Ustaz Hamizul Abdul Hamid

Panjangkan Usia Dengan Pena

Nukilan Untuk Abang Long 2

(Foto terbaharu along, kanan, berbaju biru tahun 2011 bersama teman sekolahnya)

Inilah malam pertama anak sulongku, Iqbal Hidayat berpisah dalam erti kata yang sebenarnya. Sebelum ini, memang aku dan anak-anak sering berpisah. Adakalanya atas nama arahan bertugas di luar daerah. Boleh jadi kerana urusan keluarga. Atau kerana aku melancong dalam masa yang agak lama. Pernah juga aku titipkan anak-anak untuk menikmati cuti sekolah yang lama di kampung. Kala itu, kami berpisah, tetapi hanya untuk tempoh sementara cuma.

Continue reading

Nukilan untuk Abang Long

(Foto: Along, Mak Yang dan Abang Yang pada 11 Ogos 2007, kala Along berusia 9 tahun)

Satu ketika dahulu, kira-kira 13 tahun yang silam, saat isteri saya mulai mengandungkan seorang anak, saya dan isteri mulai bertadarus al-Quran. Kami memasang azam dan niat, saat kandungan di usia muda, kami akan membaca al-Quran bersama dan akan mengkhatamkannya, saat anak tersebut hampir lahir ke dunia.

Continue reading