Miliki Syamil Quran The Miracles
New Page 1
New Page 1
Dirikanlah solat untuk mengingatiku-Thaha 20: 14
|
27 Julai 2010 - Alhamdulillah, kejap sahaja lagi kami akan check out dan lepas itu akan gerak ke air port. Enam hari menghitup udara Sabah…rindu pula udara di Kepong Indah. Sepanjang percutian dalam kerja ini, banyak perkara yang boleh saya kongsikan…paling menarik kerana saya sempat berkongsi ilmu dengan masyarakat Sabah di sebuah masjid di daerah [...]
22 Julai 2010 - Saya, Marul dan dua anak kami - Abang Yang dan Hanim - terbang ke Sabah. Pertama kali ke saya sini ialah pada tahun 2007. Buat kali ini, insya-Allah, enam hari kami di sini.
Penerbangan MH 1268 kami mendarat jam 6.10 petang. Suasana sudah kelam diserkup malam. Mujurlah Azmari, menantu jiran kami - [...]
12 Julai 2010 - Hari ini adalah hari terakhir kami di bumi Mekong ini. Saat saya mengetuk kekunci note book ini, kami sedang menanti penerbangan AK 275 yang dijangka berlepas ke KLIA sekitar jam 14.35 waktu Kemboja.
Sebenarnya, masih banyak yang belum kami sempat terokai di sini. Khususnya mengunjungi tempat-tempat bersejarah Kemboja. Negara ini adalah negara [...]
11 Julai 2010 - Hari ini kami bercadang untuk ke Seam Reap, kerana di sanalah terletaknya Angkor Watt. Angkor Watt adalah kuil Hindu terbesar yang wujud di dunia ini, kata Azlan. Dia beriya-iya mahu mengadakan trip ke sana, walaupun dalam jadual rasmi kami tiada rancangan untuk ke Angkor Watt. “Engkau tahu, tidak sah perjalanan kita [...]
Awal cuti persekolahan ini, saya dan isteri membawa anak-anak berjalan-jalan ke Zoo Negara. Sudah lama benar rasanya tidak ke sana, mungkin sudah masuk 6 tahun. Baguslah, Zoo Negara sudah makin baik berbanding dahulu. Haiwan-haiwannya kelihatan lebih sihat dan segar. Termasuklah kemudahan dan keadaan persekitaran, terasa lebih segar berbanding dahulu…
Ingin saya kongsikan foto-foto menarik kami sekeluarga [...]
Alhamdulillah, ketika saya menaip ini, kami sedang dalam perjalanan ke Bandara Soekarno-Hatta. Dari Institut Pertanian Bogor (IPB) kami diberikan kemudahan bas sehingga ke asrama Kak Ros dan dari situ kami menaiki bas IPB ke Stesen Bas Angkutan Khusus Damri. En Jamil dan Pak Syarif membelikan karcis dengan harga Rp30 ribu setiap orang.
Tadi semasa di IPB, [...]
Hari keenam - 19 Mei 2010
Waktu dan hari keberadaan kami di Indonesia makin ke penghujung. Esok, 20 Mei 2010, kami akan kembali mencumbui awan-gemawan untuk pulang ke Malaysia. Rindu kepada anak-anak sudah membumbu di minda, sudah bercanda di mimpi kami. Moga mereka semuanya sihat, amin.
Pagi ini kami bersarapan di Hotel Bumi Wiyata. Saya dan isteri [...]
Hari kelima - 18 Mei 2010
Hari ini, saya sekali lagi harus mengikut isteri saya ke UI. Sebetulnya, saya boleh sahaja merehatkan diri di hotel; namun saya mahu berjalan-jalan di sekitar kampus UI. Jika boleh, saya teringin menjengah ke rtoko bukunya, walaupun saya sedar wang rupiah saya kian mengepis di dalam dompet.
Hari ini juga kami harus [...]
Hari keempat - 17 Mei 2010
Pagi-pagi selepas mengambil sarapan - hari ini kami dihidangkan dengan nasi uduk; tetapi selera saya kurang mengena dan Hanim nampaknya lebih sedap mengunyah keropok berbanding nasi uduk dan roti berjem yang diberi oleh wife saya - kami harus sedia untuk ke Kampus UI. Sidang pembentangan proposal penyelidikan antara UI dan [...]
Hari ketiga - 16 Mei 2010
Pagi ini kami dibawa ke Masjid Ibu Hj Dian al-Mahri, Depok. Saya dan Marul serta Hanim sudah ke masjid ini tahun lalu; tetapi ramai di kalangan ahli rombongan kami yang belum pernah ke sana. Kami sampai ke perkarangan masjid yang terkenal dengan nama Masjid Kubah Emas ini seputar jam 9.00 [...]
Hari kedua – 15 Mei 2010
Azan subuh berkumandang merdu sekali dari masjid kampus UI. Saya menunaikan solat Subuh kira-kira jam 5 pagi waktu Malaysia dan jam 6 pagi waktu Indonesia Barat. Alhamdulillah, saya sudah tidak terkeliru lagi gara-gara perubahan jam dan waktu seperti tahun lalu. Saya hanya memegang satu formula mudah, jika jam tangan saya [...]
Hari pertama – 14 Mei 2010
Pesawat Boeing 777-222 KL 0809 mendarat selamat di Bandara Soekarno-Hatta. Setelah dicempung langit tinggi melebihi aras 2000 kaki, lega rasanya dapat memijak bumi kembali. Hawa hangat menyambut ketibaan kami di bumi Bung Karno ini. Urusan kemasukan di kaunter imigresen tidak begitu ruwet, Cuma kami harus berdiri dan beratur lebih lama [...]
|
New Page 1
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Melainkan mereka, yang beriman dan beramal soleh. Serta mereka berpesan-pesan dengan kebaikan dan berpesa-pesan dengan kesabaran."
|
Komen Terbaru