My Mertua's Family

Tinjauan

Topik yang paling anda senangi dalam blog ini?

View Results

Loading ... Loading ...

Iklan

Miliki Syamil Quran The Miracles

New Page 1

New Page 1

Anda kini penziarah ke:

Dirikanlah solat untuk mengingatiku-Thaha 20: 14

"Cinta Buku..."

Bicara Zakat: Agihan Zakat Fitrah

Ada pihak menyatakan, zakat fitrah adalah khusus dikeluarkan kepada asnaf fakir dan miskin sahaja. Mereka juga berkata, adalah menjadi satu  sunnah untuk memberikan zakat fitrah terus kepada penerima. Benarkah pendapat ini?
Jawapan: Memang ada ulama’ yang berpendapat bahawa zakat fitrah ini khusus bagi fakir dan miskin. Mereka menyandarkan pendapat tersebut kepada sebuah hadis Nabi SAW: “Penuhilah [...]

Masa Untuk Tunai Zakat Fitrah

Soalan: Bolehkah zakat fitrah ditunaikan sejak awal Ramadan dan bilakah berakhirnya masa menunaikannya?
Jawapan: Ittifaq dalam kalangan fuqaha bahawa zakat fitrah hanya wajib pada Aidilfitri yang beriringan dengan Ramadan. Ia sabit pada dua keterangan Ibnu Umar: “Telah mewajibkan Rasulullah SAW zakat fitrah pada bulan Ramadan,” (Nail al-Authar, jilid 4, hal. 181) dan juga: “Rasulullah SAW telah [...]

Kedudukan Asnaf Amil

Soalan: Adakah salah sekiranya amil menggunakan wang zakat? Bukankah wang zakat khusus untuk orang fakir dan miskin?
 
Jawapan: Memang ada yang terkeliru mengenai kedudukan amil dalam pengurusan zakat. Daripada sudut hukum, amil zakat memang berhak kepada harta zakat. Ini kerana, sudah disebut secara terang bahawa amil memang satu daripada lapan asnaf zakat. Ia adalah hukum yang [...]

Zakat indikator ekonomi

Nota: Artikel ini disiarkan di sisipan Rehal, Sinar Harian, 16 Julai 2010
Mukaddimah
‘The Great Depression’, merupakan krisis ekonomi terburuk pernah melanda dunia pada tahun 1929 dan mengambil masa sepuluh tahun untuk pulih. Tahun 2009 juga menyaksikan dunia berhadapan dengan kemelut ekonomi yang menggigit. Kenyataan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, bahawa Barat [...]

Tiru Nabi Tangani Kemiskinan

“Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: “Apa sahaja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan. Dan apa saja kebaikan yang kamu lakukan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (al-Baqarah 2: 215)

 
Fenomena miskin dan kemiskinan bukanlah isu baharu dalam Islam. Sejak zaman [...]

Apakah makna zakat galian & Masih adakah ia pada hari ini?

Zakat galian adalah antara enam jenis zakat harta yang asas di dalam Islam. Ia disebut secara jelas di dalam dalil naqli, misalnya: “Dan dalam rikaz (zakatnya) satu perlima,” (Hadis riwayat Bukhari).
Fuqahak membahagikan zakat harta galian kepada dua jenis, iaitu kunuz dan ma’adin. Kunuz bermaksud harta milik orang jahiliyah zaman dahulu kala yang tertanam di dalam [...]

2.5% yang menjamin keberkatan

“Orang-orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan pada siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati” (Al-Baqarah: 274)

Fenomena keberkatan sering dikesampingkan tanpa sedar oleh ramai orang. Pengalaman penulis di arena zakat ini, sering benar terjumpa dengan manusia yang berkeluh-kesah [...]

Isu Zakat Wang Pinjaman

Soalan: Saya meminjam wang sebanyak RM50,000 daripada sebuah bank dan setiap bulan saya terpaksa membayar RM550. Maka, adakah saya wajib mengeluarkan zakat wang pinjaman tersebut?
 
Jawapan: Untuk menjawab soalan ini, pertamanya hendaklah difahami bahawa syarat wajib zakat itu ialah apabila kita mempunyai milikan sempurna ke atasnya. Maksud milikan sempurna ialah, kita boleh berbuat apa sahaja yang [...]

Bila masa tunai zakat pendapatan?

Soalan: Zakat pendapatan dibayar sebulan sekali, setahun sekali atau setiap kali mendapat gaji atau semasa mendapat bayaran? Mana yang terbaik?
 
Jawapan: Ulamak fikah khilaf dalam menentukan haul bagi penunaian zakat pendapatan ini. Ada yang beranggapan, ia hendaklah ditunggu sehingga genap setahun berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Tidak ada zakat pada suatu harta sehinggalah mencapai tempoh setahun,” (Hadis [...]

Apakah kedudukan zakat sebenarnya dalam rukun Islam?

Selalunya orang suka menyebut bahawa zakat adalah rukun Islam yang keempat. Namun, ada juga yang menegaskan ia adalah rukun Islam ketiga. Maka, yang mana satukah betul atau tepat?
Umumnya wujud dua pendapat, ada menyatakan rukun Islam ketiga ialah puasa Ramadan dan ada yang menyatakan rukun ketiga Islam ialah zakat. Ini kerana, kefarduan zakat datang setelah datangnya [...]

Hukum tunai zakat dengan kaedah moden

Ada orang bertanya, apakah hukumnya membayar zakat dengan pelbagai kaedah terbaharu dan moden pada hari ini, misalnya dengan kad kredit, perbankan internet dan SMS?
Hakikatnya, itulah kemudahan yang diizinkan oleh Allah SWT kepada kita untuk dinikmati bersama. Allah SWT menyatakan di dalam al-Quran: “Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu,” (al-Baqarah: 185). [...]

Di antara kewajipan zakat dan memberi kepada ibu bapa

Ada orang yang ingin bersedekah dan berzakat; tetapi mereka perlu memenuhi keperluan ibu bapa mereka terlebih dahulu. Persoalannya, sejauh manakah kewajiban memenuhi keperluan itu perlu dilaksanakan dan adakah ada had tertentu sebagai ukuran? Bolehkah seseorang anak itu menolak permintaan ibu bapanya yang kadang-kala diluar kemampuan agar dia dapat bersedekah dan berzakat?
Hakikatnya, memberikan nafkah kepada ibu bapa [...]