BERANI DEMI MASA DEPAN

Oleh: Hamizul Abdul Hamid Eksekutif Komunikasi Korporat Lembaga Zakat Selangor (MAIS) Dia murah memberikan senyuman dan dalam kesibukan melayan pelbagai karenah pelanggan, dia masih sempat menguntukkan waktu berbual santai bersama penulis, demi berkongsi kisah suka duka kehidupannya. Dia adalah Norsuziana bt Abdullah, 40 atau lebih mesra disapa Zie, yang pada kali ini tampil menghiasi ruangan

ZAMRI BANGKIT SELEPAS JATUH

“Dahulu, kira-kira tahun 2007, selepas berhenti kerja daripada sebuah kilang, saya mendapat wang pampasan yang boleh tahan juga banyaknya. Dengan wang itu, saya buka perniagaan sebagai stokis kepada suatu produk jualan langsung. Mula-mula memanglah kencang; kemudian apabila pelanggan mula berubah arah, perniagaan saya pun jatuh.”

PAU GEBU-GEBU HAILMI

“Satu malam setelah penat menguli berkilo-kilo tepung, saat menunggu pau masak di dalam periuk kukus, saya terlelap. Hanya sebentar, itu pun dalam keadaan duduk dan menyandar. Sedar-sedar, anak saya menjerit ketakutan. Api sudah marak membakar dapur dan kuih pau saya hangus. Semuanya, berlaku dalam sekelip mata dan saya kerugian lebih RM1,000.”

SPA AL-KHAUTSAR KEBANGGAAN FAUZIAH

“Ustaz, datanglah ke kedai saya yang baru. Sekarang saya sudah berpindah ke tempat lain.” Saya menerima panggilan daripada Fauziah Masutan, 38, seorang usahawan wanita asnaf zakat yang membina perniagaan SPA dan kecantikan.

SAMBARUNDING PUTERI

Oleh: Hamizul Abdul Hamid Eksekutif Komunikasi Korporat Lembaga Zakat Selangor (MAIS) Dia kelihatan begitu ceria, teruja dan bersemangat menceritakan perniagaannya. Jelas, dia memang positif dengan kehidupan. Tidak lokek berkongsi idea, wawasan masa depan dan apa yang sedang dilakukannya. Apabila ditanya, apakah tangkal azimat yang menjadi pegangannya, dia dengan yakin menyatakan: “Musibah itu indah, yang sudah

YAKIN REZEKI BERNIAGA

DIA selesa membina tapak perniagaannya di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor. Hanya dengan sebuah lori kecil berwarna hijau yang pada awalnya diberikan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS), dia menyambung usaha membayarnya secara ansuran bulanan.

ZIKRA 2.0, KENANGAN MANIS BERSAMA ASNAF

30 NOV – Hampir 80 orang peserta daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Koperasi Angkasa dan wakil-wakil media, iaitu Bernama Radio 24, Berita Harian, Utusan Malaysia, Sinar Harian dan TV al-Hijrah telah menyertai Program Ziarah Korporat dan Media Bersama Asnaf (ZIKRA 2.0) yang diadakan buat kali kedua pada tahun ini. Kira-kira 20 orang kakitangan Lembaga Zakat

NIZAM ASNAF BERBAKAT

Oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid Eksekutif Komunikasi Korporat Lembaga Zakat Selangor (MAIS) Kelelahan penulis menuntasi perjalanan dari Shah Alam terasa buyar apakala menikmati saujana pemandangan sawah padi yang menghijau di Sungai Besar. Padi sedang menguning dan jalanan kampung yang damai menenangkan minda. Akhirnya kami sampai ke sebuah rumah kayu. Binaannya sederhana, tetapi memukau. Dihiasi dengan

Kisah Asnaf buat renungan bersama

Nota: Kisah ini dipaparkan di Utusan Mega hari ini dengan tajuk ‘Kedai Jahit Punca Rezeki’  Oleh Hamizul Abdul Hamid Eksekutif Komunikasi Korporat Lembaga Zakat Selangor (MAIS) Menelusuri kisah asnaf kadangkala menimbulkan rasa kekaguman, pada sosok tubuh yang zahirnya lemah namun mampu menghadapi ujian demi ujian. Bukan mudah menanggulangi sebuah kehidupan andai seorang lelaki tempat pergantungan

Aku bukan peminta

Nota: Kisah ini telah disiarkan di Utusan Dalam keredupan pepohon sawit yang rimbun, di situ dia membina kehidupannya. Menternak ayam hasil pemberian modal oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS), Azhar, 41 (bukan nama sebenar) mengusahakan projek ternakannya dengan penuh semangat. Jejak Asnaf pada kali ini berusaha mencungkil ketegaran semangat beliau, untuk dikongsi bersama para pembaca. “Saya

Dobi Point Bantu Rohaya

Nota: Artikel ini disiarkan Utusan pada 2 Dis 2010 “Persaingan memang ada. Tapi saya utamakan servis kepada pelanggan. Maklumlah, hari ini kedai dobi makin banyak dibuka di mana-mana.” Demikianlah prinsip perniagaan Puan Raja Rohaya Raja Anuar, 51 yang kini mengusahakan kedai Dobi Point di bawah Skim Bantuan Modal Perniagaan, Lembaga Zakat Selangor (LZS). Beliau mengorak

“Jangan gelisah; tapi berusahalah” – Saloma

Nota: Artikel ‘human interest’ ini disiarkan di Utusan, 11 Nov 2010 “Ketika mula-mula diberhentikan bantuan zakat; hati saya kecut. Jiwa terasa jera. Bolehkah saya meneruskan kehidupan. Tetapi, seorang kawan yang sudah pun dikeluarkan daripada senarai asnaf miskin, memberikan perangsang. Dia berkata kepada saya, jangan rasa gelisah; tetapi hendaklah berusaha!” Demikianlah secebis bicara Puan Saloma Tan,

“Saya nak ikut Rasulullah” – Hanafi

Nota: Tulisan ini disiarkan di Jejak Asnaf, Utusan Mega, 28 Okt 2010 Musim haji yang menjelang diikuti Hari Raya Korban, membuatkan minda penulis teringat kepada seseorang. Beliau adalah Hanafi Pai’man, 40 salah seorang asnaf zakat di Meru, Klang, yang pernah penulis temui beberapa waktu yang lalu. Masakan penulis boleh melupakan lelaki ini, justeru beliau pernah

“Lantera LZS Sinari Kami”

Nota: Tulisan saya ini disiarkan di dalam Mega Utusan hari ini. Saudara baru atau mualaf adalah asnaf yang utama di dalam zakat. Mereka disebut oleh Allah SWT pada posisi keempat selepas fakir, miskin dan amil. Menyantuni mualaf juga merupakan keutamaan di sisi Rasulullah SAW. Bahkan pada zaman dahulu, mualaf bukan sekadar mereka yang baharu memeluk Islam;

“JANJI KITA TAK LUPA ALLAH”

Nota: Pada Khamis, setiap dua minggu sekali saya menulis bagi ruangan Bicara Agama dengan kisah asnaf yang dinamakan ‘Jejak Asnaf’ di Sisipan Mega Utusan. Insya-Allah, saya akan memasukkan artikel berkenaan ke dalam blog ini agar ia dapat dimanfaatkan bersama oleh para pembaca budiman. Walau bagaimanapun, versi yang dimuatkan di sini adalah berbeza dengan versi cetakan,