‘Dikandung’ lebih 36 bulan

Eksklusif Zakat yang ‘dikandung’ lebih 36 bulan Sebenarnya dalam menulis buku zakat, buku pertama yang saya sentuh ialah Eksklusif Zakat yang terbit pada Mac 2012 di bawah Galeri Ilmu Sdn Bhd (GISB). Kisahnya, buku ini telah saya mulai penulisannya pada tahun 2008 lagi. Pihak GISB, khususnya Encik Wan Azmin (yang selepas ini saya sebutkan sebagai

BUKU BARU SAYA

1 Mei lalu bertempat di Pentas Utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012, saya telah merasakan secebis nikmat kehidupan apabila berkesempatan bergandingan dengan para penulis mapan tanah air, antaranya Hajah Rohani Datuk Mohd. Shahir, Dr. Zaharuddin Abdul Rahman dan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil serta ramai lagi bagi mempromosikan buku-buku terbaharu terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd

Kepingin ke Pesta Buku di JAKARTA!

Tidak berapa hari sahaja lagi, akan berlangsunglah 12th Islamic Book Fair di Jakarta, dari 9 – 18 Mac 2012. Waduh…pengen banget gue ke sana, gi mana nih? He…he…sabor je la…jika banyak duit, memang saya akan pergi, tapi mengenangkan bulan April nanti akan terbang lagi ke Indonesia (kali ini Sumatera, iaitu Medan), maka saya urungkan gejolak

BEST SELLER! (Maaf, pinjam Bahasa Inggeris)

‘Inilah kulit buku saya yang baharu’ Alhamdulillah, tiada apa yang mampu saya ucapkan kala melihat kulit buku ‘Zakat Terapi Kekayaan’ yang baharu sahaja dicetak ulang untuk kali kedua. Tertera di kulitnya ‘Best Seller!’ Saya kaget…sebelum ini, saya hanya menelek kepada buku-buku milik penulis lain, misalnya Habiburrahman el-Shirazy dan A.Fuadi, yang tertera kalimah ‘Best Seller!’ di

Selamat ‘beruzlah’ cikgu Azizi Hj. Abdullah

  Tahun-tahun 1980-an, ‘Seorang Tua Di Kaki Gunung’ melonjak naik namanya. Lalu, sedari bocah saya sudah kenali penulis ini lalu menginjak usia remaja, lebih terinspirasi dengan ketekunan beliau berkarya. Saya membaca pelbagai tajuk, ‘Kawin-kawin’ menggeletek hati tetapi juga membancuh jiwa; saya juga meneliti ‘Sangheeta’, kisah duka dua manusia tua dalam kepikunan nan lara. Saya juga melewati

Jumpa kita di TV9!

Sekilas Buku ‘Zakat Terapi Kekayaan’

Soalan: Kenapa pilih tajuk ini? Jawapan: Kerana saya yakin, setiap orang inginkan kekayaan. Tapi, kaya bagaimanakah yang dikasihi Tuhan? Buku ini menyajikan sedikit panduan.

TEMUI SAYA ESOK…

PELUNCURAN BUKU PERTAMA SAYA ‘ZAKAT TERAPI KEKAYAAN’

Emak saya di kampung, sering bertanya dua soalan kepada saya. Pertama, bila buku pertama saya akan dilancarkan. Kedua, bila saya akan muncul dalam rancangan agama di televisyen. Senyum…itulah jawapan saya.

Sibuk sikit jer…

ZIKRA Manakala, program Ziarah Korporat dan Media Bersama Asnaf  (ZIKRA) juga telah berjalan dengan selamat dan jayanya pada 7 Jun 2011 kelmarin. Syukur ramai teman di LZS yang ringan tulang membantu. Syukur juga kerana ZIKRA kali ini mendapat penyertaan teramai, kira-kira 100 orang dengan dua buah bas turut disediakan. Kami telah melewati beberapa lokasi, antaranya

Saya dan buku

Dulu sewaktu saya masih kecil, emak rajin belikan majalah Bujal. Saya masih ingat watak-watak dalam majalah itu, ada watak Bujil (dengan tulisan Jawi), watak Wak Segan, Wak Sengih, Dogol dan ramai lagi yang saya sendiri dah lupa. Kala ke Pekan Lenggong…pekan kami yang kecil itulah, saya dan emak selalu menyinggah di sebuah kedai cina berhampiran

Temanku Terroris?

Buku ini saya beli kala kunjungan ke Toko Buku Anggrek, Bukit Tinggi, Sumatera Barat. Hotel penginapan saya mengadap ke toko buku ini. Di hadapannya ada ramai manusia berjualan. Petang hari pertama di Ranah Minang ini hujung Januari 2011 lalu, saya mencari sesuatu buat penganan jiwa. Kulit buku ini menarik. Ia memaparkan dua orang anak muda

Pesta buat pencinta buku!

Tarikh : 22 April – 01 Mei 2011 Masa : 10 pagi – 10 malam Tempat : PWTC, Kuala Lumpur

Kembara buku – 1

Setiap kali bermusafir, khususnya kala ke luar negara, antara perkara yang menjadi tarikan dan sering saya perhatikan ialah buku. Saya suka merakam menerusi lensa kamera, bagaimana sesebuah negara dan rakyatnya memperlakukan buku dalam hidup mereka. Bagi saya, lagi rapat sesebuah bangsa dan negara dengan buku, maka makin matanglah pemikiran mereka. Di sini, saya paparkan beberapa

MENARIK!Menelusuri karya-karya Syeikh al-Qaradawi: Ulama’ Kontemporari

Kita mungkin tahu serba-sedikit mengenai tokoh ulama yang masyhur ini. Namun, tahukah kita betapa banyaknya karya yang telah beliau hasilkan. Alhamdulillah, ada pihak yang telah berusaha menyenaraikan karya-karya beliau. Di sini saya kongsikan untuk tatapan bersama. Saya perolehi artikel ini daripada www.ukhwah.com Siri Pemikiran Al-Qaradawi Al-Qaradawi telah mengarang hampir seratus buah buku dalam pelbagai bidang