Miliki Syamil Quran The Miracles
New Page 1
New Page 1
Dirikanlah solat untuk mengingatiku-Thaha 20: 14
|
Syawal kian menggamit, sedang Ramadan kian berpamit
Toh…kita masih di mana? Sudahkah kita bisa menjarahi relung-relung Ramadan dan mencicipi segala madunya?
Atau kita masih seperti dahulu, leka dan alpa dengan dunia yang penuh kemuluk-mulukannya…
Esok, lembayung yang datang melabuhkan tirai bulan barakah
Kita akan bertamu di bulan yang meriah
Bulan di mana kita sepatutnya kembali kepada fitrah
Meraih ampunan, rahmah dan [...]
Kesibukan mengunci kebebasan. Jika dahulu saat-saat sebegini, saya ralit melayari blog dan menulis. Kini, keberadaan di posisi Ketua Unit Perhubungan Awam - membataskan semua itu. Sayang melihat blog ini kosong dengan sentuhan Ramadan.
Apa-apa pun, semoga Ramadan pada kali ini menatijahkan yang terbaik buat kita semua, amin ya rabb!
Hadis nabi:
من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر [...]
10 Julai 2010 - awal pagi lagi kami sudah bersedia untuk sebuah perjalanan yang jauh. Sarapan pagi hari ini ialah nasi lemak. Azlan Karim kawan saya bising-bising, katanya, ingatkan datang ke Kemboja maka makanannya masakan Kemboja. Alih-alih masakan ala Malaysia juga. Tetapi, beras Kemboja lain sedikit rasanya, ia pendek-pendek tetapi lebih enak dan harum serta [...]
Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh dalam pukul 4.00 petang waktu Kemboja. Hakikatnya, waktu di Kemboja adalah lewat satu jam dari waktu Malaysia. Cuaca baik dan dari udara sebelum mendarat, saya seronok melihat bentuk muka bumi Kemboja yang seakan-akan lantai kayu parkir rumah…berkotak-kotak warna tanah. Bila makin dekat ke muka bumi, [...]
Saya sedang menikmati makan tengah hari sambil menemani Azlan Karim (kawan sekerja saya) di LCCT. Sebentar lagi kami akan terbang ke Phnom Penh, Kemboja dengan Airasia.
Saya mahu rehatkan minda sepuas-puasnya. Jenuh sebenarnya melayan pelbagai kehendak manusia. Bertugas sebagai PRO, bukan sekadar memenuhi kehendak rakan-rakan media, tetapi juga rakan-rakan sekerja dan bos-bos sendiri. Yah, hopefully this trip [...]
Finas, letaknya betul-betul bersebelahan Zoo Negara. Kat situlah semalam saya menghabiskan masa hampir sehari suntuk, menunggu VIP LZS bagi rakaman siaran Tijarah Ramadan. Nak balik awal tak boleh, kena pantau kot-kot VIP tersalah sebut fakta tentang asnaf.
Kat depan Finas, ada sungai mengalir agak tenang. Anak sungai itu berasal dari Empangan Klang Gates, melalui Zoo Negara [...]
ثُمَّ بَدَّلْنَا مَكَانَ السَّيِّئَةِ الْحَسَنَةَ حَتَّى عَفَواْ وَّقَالُواْ قَدْ مَسَّ آبَاءنَا الضَّرَّاء وَالسَّرَّاء فَأَخَذْنَاهُم بَغْتَةً وَهُمْ لاَ يَشْعُرُونَ
Kemudian Kami ganti kesusahan itu dengan kesenangan hingga keturunan dan harta mereka bertambah banyak, dan mereka berkata: “Sesungguhnya nenek moyang kamipun telah merasai penderitaan dan kesenangan”, maka Kami timpakan siksaan atas mereka dengan sekonyong-konyong sedang mereka tidak menyadarinya.
-al-A’raff: [...]
Mukhalafatuhu ta’ala lil hawadis, ertinya ‘Wajib bagi Allah Ta’ala itu bersalahan Dia dengan segala yang baharu.’ Bersalahan maknanya berbeza ataupun tidak sama. Apabila Allah SWT bersifat dengan sifat ini, ia adalah suatu sifat kesempurnaan bagi-Nya. Ini kerana, sebagai Tuhan, maka tiadanya persamaan dengan seluruh yang baharu itu adalah pertanda Allah SWT itu Tuhan yang sebenar-benarnya. [...]
Tidak kita sedari, makin bertambah usia kita di atas dunia ini. Maknanya, makin dekatlah kita untuk merentasi garisan kematian. Rezeki semakin berkurang. Udara untuk dihirup juga semakin habis. Malaikat maut juga semakin ghairah mendatangi dan menelek bila ajal akan tiba. Ya…itulah antara isi ceramah saya semalam di Ibu Pejabat PTPTN Kuala Lumpur.
Menyentuh mengenai sambutan Tahun [...]
Semalam saya telah melakukan satu tindakan nekad. Enam ekor kucing saya masukkan ke dalam kotak. Jam 10 malam, saya ke Ampang. Kemudian saya tinggalkan kucing-kucing itu di SPAC…sebuah pusat jagaan haiwan. Dengan harapan, kucing-kucing saya itu akan selamat di sana.
Sebenarnya, saya amat menyukai kucing. Sejak kecil saya telah begitu rapat dengan kucing. Kucing-kucing pula mudah [...]
Zaman kecik dulu, aku membesar di bawah naungan pokok getah. Susunya yang putih bertukar menjadi sekerap yang busuk. Tapi…busuk sekerap itulah pun yang mengisi tembolok kami. Busuk sekerap itulah yang membayar yuran sekolah kami. Busuk itu jugalah yang menyara anak-beranak kami.
(Inilah rupa getah sekerap kami) Kebun getah memagari saujana panorama kampung kami. Di kaki bukit [...]
Berikut adalah tulisan saya dalam ruangan Agama di Utusan Mega…iaitu dalam siri Jejak Asnaf.
KETIKA berbual dengan Pegawai Agihan Zakat, Mohd. Aqmal di Selayang, Selangor, baru-baru ini, penulis ditunjukkan sehelai brosur berwarna-warni. “Cantik!” desis hati penulis. Tanpa dipinta, Aqmal memberitahu, “Ini adalah perniagaan asnaf zakat kita.
Alhamdulillah, mungkin tahun ini dia akan terkeluar daripada garis kemiskinan. Bisnesnya [...]
|
New Page 1
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Melainkan mereka, yang beriman dan beramal soleh. Serta mereka berpesan-pesan dengan kebaikan dan berpesa-pesan dengan kesabaran."
|
Komen Terbaru