Miliki Syamil Quran The Miracles
New Page 1
New Page 1
Dirikanlah solat untuk mengingatiku-Thaha 20: 14
|
Kerap-kali timbul persoalan di kalangan masyarakat mengenai kaedah pengiraan zakat pendapatan. Ada yang menimbulkan pertanyaan, seandainya pendapatan yang diperolehi saban bulan itu habis, maka masihkah wajib menunaikan zakat pendapatan? Bahkan ada yang mengaku, kadang-kala bukan sekadar gaji tidak cukup, simpanan di bank pun ‘dikorek’ sama.
Sebelum itu, harus difahami bahawa asas kepada pembayaran zakat adalah kepada [...]
Saya bertugas sebagai doktor dan menetap di United Kingdom. Pendapatan bulanan saya adalah di dalam matawang pound sterling dan tertakluk kepada cukai pendapatan dan insuran kesihatan di United Kingdom. Persoalannya ialah bolehkah saya membayar zakat pendapatan saya di Malaysia? Ini adalah kerana saya hanya menggunakan pendapatan saya di UK untuk membayar cukai, sewa, bil utiliti, [...]
Sebenarnya perbincangan mengenai harta al-Mustaghallat (al-mal al-mustaghallat) ini termasuk dalam huraian mengenai zakat pendapatan. Ia pernah dibicarakan oleh sarjana fikah misalnya oleh Dr Husayn Shahatah dan jika di Malaysia oleh Dr Mujaini Tarimin, kerana ia memang merupakan salah-satu kaedah mendapatkan pendapatan bagi orang-orang Islam. (Foto: keratan akhbar Dr Hasanah mengenai isu yang sama)
Menurut Dr. Husayn [...]
Selama dua hari, semalam dan hari ini (6-7 Jan 2010) para sarjana Islam khususnya ahli-ahli ekonomi dari serata dunia berkampung di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Saya turut hadir sebagai peserta. Program ini dirasmikan oleh Mantan PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan dianjurkan oleh Institut Islam Hadhari, UKM dengan kerjasama Jawhar, Jakim dan ILIM. [...]
Ramai orang selalu mengeluh, kononnya rezeki mereka sempit. Kerja dah bersungguh-sungguh; namun rezeki masih tidak seperti mana yang didambakan. Kais pagi makannya petang; tak ada kerja tak adalah makan. Susah benar menongkah arus kehidupan.
Sebenarnya, ramai orang tidak sedar bahawa zakat adalah salah satu cara membuka pintu rezeki. Apabila pintu rezeki sudah dibuka Allah SWT, maka [...]
Oleh Hamizul Abdul Hamid (www.hamizul.com)
Konvoi menjejaki asnaf zakat diteruskan lagi. Perjalanan kami melalui lebuh raya yang cantik dari Shah Alam ke Klang, diisi dengan celoteh mesra dan gurau-senda para wakil media.
Kali ini, beberapa wartawan media tempatan akan dibawa ke Pangkalan Sungai. Udang Tampang, Simpang 4, Kampung Hamid Tuah, Teluk Gong, Pelabuhan Klang.
Lebih tepat lagi ke [...]
Ha….itulah dia antara soalan yang agak popular di kalangan muslimah. Mereka mempunyai anggapan bahawa emas perhiasan yang dipakai di tubuh mereka langsung tidak payah diambil kira dalam taksiran zakat. Jika saya memberikan jawapan, maka saya selalunya mengambil pendekatan mudah. Jawapan saya: “Dalam Islam, Islam sememangnya meraikan fitrah dan naluri wanita yang inginkan perhiasan. Wanita dan [...]
Nota: Ini buku kedua yang akan kita paparkan dalam siri Interaksi Buku…
Tajuk buku: Hukum Zakat (tajuk asal Fiqh az-Zakah)
Pengarang: Dr Yusuf al-Qaradawi
Penerbit: Litera AntarNusa
Harga: RM96.00 (Kulit keras)
Jumlah halaman: 1186
ISBN 979-8100-34-4
Tidak dapat dinafikan, Hukum Zakat adalah karya terhebat ulama mutakhir yang terkenal Dr Yusuf al-Qaradawi yang amat besar natijahnya kepada umat Islam. Karya ini merupakan hasil [...]
Buku mengenai zakat memang banyak terdapat di pasaran. Namun, tidak semuanya mampu memenuhi apa yang kita mahu. Saya sendiri misalnya, amat memerlukan beberapa informasi mengenai sejarah zakat - misalnya zakat pada periode Bani Abbasiyah dan Turki Uthmaniyyah - memang susah memperolehinya. Ditambah lagi dengan keterbatasan bahasa dalam membuat rujukan, maka saat-saat seperti inilah saya merasa [...]
Ketika mula-mula menjawat jawatan sebagai amil, saya telah dibawa dalam satu program memindahkan satu keluarga miskin yang terpinggir di Hutan Simpan Ulu Kelang, kawasan Kemensah bersebelahan Zoo Negara. Anda jangan terkejut jika saya nyatakan, keluarga itu terdiri daripada seorang ayah dan dua anak dara sunti. Haa…selalunya kita terdengar ibu tunggal, suaminya lari; tetapi yang ini [...]
Nota: Lagi soalan-soalan lazim semasa Ramadan…
1. Berpuasa tetapi tidak menunaikan zakat fitrah, apa hukumnya?
Jawapan: Menunaikan zakat fitrah adalah wajib yang mutlak di dalam Islam dan mengabaikannya adalah haram dan berdosa di sisi Allah SWT. Ibnu Umar r.a meriwayatkan: “Rasulullah saw telah memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fitrah sebelum orang-orang keluar melaksanakan solat Idul Fitri,” (Riwayat Bukari [...]
Nota: Soalan-soalan ini sering ditanya orang awam pada bulan Ramadan
Soalan 1. Ada pihak menyatakan zakat fitrah adalah khusus dikeluarkan kepada asnaf fakir dan miskin sahaja, benarkah pendapat ini?
Jawapan: Memang ada ulama’ yang berpendapat bahawa zakat fitrah ini khusus bagi fakir dan miskin. Mereka menyandarkan pendapat tersebut kepada sebuah hadis Nabi SAW: “Penuhilah keperluan mereka (fakir [...]
|
New Page 1
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Melainkan mereka, yang beriman dan beramal soleh. Serta mereka berpesan-pesan dengan kebaikan dan berpesa-pesan dengan kesabaran."
|
Komen Terbaru