My Mertua's Family

Tinjauan

Topik yang paling anda senangi dalam blog ini?

View Results

Loading ... Loading ...

Iklan

Miliki Syamil Quran The Miracles

New Page 1

New Page 1

Anda kini penziarah ke:

Dirikanlah solat untuk mengingatiku-Thaha 20: 14

"Cinta Buku..."

KCB Versi TV di Indonesia!

Aduh…bestnya jika dapat tengok drama ni…ia akan dimainkan di Indonesia sepanjang Ramadan ini.

Ketika Cinta Bertasbih - Membangun Jiwa

Filem sebenarnya memberikan kesan kepada kita. Filem yang berkualiti, bukan sekadar dinilai kepada aspek luarannya, seperti siapakah yang memainkan watak-watak utamanya, siapakah pengarahnya dan di manakah lokasi pengambarannya. Ia juga tidak bergantung kepada kepandaian sang kameraman mengambil gambar dari sudut dan celah termahal atau dinilai kepada kehandalan sang sutradara mengarahkan dan mengaksikan watak. Itu penting, [...]

DALAM MIHRAB CINTA BAKAL DILAYAR-PERAKKAN

Kehangatan filem-filem Kang Abik atau nama penanya Habiburrahman El-Shirazy belum lagi reda. Terasa masih terngiang-ngiang runut lagu Ayat-ayat Cinta. Masih belum pudar pijarnya mainan kata-kata Azam dan Anna lewat filem Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2…dan kini, Kang Abik sedang dalam ura-ura pembikinan filem keempat daripada novel beliau - Dalam Mihrab Cinta.
Saya kagum dengan Kang [...]

Ketika Cinta Bertasbih I

Jika anda ternanti-nantikan sebuah filem yang mampu membangunkan jiwa, maka inilah filemnya. Sebuah layar yang diadaptasi daripada novel karya Habiburrahman el-Shirazy, penulis yang sama menghasilkan genre ‘tulisan pembangun jiwa ‘Ayat-ayat Cinta’.
Filem ini tidak mampu memuaskan saya waima diulang tonton berkali-kali. Lagu-lagunya juga sesuai sekali. Ia teradun rapi dalam sebuah persembahan yang memberikan kita sentuhan iman [...]

Panggung wayang pada persepsi kita

‘Ketika Cinta Bertasbih…kini menyerang panggung wayang di Indonesia’
Jika dikatakan orang yang tidak tengok wayang itu baik…maka, mungkin saya ini boleh dikategorikan budak baik. Sebabnya, sejak kecil hingga dewasa saya tidak pernah masuk panggung wayang…Cuma baru-baru ini sahajalah saya tengok wayang, itu pun bukan seorang, saya bawa semua ahli keluarga menonton sama.
Wayang ni baik ke tidak? [...]

Laskar Pelangi

‘Poster filem Laskar Pelangi…antara filem terlaris di Indonesia.’
Jika anda punya kisah menarik sewaktu di bangku sekolah, nah…anda mungkin bisa membikin sebuah buku cerita dan siapa tahu, ia bisa menjadi bahan sebuah filem paling berjaya dan laris di Malaysia!
Sebenarnya, saya mahu bercerita tentang sebuah filem, iaitu Laskar Pelangi. Saat saya mahu ke toko buku di Jakarta, [...]

Filem, sebuah pandangan naif penonton biasa

‘Dunia ini memang pentas lakonan…namun ia akan dihisab di akhirat kelak. Foto sekadar hiasan.’
Kita manusia biasa, suka menonton filem pelbagai cerita. Jika kita ini imannya bak para wali, kita mungkin akan ‘mentong-sampahkan’ hampir 99% filem yang ada di pasaran. Bukannya apa, filem di negara kita, maksud saya, filem hasil para sutradara kita, bagi saya amat [...]