browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Memoir

KENANGAN SABTU & AHAD

Nota: Ini catatan lama saya di blog U-HAH.blogspot.com pada 30 Jun 2008…tersengih saya membacanya… *** Hari Sabtu yang menarik juga saya lalui. Pagi, seputar jam 9.30 saya dan dua anak ke sekolah rendah, ada gotong royong. Sekolah anak saya di dalam kawasan rekreasi, iaitu FRIM. Lokasinya menarik. Dikelilingi alam yang hijau. Ada anak kali mengalir … Continue reading »

Categories: Alahai anak-anak, Anekdot, Memoir | Leave a comment

‘Dikandung’ lebih 36 bulan

Eksklusif Zakat yang ‘dikandung’ lebih 36 bulan Sebenarnya dalam menulis buku zakat, buku pertama yang saya sentuh ialah Eksklusif Zakat yang terbit pada Mac 2012 di bawah Galeri Ilmu Sdn Bhd (GISB). Kisahnya, buku ini telah saya mulai penulisannya pada tahun 2008 lagi. Pihak GISB, khususnya Encik Wan Azmin (yang selepas ini saya sebutkan sebagai … Continue reading »

Categories: Interaksi Buku, Memoir, Zakat | Leave a comment

RAMADAN DULU & SEKARANG

Ramadan zaman dulu-dulu tak sama dengan Ramadan hari ini. Dahulu, apabila masuk bulan puasa, agak kurang meriahnya berbanding hari ini. Iyalah, zaman dahulu mana ada bazaar Ramadan, mana ada jualan mega raya dan mana ada iklan di tv dan radio serta akhbar yang gila-gila seperti hari ini. Zaman dulu, orang sambut kedatangan Ramadan dengan satu … Continue reading »

Categories: Memoir, Memoir, Pelbagai | Leave a comment

BELAJAR CERAMAH

Teringat satu waktu dahulu ketika saya mula-mula menjadi amil di Pusat Zakat Selangor (awal tahun 2003), sehabis kursus induksi, seramai kira-kira 30 orang pengambilan kakitangan baharu pun bertebaran menuju ke jabatan masing-masing. Ilmu sudah diberi. Kini, walaupun ada yang tidak terlibat sebagai pegawai dakwah, kutipan mahu pun agihan; namun semuanya tahu mengira zakat.

Categories: Epilog Dakwah, Memoir | Leave a comment

OH KENANGAN!

Kenangan silam sering kali mencuit perasaan. Mungkin kala kita kesunyian, lalu kita pun terhimbau kembali saat-saat meriah kala kita dikelilingi kawan-kawan sepersekolahan. Apabila kita makin dewasa, kita rindukan saat bergelutan dengan nota dan kuliah di universiti. Apabila sudah beranak-pinak, kita teringatkan saat-saat manis kala baharu bergelar sepasang suami isteri. Apakala kita makin ke usia matang, … Continue reading »

Categories: Memoir, Sejarah famili | Leave a comment

Kenapa INDONESIA?

Saya memang sudah jatuh cinta dengan Indonesia. Tapi, kepada negaranya; bukan kepada orangnya sahaja. Saya tahu, ada orang suka mengusik, ada apa-apakah di sana yang menyebabkan saya begitu suka mengunjungi Indonesia. Namun, biarlah apa orang nak kata. Saya tahu apa yang saya mahu. Saya tahu apa yang istimewanya Indonesia. Saya tahu kenapa Indonesia?

Categories: Hobi dan minat, Kembara, Memoir | Leave a comment

AMIL YANG BAIK DISAYANGI NABI

Pernahkah saya terfikir untuk menjadi amil zakat? Jawapannya, tidak! Tak pernah langsung pun terlintas di benak saya, satu masa nanti saya akan menjadi seorang amil. Orang yang bekerja menyeru dan mengajak orang lain menunaikan rukun Islam yang ke-3. Menjadi orang yang diandalkan (dipercayai) untuk mengira harta mereka dan kemudiannya diberikan keistimewaan untuk mengambil sebahagian daripadanya … Continue reading »

Categories: Epilog Dakwah, ketuk Minda, Memoir | Leave a comment

Rindu pada teman di Jakarta

(Foto dari http://www.bamjam.net/Indonesia/Bogor.html) Ikut rencananya, saya mahu ke Jakarta lagi pada penghujung tahun ini. Tapi, buat masa ini nampaknya mungkin terpaksa ditunda. Dalam diam, hati saya sering teringatkan teman-teman di sana…Mas Iswandi, Ustaz Irfan dan Pak Ijal. Mereka, manusia budiman yang sering menemani dan melayani saya di sana…juga keluarga besar Pak Syarif dan supir-supirnya…

Categories: Kembara, Memoir | Leave a comment

Selamat ‘beruzlah’ cikgu Azizi Hj. Abdullah

  Tahun-tahun 1980-an, ‘Seorang Tua Di Kaki Gunung’ melonjak naik namanya. Lalu, sedari bocah saya sudah kenali penulis ini lalu menginjak usia remaja, lebih terinspirasi dengan ketekunan beliau berkarya. Saya membaca pelbagai tajuk, ‘Kawin-kawin’ menggeletek hati tetapi juga membancuh jiwa; saya juga meneliti ‘Sangheeta’, kisah duka dua manusia tua dalam kepikunan nan lara. Saya juga melewati … Continue reading »

Categories: Interaksi Buku, Isu Semasa, Memoir, Seni | 1 Comment

Pengalaman Ramadan

Kita pasti punya pengalaman tersendiri mengenai Ramadan ini. Pastinya, kenangan zaman anak-anak adalah yang terindah. Ramadan dinanti-nanti, kerana padanya nanti akan diadakan solat tarawih dan sesudah itu adanya moreh. Zaman kanak-kanak, solat tarawih di masjid atau surau menjadi medan untuk berkumpul. Solatnya kurang lebih sahaja, tapi main yang utama. Kemudian, apa lagi jika bukan menikmati … Continue reading »

Categories: Memoir | 6 Comments
How To Get Rid Of Stretch Marks Fast