabah r.a dikerah oleh Rasulullah SAW agar memanggil manusia untuk solat di Madinah, Bilal keliru. Bagaimanakah [...]
Pernahkah anda mengalami konflik? Ya, konflik atau makna lain pertentangan atau pertembungan dua pihak atau dua kepentingan, sering melemaskan. Kita mungkin sahaja bisa mengkhatamkan buku-buku mengenai metod berkesan menangani konflik; tetapi belum tentu segala macam teori di dalam buku itu dapat diaplikasikan dengan jayanya.
Saya sendiri sering berhadapan dengan konflik. Ada sesetengahnya, gagal saya selesaikan dan terbiar [...]
Hmmm…pening kepala saya dengan pelbagai isu yang ntah apa-apa sekarang ni. Duduk kat institusi agama, bila jadi macam ni, orang akan tanya kita. Jawab kena hati-hati, biar salah di sisi manusia tapi benar di sisi Allah. Yang terbaru…orang non-muslim pulak tak boleh masuk ke dalam masjid…aduh…pening-pening…nampak gayanya, makin lama memang menambah pening!
Okay…kita lari topik sat. [...]
Anak-anak adalah cerminan kita sebenarnya. Baik akhlak mereka melambangkan asuhan yang diberikan oleh ibu dan bapa dan sekaligus melambangkan akhlak ibu bapa. Hai…bukan senang nak didik anak. Kehidupan zaman moden ni, pancarobanya banyak sungguh. Tak menang tangan untuk kita tanganinya.
Sebagai ibu bapa muda…ceh…perasan muda le pulak…he…he…kira mudalah lagi sebelum masuk usia 40, maka saya selalu [...]
Alhamdulillah, raya dah bersambut, kampung dah pun dijengah, ibu ayah dah pun bersalam berpelukan dengan anak dan cucu, sanak saudara dah pun dapat raya bersama…ha…le ni perut teman ni, udah rase buncit lain macam je…confirm kena puasa ni!
Teringat satu masa dulu, saya puasa enam last minute…penyudahnya, orang lain puasa enam…saya, puasa lima! Hah…amik, siapa suruh [...]
Semalam di surau, kami sudah pun mengadakan Majlis Khatam al-Quran. Seronok sangat kerana pada tahun ini juga, dua anak lelaki saya turut sama membaca al-Quran. Bagi saya, kejayaan melentur peribadi dan akhlak anak-anak adalah dakwah terbaik kepada masyarakat. Jika kita asyik bercakap mengenai kepentingan mendidik anak-anak; tetapi anak sendiri pun ‘hampeh’…maka kita ‘gagal’ daripada satu [...]
Salam Ramadan! Adakalanya, saya pelik dengan kelaku sesetengah manusia yang enggan meraikan Ramadan, yang datangnya hanya setahun sekali, dengan sambutan yang paling hangat sepatutnya mereka beri. Ada yang menghadirkan diri untuk berjamaah, alhamdulillah. Namun, masih ramai yang enggan berubah. Rumah Allah dipandang sebelah mata sahaja. Mereka lalu di hadapannya; mereka lintasi jalan di tepinya, tapi [...]
Masa kecil-kecil dahulu, saya tidak pernah merasa kasih-sayang daripada seorang abah. Maka, alang Yusof - anak opah adik emak yang ketiga - menjadi galang gantinya. Saya begitu manja dengan alang. Alang juga sangat memanjakan saya. Alang gendong saya masuk hutan redah sungai. Alang peluk saya waktu tidur malam. Alang cempung saya atas basikal dan pusing-pusing [...]
|
New Page 1
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Melainkan mereka, yang beriman dan beramal soleh. Serta mereka berpesan-pesan dengan kebaikan dan berpesa-pesan dengan kesabaran."
|
Komen Terbaru